Dato' Speaker DUN PP |
YB Parlimen Balik Pulau |
Angin sudah lama bawa khabar di seluruh Balik Pulau, Speaker DUN Pulau Pinang akan bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau mewakili PKR. Yusmadi, dilaporkan gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai ahli parlimen Balik Pulau. Rata-rata rakyat ditemui meminta ahli parlimen Balik Pulau akan datang digantikan dengan orang lain. Sudah tentu Yusmadi tidak akan lagi mempertahankan kerusi parlimen Balaik Pulau mewakili PKR.
Peluang ini diambil oleh Dato' Speaker DUN Pulau Pinang kerana difahamkan beliau lebih kerap turun padang berbanding dengan ahli parlimen Balik Pulau, Dato' Yusmadi. Dato' Abdul Halim Hussin mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding dengan Yusmadi. Rakyat lebih kenali Dato' Speaker daripada Yusmadi. Dato' Halim mempunyai ramai kenalan rapat di Teluk Bahang dan Balik Pulau. Yang kita tahu Dato' Halim kemungkinan besar akan menjadi calon Parlimen Balik Pulau mewakili PKR.
Duduk tak duduk, berita lain bertiup lebih kencang. Dato' Seri Anwar dikatakan telah menunjuk minat di kawasan parlimen Balik Pulau. Dia nampak seperti orang lain nampak. Yusmadi sudah tidak serasi untuk rakyat Balik Pulau. Dia rajin turun masa awal-awal jadi ahli parlimen. Dia balik bila ada isu, ada isu tanah dan perumahan dia nanti turun. Sekali-sekala dia balik tunjuk muka. Wakil rakyat BN lebih mudah jumpa daripada wakil rakyat PR. Wakil rakyat BN setiap masa ada dan kerap turun ke padang.

Ketua Pembangkang |
Dengan itu, DSAI barangkali sudah buat percaturan. Selaku ketua pembangkang, dia semestinya menjadi ahli parlimen. Tempat paling selamat untuk dirinya mungkin di Balik Pulau. Dia mungkin minta isterinya, Wan Zizah balik semula ke parlimen Ptg Pauh. Anaknya Nurul Izzah kekal di parlimen Lembah Pantai.
Kita tak pasti sama ada rakyat masih boleh terima jika anak pinak jadi wakil rakyat. Ada anak ada bapa ada isteri jadi wakil rakyat seperti Guan Eng dan isterinya serta Kit Siang bapanya. Ada bapa, ada anak-anak seperti Karpal Singh, Pengerusi DAP Pusat.
Jika DSAI benar-benar datang ke Balik Pulau, semua orang akan kecewa. Yusmadi akan kecewa, Dato' Sepaker akan gigit jari. Selaku ahli parti yang setia kepada parti, Yusmadi dan Dato' Halim akan akur sahaja. Walau bagaimanapun sudah terdengar ranting2 PKR akan dibubarkan kerana sudah ramai ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PKR bawahan mulai sedar akan masalah politik Melayu di Pulau Pinang hari ini. Hanya UMNO jua, parti yang mampu dan terbukti berjasa dan terus membela nasib rakyat Melayu.

No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.