"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, October 26, 2011

Apakah pemimpin PAS tarik balik tuduhan UMNO itu kafir?

Sekian lama UMNO difitnah oleh pembangkang terutama penceramah2 PAS. Semua UMNO buat tak betul. Pemimpin UMNO dihina sehina-hinanya. Seolah-olah UMNO itu jahat, zalim, korupsi, tolak Islam, yahudi, sesat, ahli neraka dan dihukum kafir laknatullah. Mulut penceramah2 PAS jika kita ikuti ceramah mereka, tidak sah jika tidak mengutuk dan mengata kepada orang lain. Seolah-olah bagi mereka, puak-puak PAS ini, UMNO itu bukan Islam, wajar diperangi kerana UMNO menolak hukum hudud dan bersubahat dengan orang kafir seperti MCA dan MIC memerintah negara.
PAS tetap mengkritik dan menolak konsep penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. PAS bersama DAP  tetap tidak mengiktiraf Malaysia sebuah negara Islam contoh di dunia. Malahan usaha-usaha itu diperlekehkan dan diperkecilkan oleh pemimpin2 PAS. Hingga ada ulamak PAS minta UMNO dibubarkan jika pemimpin UMNO mahu bercakap pasal Islam. Seolah-olah Islam hanya menjadi milik mutlak parti PAS. Seolah-olah PAS sahaja berhak membincangkan pasal Islam di negara ini.
Apa yang kita lihat hari ini adalah hasil ajaran PAS. Umat Islam sanggup mengkafir orang Islam lain kerana dia ahli UMNO. Kenduri kendara diboikot, solat jemaah jadi dua imam dalam sebuah masjid, sembelihan orang UMNO tidak sah dimakan, tidak sah nikah jika jurunikah oleh orang UMNO dan pelbagai lagi fitnah dan tuduhan yang menakutkan kita selaku umat Islam.
 Kenapa pula hari ini PAS boleh pula bersahabat dengan DAP kafir harbi? Umat Islam nak tahu. Apakah pemimpin PAS yang masih hidup hari ini telah memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadap UMNO kafir, yahudi, ahli neraka dan sebagainya? Tapi yang kita tahu, pemimpin PAS tidak pernah memohon maaf dan menarik balik biarpun mereka tahu tuduhan itu telah kembali kepada mereka sendiri. Mereka mengutamakan politik, mereka nak jaga saham politik. Menarik balik dakwaan itu bermakna saham politik mereka akan jatuh merudum. Sebaliknya ahli-ahli PAS yang kebanyakannya taksub akan bangkit menentang kepimpinan PAS sendiri. Mereka perlu ahli-ahli PAS seperti ini (taksub kepada parti) di kampung2 dan di desa2. 
Ahli-ahli PAS yang 'tidak cerdik' ini sangat penting dalam melawan UMNO. Mereka boleh maki UMNO termasuklah jika boleh terus mengkafirkan orang UMNO supaya orang2 Melayu lari daripada UMNO. Itu sebabnya ada penceramah2 PAS masih membawa isu UMNO menolak hukum hudud, UMNO nak hapuskan sekolah agama rakyat, UMNO meruntuhkan masjid dan pelbagai lagi. Penceramah2 PAS akan putar dan putar cerita yang sama sejak 20 tahun yang lalu. Untuk kemenangan PAS dalam PRU yang akan datang, PAS akan gunakan apa sahaja strategi untuk menghapuskan UMNO.
Tapi persoalannya, mampukah PAS mengetuai kerajaan negeri yang ada di Pulau Pinang dan Selangor? Jawabnya PAS tak boleh buat apa, cuma pak turut, pak turut umpama lembu dicucuk hidungnya. PAS juga tak mampu bawa kemajuan di Kedah dan Kelantan kerana pemimpin2 PAS terlalu banyak politik daripada memikirkan masalah rakyatnya. Wakil-wakil rakyat PAS siang dan malam, menjadi penceramah sepenuh masa memenuhi jemputan sebagai penceramah di seluruh pelusuk negara. Kerap tinggal kawasan dan jarang turun ke padang. Oleh sebab itu semakin ramai ahli-ahli PAS secara terbuka mengisytiharkan diri menyertai UMNO biarpun sudah lebih 20 tahun berada dalam PAS. 
Di mana-mana sudah ada ahli-ahli PAS menyertai UMNO secara terbuka. Kalau begitu, sudah tentu ribuan ahli-ahli PAS lagi akan meninggalkan PAS secara senyap terutama mereka yang baru jadi ahli PAS, baru belajar politik, yang baru serah borang PAS, yang kecewa dengan pemimpin PAS, yang gusar dengan perjuangan PAS, yang ragu-ragu dengan pendirian PAS, yang tidak suka dengan Mat Sabu, yang sayangkan Ustaz Nasaruddin Mat Isa (bekas Timbalan Presiden PAS), yang simpati dengan nasib Dato' Hassan Ali, yang benci dengan kerajaan berkebajikan, yang sayangkan perjuangan negara Islam, yang pening dengan fatwa2 TG Nik Aziz, yang benci dengan pemimpin PAS yang sombong, yang meluat dengan penceramah2 PAS asyik mengata orang, yang memfitnah orang, dan seribu macam hal.
Walau apapun pemimpin PAS akan tetap menyembunyikan kebimbangan itu. Yang penting bagi mereka seperti kata Mat Sabu kita akan tawan Putrajaya dalam PRU13. Kita takut orang Islam bak kata pepatah, " yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran" dan "menang sorak kampung tergadai". Dapatkah majoriti wakil-wakil rakyat PAS menang dalam pilihanraya umum akan datang? Sedangkan hari ini pun wakil-wakil rakyat PAS paling sikit berbanding dengan wakil rakyat DAP dan PKR di parlimen. Tepuk dadanya tanya minda.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.