PAS membuat keputusan yang salah. Selaku parti yang gemar meraung-raung tentang perjuangan Islam semestinya PAS ada sama! Tapi Presiden PAS, TG Hadi Awang menolak dengan alasan yang boleh dipertikaikan oleh penyokong2nya sendiri. Kebetulan aku dan keluarga aku duduk di sebelah beberapa ahli PAS. Aku terdengar suara kesal depa kerana PAS Pusat tidak sokong HIMPUN. Depa kata jika PAS tolak dalam program Himpun masa akan datang maka semakin ramai lagi ahli-ahli PAS yang akan mempertikaikan pendirian songsang itu. Bila pengacara menyebut nama Dato' Hassan Ali, kelihatan depa bertepuk tangan. Itu yang aku tahu sebelah aku itu rupa-rupanya ahli-ahli PAS. Selepas itu aku ambil peluang mendengar dan sekali-sekala aku senyum sambil menoleh ke arah depa seolah-olah aku juga ahli PAS semacam depa.
Aku tahu depa ahli-ahli PAS ini begitu kecewa dengan kepimpinan depa. Bila pengacara meminta persetujuan hadirin bahawa program Himpun akan diteruskan di negeri-negeri seluruh negara. Seluruh stadium bergema dengan sorakan 'setuju'. Sekali lagi aku terdengar salah seorang ahli PAS mengeluh panjang, "Jika macam inilah, kita susah". Sebenarnya banyak cerita yang boleh aku ceritakan. Cukup dulu setakat itu.

No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.