"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, October 19, 2011

Himpunan Sejuta Umat tidak disokong oleh PAS dan PKR!

Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan pada 22 Oktober 2011 jam 2.00 petang di Stadium Shah Alam mendapat sokongan padu daripada Pemuda PAS Pusat. Ketua Pemuda PAS Pusat,  Yang peliknya PAS pusat tidak menyokong Himpunan Sejuta Umat itu dengan alasan-alasan yang boleh dipertikaikan.[Baca sini dari Haprak Daily]. Ikut kenyataan Haji Hadi "PAS bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya". Katanya lagi "PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai".
Bila aku membaca kenyataan HJ. Hadi melalui Haprak Daily, rasa meloya aku nak termuntah. Haji Hadi tidak sokong Himpun sebab katanya PAS bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara. Kenapa baru sekarang Haji Hadi bercakap pasal undang-undang negara? Tapi mengapa pula Presiden PAS menyokong himpunan haram Bersih 2.0 yang tidak mendapat permit polis diadakan di atas jalan raya hingga mengganggu ketenteraman awam, merugikan peniaga-peniaga dan pemandu-pemandu teksi? Apakah menyokong Bersih 2.0 yang dianjurkan oleh Ambiga itu tidak melanggar undang-undang negara wahai Presiden PAS? Bezanya, Himpun dianjurkan dalam Stadium Shah Alam memperolehi permit polis manakala Bersih 2.0 dibuat perarakan di atas jalan raya yang paling sibuk di bandaraya Kuala Lumpur dan tidak mendapat permit polis. Apakah Haji Hadi, Presiden PAS sudah lupa atau buat-buat lupa kerana nak jaga hati rakan2 DAP dan pengundi-pengundi bukan Melayu/Islam? PAS sebenarnya cuba putar dan belitkan isu ini supaya rakyat nampak PAS itu lebih baik daripada UMNO. Kata lain PAS lebih mengutamakan politik daripada bersama Himpun untuk menguatkan kesatuan umat Islam di Malaysia.
Pengerusi Bersama Himpun, perhimpunan itu, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sebarang tindakan mempolitikkan atau mempunyai niat terselindung adalah tidak dibenarkan sama sekali. Kasihan Azmi yang juga merupakan penyokong kuat kepada Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Tapi kali ini Azmi keseorangan, PKR dan PAS tidak menyokong anda. Pendirian Pemuda PAS Pusat pula mulai goncang setelah PAS Pusat tidak menyokong Himpun. Nampak sangat antara pemimpin pembangkang pun bercanggahan pendapat. Rakyat perlu bimbang dengan sikap pemimpin pembangkang seperti ini. Mengutamakan politik daripada bersatu untuk mengatasi masalah aqidah umat Islam yang semakin rosak.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.