"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, October 2, 2011

Ramai pemimpin utama PAS meninggalkan parti PAS dan menyertai UMNO

Pemimpin PAS akan terus mengatakan UMNO memperjuangkan nasionalis, rasis dan rasuah. Pemimpin UMNO diumpamakan orang yahudi, zalim dan tolak agama. Hingga ada pemimpin PAS sanggup mengkafirkan orang UMNO. Lebih 50 tahun PAS menyerang UMNO dan menghina pemimpin UMNO dengan pelbagai gelaran. Seolah-olah UMNO tidak berjasa kepada orang-orang Melayu dan umat Islam khususnya. UMNO digambarkan oleh pemimpin-pemimpin PAS lebih teruk daripada pemimpin DAP. Pemimpin UMNO begitu jahil dalam agama. Sehingga ada penyokong PAS yang taksub tidak percaya bahawa orang UMNO boleh baca al-Quran. Mereka terkejut bahawa orang UMNO juga sembahyang seperti mereka. Mereka juga hairan bila mengetahui bahawa orang UMNO juga menunaikan haji. Penyokong-penyokong PAS yang jahil seperti ini disebabkan mereka terlalu yakin dengan tazkirah dan ceramah politik yang disampaikan oleh ustaz-ustaz mereka. Mereka yakin bahawa ustaz-ustaz politik berjubah dan berserban tidak akan membuat tuduhan membabi buta. Mereka merupakan golongan ulama pewaris nabi. Cakap mereka adalah cakap nabi. Hakikatnya umat Islam telah berpecah hari ini kerana ada pihak menggunakan agama untuk kepentingan politik sempit mereka.

Masihkah kita ingat? Peristiwa pahit yang telah menimpa umat Islam hampir merata-rata tempat. Orang UMNO dipulau oleh orang-orang PAS. Solat dengan berimamkan orang UMNO tidak sah, kenduri kahwin diboikot, kubur diasingkan, sembelih orang UMNO haram dimakan dan pelbagai lagi hukum yang disebarkan oleh pemimpin PAS.   Akhirnya orang-orang Melayu dan umat Islam di kampung-kampung berpecah dan tidak bertegur sapa antara satu masa lain. Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam ketika itu hinggalah ke hari ini. Pemimpin PAS tidak akan mengaku. Mereka akan mengatakan perpecahan itu berpunca dari UMNO sendiri. Dengan rakyat pemimpin PAS boleh berbohong hidup-hidup tetapi apakah terlepas dengan Allah SWT?

Apa pun umat Islam tetap akan rugi walaupun PAS berjaya menghapuskan UMNO? Dalam jangka pendek PAS mungkin menang tetapi dalam jangkapanjang PAS akan menghadapi masalah yang lebih besar. PAS cuba menggantikan peranan UMNO kononnya. Seolah-olah PAS akan menjadi tunjang kepada kekuatan parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan perkembangan muktakhir ini, rakyat begitu pesimistik terhadap kemampuan PAS mentadbir negara dan memperjuangkan Islam. PAS tidak ada konsistansi dalam perjuangannya. Perjuangan PAS terumbang-ambing mengikut suasana politik semasa. Bagaimanakah rakyat boleh yakin dengan parti seperti ini? Jika pemimpin PAS yakin dengan perjuangannya, kenapa takut kepada rakan-rakan dalam PR? Pemimpin-pemimpin PAS sendiri pun kelihatan tidak sehaluan dalam isu-isu tertentu. Pemimpin ulama disingkirkan dan digantikan dengan pemimpin yang ada masalah moral.

Jika PAS diyakini berada di pihak yang benar, parti yang mendapat keredaan Allah SWT tapi mengapa sudah 60 tahun, PAS masih belum berkuasa sepenuhnya negeri-negeri di Malaysia? Mengapa pula semakin ramai umat Islam/Melayu secara terbuka dan senyap telah, sedang dan akan meninggalkan perjuangan PAS?  Malahan ada pemimpin-pemimpin utama PAS, anggota Dewan Ulamak PAS, Ketua Penerangan PAS, Exco Pemuda PAS dan pelbagai lagi telah secara terbuka mengisytiharkan diri mereka meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Mereka kecewa dengan perjuangan PAS. Mereka lebih yakin dengan perjuangan UMNO sudah terbukti berjasa dan terus berjasa. Apa komen anda?


No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.