"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, October 23, 2011

HIMPUN: PAS tersepit dengan keputusan sendiri!

Kita akan lihat nanti. PAS akan tersepit. Penganjur Himpun bercadang akan meneruskan perhimpunan ini di negeri-negeri lain. Jika Himpun ini berlaku dan diteruskan, kita nak lihat PAS. Kita salute PAS jika dia bertegas dan tetap dengan pendirian tidak menyokong Himpun. Kata Presiden PAS, TG Haji Hadi Awang walaupun tujuan Himpun itu baik tapi bukan caranya (perhimpunan satu juta umat) itu untuk menyelamatkan aqidah umat Islam. Apakah PAS sanggup keseorangan dalam ribuan NGOs dan jutaan umat Islam menyokong Himpun? Beberapa NGOs Melayu/Islam telah menyertai Himpun dan menyatakan komitmen masing-masing dalam ucapan mereka petang kelmarin. Ada di antara pemimpin NGOs Melayu/Islam itu merupakan orang kuat PAS dan juga PKR.
Himpun yang pertama di Stadium Utama Shah Alam kelmarin, tidak mencapai satu juta umat. Itu merupakan satu simbolik. Kehadiran kira-kira 10,000 orang sudah memadai kerana majoriti yang hadir mereka daripada NGOs yang atas pagar. Majoriti yang hadir golongan muda. Pengacara semalam menafikan bahawa perhimpunan ini didalangi oleh pertubuhanan politik. Ada di kalangan pemidato-pemidato semalam secara tegas mahukan umat Melayu/Islam kembali bersatu. Inilah (Himpun) sebagai tititk permulaan umat Melayu/Islam bersatu atas nama agama Islam. Jika umat Islam bersatu kata depa, orang Islam akan jadi kuat. Bila umat Islam kuat di Malaysia ini, orang lain bukan Islam akan menghormati hak orang Islam di Malaysia ini. Orang bukan Islam tidak lagi berani mempertikaikan hak keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, depa tidak lagi berani mempertikaikan hak ketuanan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan depa juga tidak berani mencabar hak keistimewaan Raja-raja Melayu.
Walaupun perhimpunan semalam terlalu banyak diselang seli dengan laungan 'Takbir' seperti mana kita dengar di ceramah-ceramah PAS, kita tak kisah sebab laungan takbir sesuatu yang tidak asing lagi kepada kita selaku umat Islam. Cuma rasa sedikit kekok seperti kita berada dalam ceramah PAS. Aku pun ikut bertakbir 'Allahu Akbar' bila pengacara melaungkan 'takbir' beberapa kali. Aku berani kata pengacara dan beberapa pemidato semalam sudah tentu ahli PAS atau di kalangan penceramah-penceramah PAS. Mungkin pemidato-pemidato ini tidak berada dalam kepimpinan politik PAS, maka depa berpeluang berucap.
Jika TG Haji Hadi Awang atau TG Naik Ajis datang semalam, tentu depa akan  kata "nasib baik aku date, jika tidak mampuh aku kene denge ore kite". Tapi Himpun I sudah selesai. PAS Pusat menolak penyertaan secara rasmi. UMNO tetap memberi sokongan kerana perhimpunan itu bukan perhimpunan haram, bukan perarakan jalanan seperti Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 yang mengganggu gugat ketenteraman awam. UMNO tetap tegas dan konsisten dalam menyatakan pendirian sejak dahulu dalam mempertahankan aqidah umat Islam. UMNO tetap mengistiharkan Malaysia sebagai negara Islam biarpun PAS dan DAP tidak menerima Malaysia sebuah negara Islam. UMNO tetap menyokong JAIS dan tindakan Dato Hassan Ali dalam isu gereja di Selangor. Dan banyak lagi UMNO telah lakukan untuk memelihara kepentingan umat Islam dan rakyat bukan Islam di Malaysia ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan dalam perhimpunan HIMPUN di Stadium Utama Shah Alam. Kita jumpa lagi dalam perjumpaan Himpun seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.