"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, October 13, 2011

Lagi penyokong PAS menyertai UMNO beramai-ramai!!!!!


TANAH MERAH 5 Okt. - Seramai 130 penyokong tegar Pas di sini menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang khususnya Pas yang dianggap tiada hala tuju dalam membela nasib rakyat terutama masyarakat bawahan yang serba kekurangan.
Mereka merupakan penyokong Pas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau seramai 72 orang dan Kemahang 58 orang menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO bahagian ini, Baharudin Yusof pada dua majlis berasingan di sini, malam tadi.
Mohamad Abdul Rahman, 70, memberitahu, tindakannya bersama rakan lain menyertai UMNO berdasarkan transformasi politik parti orang Melayu itu yang dilihat semakin berintegriti dalam membela rakyat.
Menurutnya, banyak perubahan yang dibawa pimpinan UMNO di sini yang tidak semata-mata berorientasikan politik, sebaliknya lebih bersifat komuniti.
"Saya pengundi Pas, penyokong Pas selama 30 tahun. Tapi sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat terima parti itu (Pas). Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu. Jauh beza sejak bersekutu dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Banyak berpolitik daripada merencana agenda rakyat sehingga banyak isu rakyat gagal diselesaikan.
"Jika ini corak pimpinan Pas, saya tidak yakin parti itu mampu melakukan perubahan kepada rakyat. Oleh itu, saya mengambil keputusan lebih baik meletakkan sokongan padu kepada UMNO," katanya.
Mohamad turut menyeru rakan-rakannya yang masih menjadi penyokong Pas supaya membuat penilaian dengan waras untuk memberi sepenuh sokongan kepada UMNO bagi memperjuangkan nasib rakyat.
Katanya, mengambil kira tempoh lebih dua dekad negeri ini ditadbir oleh Pas, tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan rakyat.
Bagi Che Roslan Li, 43, pula, dia mengambil keputusan menyertai UMNO disebabkan kecewa dengan pimpinan Pas di sini yang didakwa kurang memberi perhatian kepada rakyat terutama golongan muda.
"Hendak lihat wakil rakyat pun susah. Jarang sekali boleh tengok datang tanya khabar situasi atau perkembangan rakyat kecuali saat hendak dekat pilihan raya," dakwanya.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.