"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, December 30, 2012

Puluhan ribu ahli Pas yang taksub mengkafirkan keluarga sendiri!

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berhak meletakkan sebarang syarat kepada kerajaan untuk memberi penjelasan tentang amanatnya pada 1981 yang mengkafirkan UMNO, kerana perkara itu melibatkan soal akidah.
Bekas ahli seumur hidup dan aktivis Pas, Zainon Ismail (gambar) atau lebih dikenali sebagai C.N. Al-Afghani berkata, beliau hairan dengan tindakan Abdul Hadi meletakkan syarat untuk menjelaskan amanat tersebut tetapi tidak pula memberi sebarang syarat ketika amanat itu dibuat 31 tahun lalu.
Katanya, tindakan Abdul Hadi meletakkan syarat menunjukkan Presiden Pas itu lebih mengutamakan politik daripada meletakkan kepentingan akidah umat Islam yang terpengaruh dengan amanat beliau sehingga sanggup mengkafirkan keluarga sendiri.
“Kenapa sekarang baru beliau mahu meletakkan syarat? Ketika amanat itu dibuat di Banggol Peradong pada 1981 sehingga menyebabkan kami pengikut Pas mengkafirkan seluruh ahli UMNO serta keluarga sendiri, tiada sebarang syarat dikeluarkan Abdul Hadi.
“Malah ketika berceramah di mana-mana pun, beliau tidak meletakkan sebarang syarat tetapi kenapa dalam isu akidah sebegini perlu kepada syarat pula? Siapa yang bertanggungjawab mengeluarkan amanat ini? Siapa yang menyebabkan perpecahan ini?
“Isu kafir mengkafir ini soal akidah. Apakah ada benda lebih penting daripada soal akidah di mata Abdul Hadi sehingga beliau sanggup meletakkan syarat," katanya yang merupakan penulis buku ‘Kafirkah Aku’ ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi pertama Abdul Hadi yang meletakkan syarat agar diberi siaran secara langsung selama sejam di RTM dan TV3 berhubung isu desakan agar Presiden Pas itu menarik semula amanat, setelah sekian lama menyepi.
Dalam pada itu, ditanya mengenai tindakan Abdul Hadi yang memandang rendah pendedahannya menerusi buku Kafirkah Aku? apabila menyifatkan beliau cuma guru sekolah rendah, Zainon dalam nada sinis berkata: “Orang Pas ni, tak ada orang lain lebih hebat, lebih tinggi, kecuali pemimpin mereka sahaja."
“Saya akui ilmu saya tidak sehebat ulama-ulama Pas khususnya Abdul Hadi. Saya akui saya cuma cikgu sekolah tetapi apa yang saya pertikaikan bukan soal ilmu tetapi pengalaman saya dan puluhan ribu ahli Pas yang taksub dengan amanat beliau sehingga mengkafirkan keluarga sendiri," katanya.

Wednesday, December 26, 2012

Tokoh Ilmuan Islam minta Haji Hadi membetulkan kesilapan, itu sahaja!

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tidak terus membisu terhadap isu tuntutan masyarakat supaya beliau menarik kembali amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981.
Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi
Tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, menurut prinsip Islam, Abdul Hadi perlu memperbetulkan semula kesalahannya supaya masyarakat tidak terus keliru.
Beliau berkata, Pas sendiri telah melanggar amanat yang dibuatnya kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP atas dasar tahaluf.
"Kita minta supaya Abdul Hadi respons kepada tuntutan masyarakat supaya dia membetulkan balik apa yang salah. Itu prinsip Islam, kalau kita buat sesuatu yang salah maka kita perlu betulkan balik.
"Kalau dia kata dahulu tidak boleh kerjasama dengan kafir, kemudian dia buat kerjasama dengan DAP, dia kata dalam parti dia boleh atas dasar tahaluf, jadi sekarang dia kena betulkan masyarakat semua, jangan betulkan dalam parti dia sahaja, itu yang kita minta," katanya.

Tuesday, December 25, 2012

Hj. Hadi menarik balik amanatnya!

Amanat Hj. Hadi merupakan punca utama orang Melayu berduyun-duyun menyertai PAS. Amanat H. Hadi yang menyebabkan umat Islam berpecah belah. Ustaz-ustaz PAS di mana-mana sahaja dalam ceramah politik mereka berulang-ulang kali mengatakan UMNO kafir kerana mewarisi perlembagaan penjajah.UMNO kafir kerana bersubahat dengan MCA dan MIC.  Berlakulah solat dua imam, sembelihan orang UMNO haram dimakan, akad nikah oleh kadhi UMNO tidak sah dan pelbagai lagi.

Peristiwa Memali
Paling tragis, akibat mengkafir kerajaan UMNO, mati lawan kerajaan adalah mati syahid maka ramai umat Islam terbunuh. Yang terkorban tidak dimandikan dan dikapankan sebaliknya dikuburkan sebagai mati syahid. Akhir-akhir ini, berlaku suatu kejutan besar dan amat menakutkan kepimpinan PAS sendiri. Bak kata pepatah Melayu, "ludah kelangit timpa di batang hidung". Mungkin itulah balasan Allah SWT di atas dunia lagi kepada PAS yang  gemar mengkafirkan sesama umat Islam. Mengikut C.N al-Afghani atau Cikgu Non, bekas aktivis PAS berpendapat puluhan ribu ahli PAS masih percaya dan berpegang kuat bahawa orang UMNO adalah kafir.

Semakin ramai bekas pemimpin PAS yang taksub suatu masa dahulu telah bangun mendedahkan kekecewaan dan kebimbangan mereka akibat amanat tersebut. Mereka persoalkan apakah amanat itu masih terpakai hingga hari ini? Jika dahulu UMNO dikatakan kafir kerana bersama dengan MCA dan MIC, apakah tidak kafir kepada ahli-ahli PAS yang mana parti PAS bersekongkol dengan DAP yang terang-terang anti Islam dan anti Melayu? 

PAS bukan agama, PAS merupakan parti politik. Mungkin amanat Haji Hadi itu hanya cakap-cakap politik. Masalahnya ahli-ahli PAS di bawah sana tidak akan faham dengan cakap-cakap politik. Puak-puak ini akan berpegang teguh kepada kata-kata pemimpin mereka. Jika UMNO dikatakan kafir, mereka akan mengatakan UMNO itu kafir sampai bila-bila.

Haji Hadi telah didesak untuk tarik balik amanatnya. Amanatnya belum basi lagi. Amanat itu kembali hidup segar selepas PAS bersekongkol dengan DAP. Bukan UMNO yang bangkitkan amanat ini. Yang rasa berdosa besar, yang pernah mengkafirkan ibubapa sendiri, yang pernah mengkafirkan abang dan kakak sendiri, yang pernah memutus saudara dunia dan akhirat, yang mahu ahli UMNO dipulau, dihina dan dicaci. Kini mereka bangkit untuk melihat ahli-ahli PAS kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Sejak beberapa hari ini, TG Haji Hadi menghilangkan diri atau mendiamkan diri. Beliau berada dalam keadaan serba tak kena. Dunia sudah nampak, amanat Haji Hadi telah mulai makan diri. Jika Haji Hadi tarik balik amanat itu sepertimana desakan mufti-mufti dan ulamak2 lain (bukan ulamak politik), pasti puluhan ribu ahli-ahli PAS akan terperanjat besar. Parti PAS akan hadapi suatu tsunami politik dalaman parti yang terburuk dalam sejarahnya sendiri. Haji Hadi bukan ulamak besar seperti TS Harussani dan lain-lain ulamak. Haji Hadi merupakan Presiden PAS, pemimpin utama sebuah parti. Dia bukan pemimpin sebuah NGO berjuang untuk Islam.

Oleh itu Haji Hadi tidak akan tarik balik amanat itu. Pakatan Rakyat akan musnah dan PAS akan menuju kehancuran jika amanat itu ditarik balik. Amanat Haji Hadi merupakan azimat yang perlu dijaga demi untuk survival politik PAS. 

Jika amanat itu tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS. Jika amanat itu sudah basi seperti kata pemimpin PAS sendiri. Jika amanat Haji Hadi itu sudah tidak terpakai lagi. Kenapa Haji Hadi begitu takut untuk tarik balik. Kenapa susah sangat Haji Hadi hanya menyebut  tiga perkataan, " Saya tarik balik". Jika amanat itu bukan azimat besar, azimat yang banyak jasanya kepada PAS, Haji Hadi boleh tarik balik. Sebaliknya Haji Hadi mengambil sikap berdiam diri untuk menjaga kepentingan politik daripada menjaga kepentingan aqidah puluhan ahli-ahli PAS! Wallahu alam.

Sunday, December 23, 2012

14 Tok Guru Kata Nik Aziz Sesat !!

UMUMNYA masyarakat Islam kesal dengan dakwaan Mursyiduk Am Pas, Nik Aziz Nik Mat, bahawa 'Allah lagi samseng'. Dulu dia pernah menuduh Allah mencarut. Kemudian dia mencetuskan kontroversi 'undi PAS dapat pahala' dan tuduh UMNO sebagai 'barua'. Kenyataan kontroversi Nik Aziz kali ini mendapat reaksi spontan daripada warga agama tempatan dan Selatan Thailand. Ikuti pandangan mereka berhubung dakwaan Nik Aziz.
1.) Mengikut kaedah Usuluddin, barangsiapa yang meletak sifat kekurangan kepada Allah, mereka adalah salah. Murtadlah mereka jika sampai ke tahap itu. Kita sudah tahu sifat tuhan.Sifat Tuhan tu apa? Belajarlah sifat 20. Mengikut ulama Usuluddin,kita semua wajib belajar sifat 20 itu. Banyak lagi sifat Allah Taala tidak terhingga. tetapi sifat kekurangan itu yang tidak ada pada Tuhan. Sifat samseng itu sifat mahmudah kan atau sifat mulia kah yang (Nik Aziz) nak letak kat Tuhan tu?-
Ustaz Haji Mohd Yasin Mohamad, guru agama di Kelantan.

2.) Kalimah hina Tuhan tu haram, kita nak kata tak boleh. Ulama yang bercakap lagu tu kena jauhi. Tuhan jangan disekutukan dengan satu apa pun tak boleh. Kita nak kata Allah Taala serupa tu(samseng) tak boleh -
Tok Guru Haji Razak dari Pendang, Kedah.

3.) Semua kita tahu belaka kata hukum menyamai sifat Allah dengan makhluk ini tak boleh. Menyamai zat Allah dengan zat makhluk tak boleh, menyamakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk tidak boleh. Itu jelas tentang apa yang dilarang dalam Islam dan sampai keluarnya agama. -
Syeikh Ismail Lotfi Al-Fatani, Rektor Kolej Islam Yala, Thailand.

4.) Yang sebenarnya Nik Aziz ni dari segi pengajian dia hanya faham Quran dan Hadith. Itu sahaja. Dia pula belajar di India, dia bukan alim di Mekah. Dia alim di India. Dari segi Usuluddin dia tidak mendalami. Dia mendalami dalam Quran dan Hadith sahaja. -
Ustaz Haji Abdul Aziz Abdullah, bekas imam di Pangkal Kalong, Kota Bharu.

5.) Benda-benda yang bersangkutan dengan Allat Taala kita kena teliti dan kita kena tengok. dan bila kita terjemah itu biarlah tidak mengelirukan dan orang boleh faham positifnya Allah Taala itu, sempurnnya Allah Taala itu. Manusia dimana-mana pun tak boleh sempurna, ada kesilapan. Tak kiralah dia tu orang awam ke, ulama dan sebagainya. Maknanya dia tak boleh cakap 100 peratus betul. -
Prof Madya Syed Omar Al-Saggaf, Rektor Institut Pengajian Islam Perlis.

6.) Kalau orang sanggup kata Tuhan ni samseng ertinya dia terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.. -
Ustaz Haji Zainal Abdul Rahman, Kelantan.

7.) Apa nama pun yang sebenarnya dia kena tafsirkan sesuai dengan keagungan Allah. Itu yang perlu. Bila samseng ni it sounds very bad sebut samseng ni. Kalau kita sandarkan kepada Allah sifat macam tu, ini satu benda yang tidak patut berlaku. -
Dr. Fakaruddin Abdul Mukti, Pensyarah Jabatan Akidah di sebuah universiti tempatan.

8.) Sifat-sifat Al-Mutakkabir, Al-Jabbar, Al-Qahar itu hanya layak untuk Allah SWT. Manakala manusia ni (Nik Aziz) nak pertikaikan pulak, tak kesampaianlah sebabnya kita sendiri pun manusia dijadikan Allah SWT.
Datuk Hassan Mat Jaya, Mufti Negeri Perlis.

9.) Kalau ikut ilmu Tauhid, kalau perkara itu terbit daripada orang-orang alim ataupun wali-wali Allah sekalipun kena takwil juga dan haram. Kalaupun orang yang berkata itu dia kata ada maksudnya yang tersendiri, itupun haram juga itu kerana orang awam mendengarnya lebih-lebih lagilah akan jadi menyesatkan pula. Haram bercakap macam tu. Kalaupun nak diberi orang faham, kena cakap dalam majlis-majlis yang tertentu sahaja,-
Tok Guru Haji Hashim Daud, guru agama di Padang Sera Kedah.

10.) Perkataan samseng ialah sifat mazmumah, sifat yang dicela oleh syarak. Jadi sebenarnya hujah Nik Aziz yang mengatakan kita orang Pas samseng maka Allah lebih samseng maka itu sudah menentang dengan akidah Islam.-
Ustaz Wan Ismail Wan Abdul Rashid, bekas Imam dari Kota Bharu, Kelantan.

11.) Setiap nas Qati'e yang ada dalam Quran, misalnya Yaadon, nak terjemahkan dengan makna tangan tak boleh. Wajnun nak terjemah dengan makna muka tak boleh. Wajhun dengan makna Zat, supaya tadak kesamaran kepada umat Islam seluruhnya. Dengan demikian saya rasalah orang-orang yang mengatakan sifat Tuhan itu samseng perlulah bertaubat. Sebab imi adalah satu dosa besar. -
Haji Abdullah Ahmad, Pegawai dakwah negeri Kelantan.

12.) Apabila seseorang manganggap dirinya lebih alim,lebih warak dan lebih besar semutal daripada orang lain, maka begitulah jadinya. Bercakap merapu dan meracau seperti orang kurang siuman. Jadi tidak hairanlah kalau di Kelantan ketika ini lebih ramai mempunyai manusia kurang siuman, sebab Tok Guru mereka yang kurang waras dan bersifat riak.-
Mat Daus Yunus, 72 tahun, Kampung Tok Lebir, pasir Mas, Kelantan.

13.) Saya bimbang apabila anak-anak muda dan orang tua mendengar Tok Guru mereka kata Allah sanseng, nanti mereka akan mengiyakan dan tidak lagi menyembah Allah. jadi memang patut dia bertaubat.-
Mohamad Ishak, 65 tahun, guru Quran, Kg.Ana, Tumpat Kelantan.

14.) Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mendengar ada manusia mengatakan Allah samseng, Selama ini saya tidak pernah diberitahu oleh Tok Guru di kampung bahawa Allah itu samseng.Apa yang Tok Guru saya ajar ialah tuhan itu maha kaya, maha penyayang, maha pengasih, dan maha pengampun.
Haji Wan Ismail Yaakob , 70 tahun Guru Al-Quran ,Ketereh Kelantan

Amanat Haji Hadi: Berduyun-duyun ahli PAS menyertai UMNO!

Ramai anggota dan penyokong Pas menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN) akibat kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang tidak mengambil berat mengenai masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.
Seorang penyokong Pas dari Kuala Besut, Ahmad Ibrahim, 57, berkata beliau merasa kecewa kerana parti pembangkang itu tidak memberi perhatian terhadap masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.
"Saya cuba untuk bersuara kepada pemimpin di peringkat kawasan bagi mengatasi masalah penduduk, tetapi mereka kutuk saya dari belakang menyebabkan saya rasa kecewa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Bola Kampung Pulau Bahagia di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.
Ahmad berkata, beliau meninggalkan parti itu sejak 1999 kerana kecewa dengan perjuangan Pas dan berjanji untuk memberi sokongan kepada BN.
Seorang lagi anggota Pas, Isa Idris, 68, berkata, beliau menyertai UMNO dan BN hasil daripada kesedaran apabila Pas negeri mengambil tindakan membubarkan Pas Kawasan Besut sebelum pilihan raya 1999.
"Saya juga kecewa dengan tindakan parti pembangkang itu atas beberapa perkara yang dicetuskan bersama parti pakatan pembangkang di mana mereka mengadakan demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur, selain doa-doa yang dibaca oleh pemimpin mereka yang tidak sepatutnya diucapkan.
"Saya lihat penyokong Pas sekarang "sudah sedar" sandiwara yang dimainkan parti itu dan ramai penyokong mereka akan menyertai UMNO atau BN selepas ini," katanya yang mengetuai 210 anggota dan penyokong Pas dari Kuala Besut menyertai UMNO.
Pada majlis itu seramai 310 anggota dan penyokong Pas dari Besut, Jabi (Setiu) dan Ru Redang (Marang) menyertai UMNO serta berjanji membantu parti pemerintah memenangi pilihan raya umum akan datang.

Thursday, December 20, 2012

Akibat terpengaruh Amanat Haji Hadi, bekas ahli PAS sedar dan insaf!

Pengakuan 1
 Bekas ahli PAS seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non atau C.N. al-Afghani berkata "Kepimpinan Pas tidak boleh berdiam diri dalam hal ini seolah-olah Abdul Hadi tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika mengeluarkan amanat kerana kesannya kepada masyarakat terlalu besar. Soal kafir-mengkafir ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik.
"Saya salah seorang ahli Pas yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan dosa sebelum ajal menjelma".

 Pengakuan 2:
Aktivis Pas, Datuk Muslim Othman berkata, amanat itu dibuat oleh Abdul Hadi dengan mengikut keadaan yang berlaku pada 1981 dan hingga hari ini ia tidak dilihat semula oleh pemimpin itu.
“Perkara ini sepatutnya dijawab oleh Abdul Hadi sendiri sebab dia yang beri amanat ini, kalau dia rasa ada kesilapan dia kena perbetulkan.
 
Pengakuan 3:
 Bekas penggerak Jawatankuasa Keselamatan Pas Kelantan, Saidi Hussin mendedahkan, Amanat Haji Hadi telah menyebabkan ramai umat Islam dalam kalangan penyokong parti itu di jajahan ini memulaukan imam masjid yang dilabelkan sebagai pro-UMNO.

Pengakuan 4
Seorang bekas pemimpin Pemuda Pas Shahidi Said, 41, menceritakan pengalamannya menyaksikan perpecahan ketara umat Islam termasuk tindakan seorang imam di kariahnya menolak untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' akibat terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.


Tuesday, December 18, 2012

Amanat kafirkan UMNO: Presiden PAS diasak oleh aktivis PAS sendiri!

Aktivis Pas, Datuk Muslim Othman berkata, amanat itu dibuat oleh Abdul Hadi dengan mengikut keadaan yang berlaku pada 1981 dan hingga hari ini ia tidak dilihat semula oleh pemimpin itu.
“Perkara ini sepatutnya dijawab oleh Abdul Hadi sendiri sebab dia yang beri amanat ini, kalau dia rasa ada kesilapan dia kena perbetulkan.
Datuk Muslim Othman, aktivis PAS
“Dia pandang waktu itu (1981) kira sampai la (sekarang) dia tak tafsir semula, dia kena tengok balik amanat dia," katanya yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan oleh bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail mengenai puluhan ribu ahli dan pengikut Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Abdul Hadi yang sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.
Semalam, Zainon Ismail yang lebih dikenali sebagai C.N Al-Afghan, bekas aktivis PAS telah mendesak Presiden PAS supaya menarik balik amanat tersebut yang dikatakan jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya.
Beliau turut mendedahkan penyelewengan Tabung Memali melalui bukunya "Air Mata Memali" yang diminta oleh pucuk pimpinan PAS buku itu diharamkan dibaca dan diedarkan kepada rakyat. Itu cara pemimpin PAS menutup kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PAS sendiri. Menurut YB Dato' Zulkifli Nordin pula, Haji Hadi selaku Presiden PAS, pemimpin2 PAS, ahli-ahli PAS dan penyokong2 PAS dan pengundi2 PAS perlu bertanggungjawab di atas kematian Ustaz Ibrahim Libya dan 13 lagi rakan-rakannya yang terbunuh dalam Peristiwa Berdarah di Memali.
Oleh kerana Amanat Haji Hadi, Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sangat percaya dan yakin bahawa mati mereka adalah mati syahid. Pemimpin PAS telah mengebumikan mereka dengan pakaian yang berdarah, dibungkus (tanpa dimandi dan dikapan) dikebumikan sebagai para pejuang Islam.
Presiden PAS dan pemimpin utama PAS sehingga hari ini senyap tanpa ada jawapan. Anak isteri keluarga yang terkorban tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada PAS. Kutipan jutaan ringgit untuk Tabung Memali hilang entah ke mana?
Cikgu Non, ahli PAS seumur hidup dan merupakan bekas aktivis PAS telah dipecat daripada parti PAS kerana membongkarkan penyelewengan Tabung Memali. Beginikah PAS yang dikatakan berjuang untuk kebenaran dan keadilan? Hari ini rakyat umumnya sudah mengetahui PAS punca perpecahan orang Melayu/Islam ekoran amanat Haji Hadi itu. Rakyat umum sudah mengetahui bahawa PAS sudah tidak mampu berbuat apa lagi sejak bersekongkol dengan DAP-PKR. Tiada kelebihan untuk umat Islam/Melayu sejak PAS bersama PR. Malahan rugi yang amat besar kepada umat Islam setelah PAS mengambil keputusan drastik untuk kekal bersama PR walaupun PAS tahu DAP dan PKR akan jadi parti dominan dalam membuat dasar kerajaan PR.
Orang Melayu/Islam perlu sedar bahawa PAS bukan lagi parti PAS yang asal, PAS bukan lagi parti yang berani menongkah arus seperti dahulu. PAS hanya parti tunggangan kepada DAP dan PKR. Baru-baru ini jelas dalam perhimpunan DAP, orang Melayu dalam DAP sekadar hiasan. Tidak pun dilantik malahan jumlah undi untuk calon Melayu dalam DAP sangat tercorot luar biasanya. Apakah masih ada orang Melayu/Islam masih tidak nampak atau tidak faham?

Monday, December 17, 2012

Haji Hadi tarik balik amanatnya, seluruh ahli PAS terpaksa bertaubat!

Puluhan ribu ahli dan pengikut tegar Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga mereka kekal sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.
Perkara itu didedahkan sendiri aktivis yang juga bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani berikutan masih ramai pengikut tegar parti itu percaya, pemimpin serta ahli UMNO jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.
Sehubungan itu, Zainon mendesak Abdul Hadi yang kini memegang tampuk kepemimpinan Pas menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat Islam di negara ini kerana selagi beliau tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila.
Katanya, dalam soal tersebut Abdul Hadi perlu meletakkan kepentingan akidah jauh lebih penting daripada pertimbangan politik kerana jika tidak, puluhan ribu pengikut Pas terus bergelumang dengan dosa akibat mengkafirkan saudara seagama hanya kerana perbezaan politik.
"Kepimpinan Pas tidak boleh berdiam diri dalam hal ini seolah-olah Abdul Hadi tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika mengeluarkan amanat kerana kesannya kepada masyarakat terlalu besar. Soal kafir-mengkafir ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik.
"Saya salah seorang ahli Pas yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan dosa sebelum ajal menjelma.
"Tapi sebagai individu bertanggungjawab apatah ketika berkuasa, Abdul Hadi perlu membetulkan semula akidah pengikut Pas kerana masih terdapat puluhan ribu ahli parti yang taksub dan menganggap UMNO kafir," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Menurut Zainon, walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi amanat Abdul Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut tegar Pas menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa sahaja termasuk kebaikan yang cuba dibawa kerajaan.
Dalam pada itu, Zainon berkata, beliau sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai 'serangan' yang bakal dilemparkan pemimpin Pas termasuk 'tuduhan wajib' seperti dibeli oleh UMNO kerana bertindak mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat beliau yang membawa perpecahan.
"Saya buat semua ini atas sifat keinsafan diri demi untuk melihat akidah orang Islam khususnya pengikut tegar Pas yang bertindak mengkafirkan saudara seagama dapat diperbetulkan semula dan bagi tujuan itu, saya sedia bersemuka dengan mana-mana pemimpin Pas," katanya.

Sunday, December 16, 2012

Sebelum ini Tengku Aziz dipecat, kali ini pemimpin Melayu disisih dalam kepimpinan DAP Pusat!

Tidak lagi boleh dinafikan, DAP merupakan parti cauvinis yang gagal menampilkan pemimpin Melayu dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti DAP. Malahan yang terpilih pula menampakkan kepada rakyat umum, pemimpin cavinis, racism dan anti Islam. 
Dalam pemilihan yang berlangsung sempena Kongres DAP Kebangsaan Ke-16 di Pulau Pinang, tiada seorang pun calon Melayu yang dicalonkan. Undi tertinggi iaitu sebanyak 348 undi, Senator Ariffin S. M. Omar hanya berada di tempat ke-37 daripada 63 calon yang bertanding.
Yang turut tidak terpilih ialah bekas Ahli CEC bagi penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang juga Naib Pengerusi DAP Johor dan mendapat 327 undi untuk berada di tangga ke-38.
Wahai pemimpin-pemimpin Melayu dalam DAP dan ahli-ahli DAP Melayu, cuba lu fikir! Apakah DAP boleh menjaminkan bangsa lu dan agama lu akan dijamin dan dibela jika DAP memerintah negara ini. Lu tak percaya, lu tengok sendiri apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Mana ruma kos rendah yang dibina oleh kerajaan DAP. Banyak gerai2 orang Melayu, sebangsa dengan mu telah diroboh tanpa belas kasihan. Ada kampung2 tradisional Melayu yang dihapuskan secara senyap. Apakah Kit Siang akan bela nasibmu, nasib keluargamu dan nasib anak bangsamu wahai Senator Ariffin S.M. Omar dan Ahmad Ton. Manakala ahli MPPP, En. Zulkifli Ahmad apa pun tarak!
Yang naik pemimpin anak beranak Lim Kit Siang dan Karpal Singh dan sepupu Nga dan Ngoh di Perak. Sedarlah wahai orang-orang Melayu! Kerajaan BN ditunjangi UMNO  memerintah, bangsa lain Cina dan India serta suku-suku kaum lain di Sabah dan Sarawak tdak disisih malahan dibela. Tapi kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang sudah jelas kepentingan orang Melayu telah disisih secara halus! Fikirlah demi masa depan kita orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya.

Tuesday, December 11, 2012

Kata Hamas, "Malaysia jadi negara Islam contoh". PAS pula kata tidak!!!!

Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia, kata Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati.

Sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.

"Sebab itulah, kini ramai pelajar kami pergi ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan sarjana," katanya ketika menerima kunjungan hormat penasihat Yayasan Aman Global Perdana (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir di Hospital Al-Shifa' di sini pada Isnin.

Turut hadir pengerusi PGPF Tan Sri Norian Mai, presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan 58 sukarelawan misi kemanusiaan KP1M.

Dr Mufid juga menyifatkan Malaysia sebagai "saudara seagama rakyat Palestin" dan menyanjung tinggi segala usaha kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat Palestin, terutama dengan membekalkan keperluan perubatan.

Sementara itu, Mukhriz, yang mengetuai misi kemanusiaan tujuh anggota itu berkata, beliau yakin bekalan perubatan yang dibawa beberapa misi kemanusiaan Malaysia boleh membantu mengatasi kekurangan bekalan ubat-ubatan di Gaza.

Kali ini, kata beliau, PGPF menyerahkan 25 tan metrik bekalan perubatan bernilai lebih RM1.5 juta kepada Kementerian Kesihatan Hamas dan lebih banyak bekalan akan tiba tidak lama lagi.

"Anda mempunyai saudara di seluruh dunia, termasuk di timur jauh seperti di Malaysia, yang sentiasa ingin membantu anda dengan sedapat mungkin dan ini merupakan suatu usaha berterusan," katanya.

Abdul Azeez, yang mengetuai misi kemanusiaan KP1M pula berkata pasukan itu telah menyerahkan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan bernilai kira-kira AS$150,000 (RM450,000) kepada Kementerian Kesihatan Hamas.

Terdahulu, sukarelawan misi kemanusiaan KP1M mengunjungi hospital Al-Quds di Gaza dan menyampaikan sumbangan AS$10,000 (RM30,000) kepada hospital itu.

Misi kemanusiaan KP1M, dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, memasuki hari keempatnya hari ini. - Bernama

Wednesday, December 5, 2012

Kerajaan DAP suka berbohong akibatnya pelabur asing takut!

Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal menarik pelabur asing ke negeri ini berikutan kemerosotan jumlah pelaburan yang dicatatkan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sehingga Jun lalu, hanya sejumlah RM1.8 bilion pelaburan asing yang diterima Pulau Pinang iaitu jauh merosot berbanding RM10 bilion pada 2010.
"Ketika ini Pulau Pinang berada di tangga kelapan di belakang Selangor, Johor, Sabah, Sarawak, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak dan Kuala Lumpur.

Saturday, December 1, 2012

Melayu itu Islam!!!!

Satu undi untuk mereka bermakna keredhaan untuk Melayu dimurtadkan!

Satu undi untuk mereka bermakna persetujuan untuk Melayu dikafirkan!

Satu undi untuk mereka bermakna kesediaan melihat Melayu dihapuskan!