"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, December 11, 2012

Kata Hamas, "Malaysia jadi negara Islam contoh". PAS pula kata tidak!!!!

Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia, kata Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati.

Sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.

"Sebab itulah, kini ramai pelajar kami pergi ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan sarjana," katanya ketika menerima kunjungan hormat penasihat Yayasan Aman Global Perdana (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir di Hospital Al-Shifa' di sini pada Isnin.

Turut hadir pengerusi PGPF Tan Sri Norian Mai, presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan 58 sukarelawan misi kemanusiaan KP1M.

Dr Mufid juga menyifatkan Malaysia sebagai "saudara seagama rakyat Palestin" dan menyanjung tinggi segala usaha kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat Palestin, terutama dengan membekalkan keperluan perubatan.

Sementara itu, Mukhriz, yang mengetuai misi kemanusiaan tujuh anggota itu berkata, beliau yakin bekalan perubatan yang dibawa beberapa misi kemanusiaan Malaysia boleh membantu mengatasi kekurangan bekalan ubat-ubatan di Gaza.

Kali ini, kata beliau, PGPF menyerahkan 25 tan metrik bekalan perubatan bernilai lebih RM1.5 juta kepada Kementerian Kesihatan Hamas dan lebih banyak bekalan akan tiba tidak lama lagi.

"Anda mempunyai saudara di seluruh dunia, termasuk di timur jauh seperti di Malaysia, yang sentiasa ingin membantu anda dengan sedapat mungkin dan ini merupakan suatu usaha berterusan," katanya.

Abdul Azeez, yang mengetuai misi kemanusiaan KP1M pula berkata pasukan itu telah menyerahkan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan bernilai kira-kira AS$150,000 (RM450,000) kepada Kementerian Kesihatan Hamas.

Terdahulu, sukarelawan misi kemanusiaan KP1M mengunjungi hospital Al-Quds di Gaza dan menyampaikan sumbangan AS$10,000 (RM30,000) kepada hospital itu.

Misi kemanusiaan KP1M, dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, memasuki hari keempatnya hari ini. - Bernama

1 comment:

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.