Puluhan ribu ahli dan pengikut tegar Pas dikesan
masih berpegang teguh kepada amanat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga mereka kekal sehingga
kini menganggap orang UMNO adalah kafir.
Perkara itu didedahkan sendiri aktivis yang juga bekas ahli seumur
hidup Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani berikutan masih ramai pengikut tegar parti itu percaya, pemimpin serta
ahli UMNO jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.
Sehubungan itu, Zainon mendesak Abdul Hadi yang kini memegang tampuk
kepemimpinan Pas menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat
Islam di negara ini kerana selagi beliau tidak berbuat demikian, orang
Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila.
Katanya, dalam soal tersebut Abdul Hadi perlu meletakkan kepentingan
akidah jauh lebih penting daripada pertimbangan politik kerana jika
tidak, puluhan ribu pengikut Pas terus bergelumang dengan dosa akibat
mengkafirkan saudara seagama hanya kerana perbezaan politik.
"Kepimpinan Pas tidak boleh berdiam diri dalam hal ini seolah-olah
Abdul Hadi tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika mengeluarkan amanat
kerana kesannya kepada masyarakat terlalu besar. Soal kafir-mengkafir
ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik.
"Saya salah seorang ahli Pas yang terpengaruh dengan amanat tersebut
sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya
tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar
diampunkan dosa sebelum ajal menjelma.
"Tapi sebagai individu bertanggungjawab apatah ketika berkuasa, Abdul
Hadi perlu membetulkan semula akidah pengikut Pas kerana masih terdapat
puluhan ribu ahli parti yang taksub dan menganggap UMNO kafir," katanya
kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Menurut Zainon, walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi amanat Abdul
Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut
tegar Pas menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa sahaja termasuk
kebaikan yang cuba dibawa kerajaan.
Dalam pada itu, Zainon berkata, beliau sudah bersedia untuk
menghadapi pelbagai 'serangan' yang bakal dilemparkan pemimpin Pas
termasuk 'tuduhan wajib' seperti dibeli oleh UMNO kerana bertindak
mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat beliau yang membawa perpecahan.
"Saya buat semua ini atas sifat keinsafan diri demi untuk melihat
akidah orang Islam khususnya pengikut tegar Pas yang bertindak
mengkafirkan saudara seagama dapat diperbetulkan semula dan bagi tujuan
itu, saya sedia bersemuka dengan mana-mana pemimpin Pas," katanya.
Puak fanatik PAS takkan percaya semua ini kecuali dengan hidayah Allah. Semoga Allah memberi hidayah kepada ahli PAS yang fanatik dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Tinggalkan PAS, Islam terpelihara akhidah terselamat.
ReplyDeleteALLAH akan tunjuk satu hari. Harap-harap Hadi sempat bertaubat dan memohon ampun dan maaf dari semua ahli UMNO, yang masih hidup dan sudah meninggal dunia (?). Berat Haji Hadi....
ReplyDeleteAllah panjangkan hayat Hadi dgn dua sebab (mungkin) iaitu menambahkan lagi kerakusan nafsunya dan siapa yang bersubhat dgn hadi atau memberi peluang untuk dia bertaubat...
ReplyDeleteJom ahli UMNO semua... tinggal la UMNO tu.. parti perkauman tu.. sama macam MCA.. MIC.. kalu cina dgn india muslim.. boleh masuk UMNO ke? tak payah pikir panjang2 bro.. tinggal la.. nabi tak ngaku umat nanti.. perangai hangpa semua serupa abu jahal..
ReplyDelete