"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, December 30, 2012

Puluhan ribu ahli Pas yang taksub mengkafirkan keluarga sendiri!

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berhak meletakkan sebarang syarat kepada kerajaan untuk memberi penjelasan tentang amanatnya pada 1981 yang mengkafirkan UMNO, kerana perkara itu melibatkan soal akidah.
Bekas ahli seumur hidup dan aktivis Pas, Zainon Ismail (gambar) atau lebih dikenali sebagai C.N. Al-Afghani berkata, beliau hairan dengan tindakan Abdul Hadi meletakkan syarat untuk menjelaskan amanat tersebut tetapi tidak pula memberi sebarang syarat ketika amanat itu dibuat 31 tahun lalu.
Katanya, tindakan Abdul Hadi meletakkan syarat menunjukkan Presiden Pas itu lebih mengutamakan politik daripada meletakkan kepentingan akidah umat Islam yang terpengaruh dengan amanat beliau sehingga sanggup mengkafirkan keluarga sendiri.
“Kenapa sekarang baru beliau mahu meletakkan syarat? Ketika amanat itu dibuat di Banggol Peradong pada 1981 sehingga menyebabkan kami pengikut Pas mengkafirkan seluruh ahli UMNO serta keluarga sendiri, tiada sebarang syarat dikeluarkan Abdul Hadi.
“Malah ketika berceramah di mana-mana pun, beliau tidak meletakkan sebarang syarat tetapi kenapa dalam isu akidah sebegini perlu kepada syarat pula? Siapa yang bertanggungjawab mengeluarkan amanat ini? Siapa yang menyebabkan perpecahan ini?
“Isu kafir mengkafir ini soal akidah. Apakah ada benda lebih penting daripada soal akidah di mata Abdul Hadi sehingga beliau sanggup meletakkan syarat," katanya yang merupakan penulis buku ‘Kafirkah Aku’ ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi pertama Abdul Hadi yang meletakkan syarat agar diberi siaran secara langsung selama sejam di RTM dan TV3 berhubung isu desakan agar Presiden Pas itu menarik semula amanat, setelah sekian lama menyepi.
Dalam pada itu, ditanya mengenai tindakan Abdul Hadi yang memandang rendah pendedahannya menerusi buku Kafirkah Aku? apabila menyifatkan beliau cuma guru sekolah rendah, Zainon dalam nada sinis berkata: “Orang Pas ni, tak ada orang lain lebih hebat, lebih tinggi, kecuali pemimpin mereka sahaja."
“Saya akui ilmu saya tidak sehebat ulama-ulama Pas khususnya Abdul Hadi. Saya akui saya cuma cikgu sekolah tetapi apa yang saya pertikaikan bukan soal ilmu tetapi pengalaman saya dan puluhan ribu ahli Pas yang taksub dengan amanat beliau sehingga mengkafirkan keluarga sendiri," katanya.

2 comments:

  1. Rasulullah Saw bersabda :

    “Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi”( HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).

    “Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. ULAMAnya akan menjadi wujud PALING BURUK di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga” (Baihaqi).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan kepada hadis di atas, sememangnya wujud golongan dalam masyarakat Islam sepertimana disabdakan oleh Baginda saw yang tidak tahu apa-apa mengenai ilmu agama lalu merujuk kepada para ulama mereka dan para ulama ini pula adalah wujud yang paling buruk di bawah kolong langit. Salah satu bukti yang menggambarkan sifat ulama ini dan menyempurnakan sabda suci Rasulullah saw ialah dengan mudahnya mereka mengeluarkan fatwa mengkafirkan kumpulan Islam yang lain. Apabila para ulama mereka mengeluarkan fatwa tersebut maka para pengikutnya mempercayai dan mengikut tanpa menyelidiki kesahihannya. Manakala ulama tersebut pula mengatakan mereka mengeluarkan fatwa tersebut kerana merujuk atau mengikut fatwa yang disepakati oleh ulama antarabangsa atau ulama terdahulu. Sifat ini yang diumpamakan oleh Rasulullah saw sebagai “kera” iaitu suka meniru sahaja tanpa memahami atau menyelidiki sendiri tentang kedudukan perkara sebenar.

      Sifat babi atau khinzir yang kita ketahui adalah suka kepada kekotoran, najisnya pun dimakannya dan ini melambangkan sifat tidak tahu malu yang bermaksud golongan ini bukan sahaja suka meniru atau menurut sahaja, malah tidak tahu malu untuk melakukan dusta dan fitnah. Golongan ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw seperti “kera” dan “khinzir” kerana mereka mengikut sahaja memfatwakan dan menabur fitnah-fitnah kepada orang-orang Islam lain sebagai sesat dan bukan Islam padahal golongan yang dikatakan sesat itu adalah orang Islam. Fitnah dan pembohongan ini yang menyebabkan Rasulullah saw terpaksa menggunakan perumpamaan yang sangat keras. Ini adalah kerana Rasulullah saw mengetahui fitnah dan pembohongan seperti ini akan menyebabkan berlakunya keganasan dan kekerasan dengan menyerang, membakar, merosak, mencedera dan membunuh. Lebih biadap lagi, mereka memakai dan melaungkan nama Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang semasa melakukan perbuatan keji ini. Padahal Allah swt tidak suka kepada kerosakan, “...Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang berbuat kerosakan.” (Al Qashash : 78).

      Perbuatan memfitnah dan menggunakan kekerasan adalah bukti bahawa umat Islam hanya pada nama sahaja, Islam dan Al Quran hanya tinggal tulisan sahaja kerana majoriti umat Islam telah membelakangkan ajaran Al Quran sehingga sanggup menyerang masjid dan membunuh orang Islam yang difitnah. Masjid-masjid golongan para ulama yang dimaksudkan besar-besar dan indah-indah belaka tetapi kosong dari petunjuk kerana masjid mereka menjadi medan menabur fitnah-fitnah kepada orang lain agar masyarakat membenci dan menjauhi kelompok yang dianggap tidak sealiran dengan pemikiran mereka. Namun begitu berdasarkan kepada hadis yang sama juga memperlihatkan bahawa Allah swt akan memberi petunjuk dan membongkar pembohongan mereka dan masyarakat akan melihat sendiri bagaimana fitnah itu akan kembali kepada golongan ulama berkenaan. Masyarakat akan melihat sendiri dan sedar bahawa golongan ulama tersebutlah yang sesat dan menghina Rasulullah saw kerana mengeluarkan fatwa yang berunsur fitnah dan melakukan percakapan serta perbuatan yang bertentangan dengan ajaran suci Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw. Oleh itu sempurnalah firman Allah swt, “Dan Rasul itu akan berkata, ‘Ya Rabbi, sesungguhnya kaumku telah memperlakukan Al Quran ini sebagai sesuatu yang telah ditinggalkan” (Al Furqaan : 31). Amat jelas bahawa rasul yang dimaksudkan itu mengadu kepada Allah swt dalam keadaan kesal dan sedih. Inilah yang terjadi dan sedang berlaku dalam umat Islam, ramai yang membaca Al Quran, masjid-masjid ramai pengunjung namun apa yang dikesalkan adalah amalan yang dituntut oleh Al Quran adalah sesuatu yang telah ditinggalkan.

      Delete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.