Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tidak terus
membisu terhadap isu tuntutan masyarakat supaya beliau menarik kembali
amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981.
Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi |
Tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, menurut prinsip Islam, Abdul Hadi perlu memperbetulkan semula kesalahannya supaya masyarakat tidak terus keliru.
Beliau berkata, Pas sendiri telah melanggar amanat yang dibuatnya kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP atas dasar tahaluf.
"Kita minta supaya Abdul Hadi respons kepada tuntutan masyarakat
supaya dia membetulkan balik apa yang salah. Itu prinsip Islam, kalau
kita buat sesuatu yang salah maka kita perlu betulkan balik.
"Kalau dia kata dahulu tidak boleh kerjasama dengan kafir, kemudian
dia buat kerjasama dengan DAP, dia kata dalam parti dia boleh atas dasar
tahaluf, jadi sekarang dia kena betulkan masyarakat semua, jangan
betulkan dalam parti dia sahaja, itu yang kita minta," katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.