"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, January 1, 2013

Takut kepada Guan Eng daripada takut kepada Allah!

Sikap Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man berdiam diri berhubung isu cadangan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu diselar ahli-ahlinya sendiri.
Lebih dikesalkan mereka, Mohd. Salleh yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menafikan Pas negeri terbabit dalam demonstrasi membantah cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu Jumaat lalu.
Ahli Pas seumur hidup, Azmi Jaafar berkata, Mohd. Salleh dilihat lebih mementingkan jawatan dalam parti dan dalam kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga sanggup bersekongkol dengan Guan Eng.
“Sepatutnya dia (Mohd. Salleh) sepakat dengan kepimpinan Pas Pusat menolak sebarang usaha membenarkan orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah kerana kalimah itu tidak boleh dikongsi.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.