"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, January 12, 2013

isu Kalimah Allah: Mesti baca oleh umat Islam!

KALIMAH ALLAH : EMAIL PEMBACA YANG WAJIB DISEBARKAN.


Saya terpanggil dengan akan isu Kalimah Allah yang dibenarkan oleh Hadi Awang dan dipersetujui oleh Anwar ibrahim untuk digunakan oleh mereka bukan Islam. 


Saya lahir sebagai Islam, dan membesar dengan budaya dan adat Islam yang dipupuk dan dijaga oleh Masyarakat Melayu di malaysia ini. Ya, saya adalah anak bekas penganut kristian katholik. Ayah saya adalah bekas penganut kristian yang telah menerima islam dan telah bergelar sebagai seorang Muslim lebih dari 20 tahun. Dengan akan hal penggunaan Kalimah Allah ini oleh penganut Kristian dengan alasan untuk mengantikan 'Tuhan' kepada Kalimah Allah untuk kitab Injil versi Bahasa Melayu adalah tidak relevan dan amat meragukan dari sudut keikhlasan.  

Saya percaya, terdapat penganut kristian sendiri tidak bersetuju dengan akan penggunaan Kalimah Allah untuk mengantikan perkataan Tuhan dalam kitab injil versi Bahasa Melayu -  kerana ianya bukan sahaja mampu mengelirukan Umat Islam malah penganut kristian juga akan terkeliru dalam hal ini. Malangnya, Sudah muncul akan Bishop, pastor, yang lebih mengutamakan keuntungan dari sudut politik dan pengaruh daripada keharmonian dan kedamaian yang telah wujud selepas 13 MEI. 

Saya hairan, Malaysia mempunyai institusi Islam yang begitu berkesan dari segi menyatakan Tafsiran hukum hakam berpandukan Al Quran dan juga Hadith yang sahih dengan jelas. Namun mengapa dalam hal ini, pihak Gereja dan juga segelintir Umat Islam lebih mengutamakan suara dan keputusan dari seorang yang bergelar 'Politician'? Persoalan saya, adakah Anwar ibrahim dan juga Hadi Awang itu mewakili suara seluruh Umat Islam di Malaysia ini? Dan Kedudukan mereka dan Tafsiran mereka dalam hal berkaitan agama lebih konkrit dan jelas dari Akan Tafsiran para ilmuan dan cendiakawan Islam? 

Saya tahu akan tingginya Ilmu Agama Hadi Awang -  Jika tidak, manakan beliau mampu menjadi Presiden pada parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Tapi, cara dan beliau membuat keputusan dalam hal berkaitan dengan Akidah dan kesucian Islam, seolah-olah beliau harus belajar Islam dari peringkat asas fardu ain. Saya tidak berminat untuk bercerita tentang Anwar ibrahim, kerana kita tahu akan siapa makhluk ini. 

Ini soal Akidah kita, Ini soal kesucian Islam, Allah Itu Satu dan Allah tiada anak. Jika kita tidak mampu untuk mempertahankan Kalimah Allah, usah bicaralah kita nak berjihad nak mempertahankan Islam. Asas Islam adalah - asyhaduallaa ilaaha illaLLAH wa asyhadu anna muhammadarrasuluLLAH - ( Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah), bagaimana kita nak nyatakan perasaan kita jika kalimah Allah digunakan oleh golongan yang tidak memperakui akan KeTauhidan Allah dan Kerasulan Nabi Muhammad? 

Sedarlah, old testament ditulis dalam bahasa hebrew -  Tidak ada Perkataan 'Allah'. Dan di dalam new testament yang ditulis dalam bahasa Yunani juga tidak ada perkataan 'Allah'. Malah bible yang pelbagai versi yang menggunakan bahasa wajib iaitu bahasa inggeris juga tidak ada perkataan 'Allah'. GOD - Tuhan dalam bahasa Melayu, Mengapa perlu pusing 360 darjah dengan memilih 'Allah' sebagai ganti nama untuk Tuhan dalam bahasa Melayu? 

Suara Umat Islam adalah Al Quran dan bukannya suara dari  ahli politik. Yang mewakili Islam adalah kebenaran dari Al Quran bukannya dari Tafsiran dan keputusan ahli politik. 

Dimana Ustaz Azhar Idrus yang telah menjadi fenomena dalam dunia Dakwah di Tanah air? Dimana pejuang Islam Yang konon ingin laksanakan Hukum Hudud di Malaysia ini? Mana mereka ini semua? Tidakkah mereka ingin mempertahankan kalimah Allah? 

Tanyalah diri kalian semua wahai saudara seagama ku - Mahukah Kalian ingin Allah SWT disyirikkan? 


Moga Allah SWT ampunkan kita semua.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.