"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, January 27, 2013

Aku bayangkan jika PR memerintah negara Malaysia!

Andaikata Pakatan Rakyat memerintah negara selepas PRU13 ini sudah pasti DS Anwar Ibrahim akan jadi PM. Timbalan Perdana Menteri 1 sudah tentu antara Lim Kit Siang ataupun Lim Guan Eng dan Timbalan Perdana Menteri 2 sudah pasti Presiden PAS, TG Haji Hadi. Jika DAP boleh lakukan dalam pentadbiran negeri di Pulau Pinang masakan tidak boleh dilaksanakan dalam kerajaan pusat.

Sungguhpun DSAI jadi PM tapi dia hanyalah boneka kepada DAP. Selama ini pun, DSAI sentiasa mengikut telunjuk DAP. DSAI menyokong kalimah Allah digunakan dalam Bible. DSAI menyokong dua Timbalan Ketua Menteri di Pulau Pinang. DSAI tidak pernah menyokong Hudud dan sebaliknya merendah-rendahkan usaha pemimpin negara hari ini yang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh di dunia. Menyokong LGBT dan pluralsime agama yang telah merisaukan seluruh umat Islam di Malaysia ini. 

Paling bahaya, Karpal Singh pernah mengaku bahawa dia pernah mendesak agar Anwar Ibrahim yg ketika itu TPM, disiasat kerana didakwa terlibat dalam isu liwat. Menggemparkan, Wee Choo Keong (Wangsa Maju) mendedahkan dalam satu ceramah DAP di Hotel Federal di Kuala Lumpur pada 1997, Karpal telah menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti Anwar terlibat dalam kegiatan liwat.
Apakah dalam isu moral seperti ini, Anwar boleh jadi PM yang tenang dan bebas? Sekali lagi Anwar akan jadi pemimpin boneka kepada karpal Singh dan DAP.

DAP begitu konsisten dalam dasar perjuangan mereka sejak dahulu. Perjuangan PAS sering berubah ikut perubahan politik.  Contoh yang paling jelas ialah perjuangan negara Islam telah berubah kepada negara berkebajikan. Manakala dalam kepimpinan PAS sendiri berlaku percanggahan pandangan mengenai isu Kalimah Allah. Akhirnya Dewan Ulama PAS terpaksa membuat ketetapan. TG Nik Aziz, Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) dan Haji Hadi terpaksa membuat pusingan U serta merta. Jika beginilah sikap kepimpinan PAS hari ini yang sudah jauh berubah, aku yakin Islam di Malaysia akan menuju kemusnahan sedikit demi sedikit. Pemimpin DAP dan PKR boleh duduk, berdiri dan berbaris dalam satu pasukan sebaliknya PAS akan terpinggir! 

Penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan dan bahasa rasmi negara akan semakin terhakis. DAP dan PKR akan meneruskan usaha mengenengahkan kepelbagaian bahasa dalam komunikasi dan media massa.Di Pulau Pinang dan Perak (semasa PR memerintah) pun telah berlaku. Papan tanda jalan dicadangkan menggunakan pelbagai bahasa kononnya untuk memnuhi kehendak rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Cuba kita lihat sendiri di Pulau Pinang, banner-banner kerajaan negeri dan pemimpin-pemimpin negeri telah ditulis dengan pelbagai bahasa (Bahasa Melayu, Cina dan India). Ada ketikanya banner itu 100% ditulis dalam tulisan Cina. Dan pula tulisan Bahasa Melayu lebih kecil atau berada di bawah. Inilah bukti yang nyata dan jelas sedang berlaku pada hari ini. Sudah pasti perkara yang sama boleh berlaku jika PR memerintah negara ini.

Oleh kerana DAP sangat tegas menentang Dasar Ekonomi Baru dan hak keistimewaan Melayu/bumiputra, aku yakin dasar-dasar kerajaan hari ini yang menjaga kepentingan Melayu/Bumiputra akan dihapuskan oleh kerajaan PR. Tiada lagi MARA, PERDA, MRSM, UITM dan sebagainya. Semua bangsa akan mempunyai hak yangsama sebagai rakyat Malaysia. Bukti yang jelas, kuota bumiputra dalam pemilikan rumah kos rendah di Pulau Pinang telah ditetapkan 45-45-10. Ertinya kuota untuk Melayu dan Cina sama rata sebanyak 45% manakala India dan lain-lain bangsa 10%. 

Bersambung.......

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.