"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, January 27, 2013

Agen penyebar fitnah mula memasuki sekolah-sekolah di Pulau Pinang

Kelmarin petang aku dapat satu cerita karut marut dari seorang kawan mengenai seorang pembekal alat tulis berbangsa Cina. Kata kawan saya, kemungkinan besar pembekal alatulis ini penyokong kuat DAP. 
Kawan saya seorang PAP (Pembantu Am Rendah) di sebuah sekolah Cina di Balik Pulau. Pembekal Cina ini tanpa segan dan takut menceritakan kepada mereka yang sedang berehat ketika itu bersama tukang kebun yang lain. Dia tidak takut walaupun ceritanya itu langsung tidak berpijak di bumi nyata. Boleh kita anggapkan cerita itu merupakan fitnah yang keterlaluan hingga tidak masuk akal. Jika orang Islam, mungkin cerita seumpama itu perlu ditapis terlebih dahulu sedalam-dalamnya supaya kita tidak terlibat dengan perbuatan fitnah memfitnah.
Aku sangat yakin ceritanya ini merupakan psi-war oleh pembangkang untuk merosak imej pemimpin-pemimpin negara. Bagi golongan pertengahan, mungkin cerita itu boleh dianggap sangat lawak disebabkan kebodohan dan ketaksuban. Bagi golongan bawahan mungkin fitnah dianggap cerita benar.
Cerita 1:
Rakyat Malaysia susah hari ini kerana pemimpin negara yang rasuah. Harga barang naik, harga minyak naik kerana pemimpin negara mahu jadi kaya.
Cerita 2:
Harga gula naik kerana kerajaan naikkan harga. Toh Puan Asmah, isteri Tun Mahathir merupakan pemilik kilang gula di Malaysia.
Cerita 3:
Pembekal Cina itu menceritakan bahawa Tun Mahathir merupakan orang yang terkaya di dunia. Tuan Mahathir dan anak-anaknya semua kaya. Tun Mahathir telah menyembunyikan harta kekayaannya. Rakyat tak tahu.
Aku tak boleh tahan dengar cerita seperti itu. Jika pembekal Cina itu berada di hadapan aku mahu aku pukul sahaja dengan kayu. Dia tak layak hidup. Manusia jahanam yang mahu menjatuhkan kepimpinan Melayu di Malaysia. Dia tidak takut kerana berani bawa cerita bohong itu kepada orang Melayu golongan bawahan.  
Aku anggap pembekal Cina itu tidak layak jadi rakyat Malaysia. Dia jadi pengkhianat ataupun komunis moden dalam negara hari ini. Tapi orang Melayu belum sedar lagi. Kerja-kerja menabur fitnah dan memburukkan kepimpinan negara telah menular secara meluas dan serius di kalangan rakyat akar umbi. Penyokong-penyokong PR seperti ahli-ahli PAS dan PKR yang mengakui diri Islam sanggup pula bersekongkol dan berkongsi cerita fitnah yang amat dahsyat itu.
Erti kata lain, senjata utama puak-puak pembangkang hari ini ialah fitnah. Puak-puak pembangkang hari ini bijak menghasilkan cerita bohong dan fitnah menjadi cerita yang boleh dipercayai. Inilah kualiti mentaliti politik puak pembangkang yang ada di Malaysia.
Sebenarnya puak-puak pembangkang sudah ketandusan isu untuk menghentamkan kerajaan Malaysia. Oleh itu puak-puak pembangkang akan mencipta isu biarpun fitnah asalkan matlamat mereka ke Putrajaya akan terlaksana. Yang pelik dan hairan aku, macam mana puak-puak PAS dan PKR yang beragama Islam boleh turut berkongsi cerita karut marut itu. Mungkin betul kata kawan aku, bahawa puak-puak PAS yang taksub akan selalu bersetuju apa yang pemimpin mereka ceritakan kepada mereka. Malahan mereka ini pula yang membawa dan memanjangkan cerita fitnah itu kepada orang ramai.
Yang sah akan rugi adalah orang Melayu dan Islam. Yang tidak rugi adalah puak-puak yang bersekongkol dengan syaitan. Apakah kita sudah lupa, Nik Aziz dalam kenyataannya sebagai pemimpin yang memberi fatwa kepada para “penganut agama” PAS sebelum ini bahawa parti itu “sanggup berkawan dengan syaitan” untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional?



No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.