"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, January 20, 2013

Politik UMNO atau PAS bercelaru, haru biru?

Akhir-akhir ini fikiran rakyat terutama orang Melayu jadi haru biru. Semakin bercelaru. Fikiran yang tidak bercelaru adalah mereka yang terlalu taksub atau fanatik kepada pemimpin mereka. Puak-puak ini sudah tak boleh buat apa lagi. Jika pemimpin kata hitam maka hitamlah mereka.Jika pemimpin minta mereka terjun ke dalam sungai maka terjunlah mereka. Itulah puak-puak yang masih ada untuk menguatkan perjuangan PAS yang dilihat semakin songsang oleh mufti-mufti dan tokoh-tokoh agama dalam dan luar negara. Bukan saya kata!

Perjuangan PAS dikatakan semakin songsang dan sesat mengikut pandangan sebahagian besar ulama termasuklah ulama bisu yang masih ada dalam PAS. Ada sesetengah ulama dalam PAS yang sudah lama berjuang dalam PAS sanggup membuat keputusan meninggalkan parti PAS. Kena faham dahulu, PAS tidak boleh disamakan dengan Islam. Sebaliknya PAS hanya sebuah parti politik yang menggunakan nama Islam. Umpamanya nama Jahja Iskandar, nama seperti nama orang Islam tetapi beliau merupakan seorang paderi. Oleh itu tidak sokong PAS tidak bermaksud kita menentang Islam sebab perjuangan parti itu dilihat semakin jauh tersasar. Walaupun atas kertas perlembagaannya cukup baik dan jelas memperjuangkan Islam tetapi dari segi pelaksanaannya atau perbuatannya atau tingkahlaku pemimpin-pemimpinnya tidak mencerminkan Islam yang sebenarnya. Dengan kata lain, cakap tak serupa bikin.

Oleh sebab itu sudah ramai pejuang-pejuang atau aktivis-aktivis PAS sudah meninggalkan perjuangan PAS. Ada yang bersikap menyendiri dan ada yang menyertai NGO Islam dan ada pula yang berada di atas pentas UMNO menentang PAS. Kenapa begitu, kerana perjuangan PAS sudah jadi haru biru atau cacamerba!

Suatu masa pemimpin utama PAS seperti TG Haji Hadi, Presiden PAS, TG Nik Aziz, Murshidul Am PAS merangkap MB Kelantan, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS telah bersetuju bahawa  kalimah Allah digunakan oleh gereja. Ini cerita benar. Manakala pemimpin UMNO tetap dengan pendirian bahawa kalimah Allah tidak dibenarkan merujuk kepada undang-undang negara. Maklumlah pemimpin UMNO tidaklah pandai berhujah dengan ayat suci al-Quran dan hadis seperti Tok-TokGuru dalam PAS.  Tapi puak-puak UMNO lebih menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan pandangan Tok-Tok Mufti kerana itulah sumber yang akan jadi sandaran kepada puak-puak UMNO.

Oleh kerana kepentingan politik kepartian, pemimpin-pemimpin utama PAS sanggup menggadaikan maruah agama dan sanggup melacurkan akidah umat Islam terutama ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang taksub. Mereka menggunakan amanat Haji Hadi untuk menghalalkan darah orang UMNO hingga tercetus kejadian berdarah di Memali. Hingga ketaksuban kepada pemimpin PAS dan amanat Haji Hadi kira-kira 14 orang terkorban tanpa dimandi dan dikapan dikebumikan sebagai para pejuang yang mati syahid. Tapi perjuangan PAS hari ini bukan lagi perjuangan menegakkan negara Islam. Perjuangan PAS hari ini tidak seperti perjuangan PAS semasa kejadian berdarah di Memali. Perjuangan PAS hari ini hanya sebuah negara berkebajikan kononnya kata Nizar Jamaluddin (bekas MB Perak PAS) bahawa perjuangan negara Islam tidak disebut dalam al-Quran dan tidak disebut pun dalam mana-mana deskripsi perlembagaan PAS.

Apabila Dewan Ulama PAS memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain selain agama Islam maka sekali lagi umat Islam terutama penyokong-penyokong tegar PAS terperanjat dan sekali lagi jadi haru biru. Dalam Pakatan Rakyat pemimpin utama PAS sudah bersepakat kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain dengan syarat tidak disalahgunakan. Bila Dewan Ulama PAS membuat ketetapan yang tegas tentang kalimah Allah, berlakulah korner baring 360 darjah oleh pemimpin-pemimpin PAS yang sebelum ini sangat-sangat bersetuju. TG Nik Aziz pun tanpa segan dan malu pun tak setuju dengan pandangannya sendiri. Dia setuju pun dengan pandangan dia dan tak setuju kali ini pun dengan pandangan dia. Pandangan Tok-Tok Guru dalam PAS boleh berubah-berubah ikut selera politik mereka. Terbaru Timbalan Mursyidul Am Pas, datuk harun Din mengingatkan umat Islam bahawa tindak meredakankalimah Allah digunakan oleh agama-agama lainboleh jatuh syirik kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai kufur.

Maka terdiamlah para facebookers dan bloggesr pro pembangkang dan membisu seribu bahasa hari ini puak-puak fanatik PAS yang sebelum ini mengutuk puak-puak Umngok (gelaran yang selalu diberikan oleh puak-puak pembangkang) yang orang UMNO tak reti Islam, buta al-Quran dan hadis, anti Islam, Yahudi dan Nasrani. Merekalah (puak-puak PAS) yang pandai dan reti al-Quran dan Hadis menyokong kalimah Allah dibenarkan oleh agama lain menggunakannya.

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :
Maksudnya " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim ".

Dan Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud " Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu sekali-kali bantu membantu ke arah melakukan dosa dan permusuhan antara satu sama lain".

Satu lagi isu Amanat Haji Hadi yang membawa perpecahan kepada umat Islam. Sudah banyak NGOs Islam dan Melayu bangkit meminta amanat Haji Hadi ditarik balik. Mufti-mufti dan ramai tokoh agama dan para cendiakwan Islam tanpa cenderung mana-mana parti telah mengeluarkan pandangan yang sama. Presiden PAS kelihatan dalam situasi yang sukar antara 'mati dan hidup' perjuangan PAS dalam dunia politik hari ini. Umum mengetahui amanat Haji Hadi adalah nyawa kepada kekuatan PAS hari ini. Haji Hadi tidak akan tarik balik kerana implikasi penarikan itu akan mendatangkan bala yang amat besar kepada perjuangan PAS dan kepada dirinya sendiri. Namun buku "kkafirkah Aku" tulisan bekas aktivis PAS, C.N al-Afghani atau dikenali sebagai Cikgu Non dapat menceritakan segalanya penyelewengan tabung Memali dan salahguna kuasa dan harta dalam PAS sehingga beliau dipecat. Nasib Cikgu Non samalah seperti nasin Dato' Hassan Ali. 

Dalam isu politik hari ini, politik PAS jadi haru biru. Politik UMNO/BN sentiasa konsisten sejak dulu. Alhamdulillah akhir-akhir ini semakin ramai kawan-kawan baik dalam PAS mulai kendur dan meminta UMNO teruskan perjuangan memelihara agama, bangsa dan negara. Mereka mengakui mereka malu untuk kembali semula kepada UMNO dan sebahagian pula memang ahli PAS sejak dahulu, rasa segan pula kepada kawan-kawan dalam PAS yang masih akur dengan perjuangan PAS yang mereka sudah anggap tersasar.  

Hidup UMNO, hidup Islam, Hidup Melayu, Raja dan Negara! 

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.