"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, January 2, 2013

Betulkah golongan ulama dalam PAS merupakan syaitan bisu?

Golongan ulama dalam Pas diminta tampil menyatakan pendirian berhubung tuntutan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, golongan ulama dalam Pas tidak sepatutnya menjadi 'syaitan bisu' sebaliknya sepakat dengan umat Islam lain berhubung penggunaan kalimah tersebut yang tidak boleh dipermainkan kerana sangat mulia.
Malah, beliau yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini juga sudah sepakat agama lain tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah.
"Dengan sebab itu, saya harapkan ulama Pas janganlah sampai menggadaikan ajaran Islam kerana kepentingan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
"Sebelum ini, kita dengar orang Pas tahu kalimah Allah itu paling mulia dan tak boleh dimain-mainkan, tapi kerana mahu jaga kepentingan politik, ulama Pas ini sanggup jadi syaitan bisu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Noor mengulas tuntutan Guan Eng yang mahu kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu sehingga mencetuskan bantahan banyak pihak.
Dalam perkembangan sama, Mohd. Noor menempelak sikap sesetengah ulama Pas yang dilihat menyokong kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilaporkan membenarkan pemimpin parti politik bukan Islam termasuk DAP menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.
"Kenapa ada sebahagian ulama menyokong konsep yang dibawa Nik Abdul Aziz dan ada sebahagian lain sanggup jadi syaitan bisu?
"Sekarang ulama Pas kena tampil, seluruh umat Islam mesti bersatu, tidak sepatutnya menyebelahi Guan Eng. Mana boleh seorang yang mengucap dua kalimah syahadah, tidak berasa Allah itu kalimah toyyibah (kalimah yang baik)," katanya.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.