"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, January 28, 2013

Calon BN/UMNO akan kalah dalam PRU13 nanti?

Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berkata medium alternatif seperti e-mel, blog, Facebook, Twitter dan telefon bimbit mampu memberi kesan besar kepada pengundi termasuk mempengaruhi pendirian mereka di saat-saat akhir.

Rafidah yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar berkata, perubahan yang berlaku dalam kempen itu memerlukan UMNO bekerja keras terutama memastikan ahlinya di peringkat akar umbi bersedia serta dapat memainkan peranan secara serius.

Tidak dinafikan setiap pemimpin UMNO/BN sedar tentang perkara ini. Antara faktor utama menyebabkan calon pembangkang perolehi undi yang besar dan memenangi banyak kerusi dalam PRU12 adalah peranan media baru.

Jangan marah, jika kita katakan bahawa calon-calon UMNO/BN akan mengulangi nasib yang sama dalam PRU13 jika masih tidak menguasai media baru yang boleh dikatakan menjadi minat majoriti golongan muda hari ini.

Orang muda tidak minat menonton berita arus perdana seperti TV1, TV2 dan TV3. Orang muda tidak berminat membaca akhbar-akhbar perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Sebaliknya orang muda lebih berminat dengan facebook, twitter, blog, emel dan telefon bimbit. Mereka berminat dengan dunia di hujung jari.

Tapi orang muda di kalangan penyokong Umno dan pemuda Umno sendiri masih kurang berminat dengan dunia alam maya. Mereka lebih suka bercakap pasal projek-projek yang menguntungkan mereka. Jika ada pun, perlu upahnya. Sekurang-kurangnya lepas bayar bil elektrik atau bil telefon dan sebagainya.

Tidak kisahlah sama ada diberi upah atau dijaga kebajikan mereka, paling penting perang siber dari pihak penyokong kerajaan BN/UMNO perlu lebih agresif bagi menghadapi PRU13 ini. Walaupun setakat ini blog-blog penyokong kerajaan sudah boleh menyaingi kehebatan blog-blog pembangkang tapi kita percaya pihak pembangkang akan mempunyai strategi lain menjelang PRU13 nanti.

Para blogger, twitter dan facebooker pro kerajaan perlu lebih kuat bekerja dan sentiasa mengemaskini berita dan cerita untuk terus menandingi blog-blog, facebook, twitter pro pembangkang. Jangan fikir tentang ganjaran. Jangan fikir tentang siapa yang jadi calon. Fikirkan bagaimana kita menyerang dan mempertahankan tohmahan dan fitnah dari pihak pembangkang melalui medium yang kita kuasai.

Blogger yang tidak terikat dengan mana-mana tokoh-tokoh politik rasanya lebih bebas dan selesa. Sampai ketika dan masanya, kita bebas mengkritik pemimpin sendiri jika tindakan mereka tidak disenangi pengundi-pengundi atau rakyat sendiri. Kita menggunakan hak untuk bersuara melalui alam maya bagi menyedarkan pemimpin kita yang lupa 'asal usul' dan gila 'pangkat dan kuasa'. 

Tidak dinafikan peranan media alternatif amat berkesan. Berkesan untuk menjatuhkan dan menaikkan sesiapa yang dikehendaki. Walau bagaimanapun setiap kritikan perlu disokong dengan fakta, bukan dengan auta. Apatah lagi fitnah! Jika pemimpin itu naik kerana fitnah yang dimainkan, sikap tamak haloba kepada kuasa dan harta, pentingkan diri sendiri melebihi kepentingan parti dan negara, alamatnya parti dan negara akan menuju kehancuran. 

Oleh itu bakal-bakal calon PRU13 perlu sedar bahawa setiap tingkahlaku dan perbuatan anda sedang diperhatikan oleh pengundi-pengundi. Hanya calon-calon yang jujur dan ikhlas serta mesra rakyat akan menjadi pilihan pengundi. Menang atau kalah calon akan ditentukan pengundi. Pengundi-pengundi hari ini adalah pengundi bermaklumat melalui media alternatif yang menjadi minat majoriti golongan muda hari ini. Calon-calon yang partinya boleh menguasai media alternatif akan lebih berpeluang untuk memenangi PRU13 nanti. Kita tunggu dan lihat!




No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.