"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, January 6, 2013

Cerita lawak dua pemimpin utama PR!

Sehari dua kebelakangan ini, pemimpin PR buat lawak mengalahkan Maharaja Lawak. Rakyat yang mengikuti kisah lakonan drama PR akan tahu kat mana tempat yang nak tergelak!
 
Lawak Pertama; Kesilapan kira undi dalam pemilihan parti DAP pada 17 Diember 2012. Sudah lebih setengah bulan lamanya, baru Guan Eng tersedar bahawa Zairil Khir Johari, orang kuat Guan Eng mendapat 803 undi bukan 305 undi. Hairan bin ajaib bagaimana kesilapan kiraan berlaku begitu besar. Sesuatu yang luar biasa berlaku. Jika selisih satu dua tu bolehlah kita anggap biasa. Pasal apa boleh jadi sebesar itu? Jika silap cuma dua tiga puluh undi tidak beri apa-apa kesan kepada kedudukan orang Melayu kesayangan Guan Eng.  Bila dibetulkan semula jumlah undi daripada 305 kepada 803 undi bermakna terpilihlah Zairil dalam CEC parti tersebut. Sekali gus DAP bolehlah dalam PRU13 ini berkempen sana sini mendakwa bahawa DAP merupakan parti pelbagai kaum. Lawak tak? Rakyat dah tahu, drama lakonan pemimpin DAP! Masakan kiraan undi boleh salah begitu besar? Kenapa kesilapan yang didakwa berlaku itu diumumkan setelah lebih 2 minggu berlalu? Jika perwakilan DAP yang mengundi tidak mencecah 2000 orang, janganlah selepas ini DAP menjadi juara mempertikaikan kesilapan SPR yang mengurus lebih 15 juta pengundi. Ibarat kata pepatah Melayu " Guan Eng ludah ke langit, timpa ke batang hidungnya sendiri".

Lawak Kedua: Melalui Sinar Harian hari ini, Haji Hadi berkata, beliau tidak pernah melabelkan ucapan dan kenyataan yang di buat di Kampung Dong Perada pada 7 April, 1981 itu sebagai Amanat Haji Hadi.
"Saya tidak berikan nama amanat, tetapi orang lain yang berikan nama amanat. Mereka petik ucapan saya dan bentang dalam DUN.

"Saya akui ia memang ucapan saya, tetapi mereka (pihak berkuasa) hanya senyap selepas itu. Itu ceritanya. Kenapa mereka tidak hujah pada masa itu, tetapi 30 tahun kemudian?” kata Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang.

Sambil menempelak Majlis Fatwa Kebangsaan, Abdul Hadi mempertikaikan kenapa kenyataannya di Kampung Banggol Peradong itu didakwa bercanggah dengan ajaran Islam.
“Saya tidak menerima apa-apa surat daripada Majlis Fatwa Kebangsaan (mengenai perkara itu) dan saya cabar mereka (membuktikan mereka ada menghantar kepada beliau surat mengenainya).

"Mereka membuat keputusan untuk mengharamkannya tanpa memanggil saya memberi penjelasan.

Jika benar Haji Hadi kata begitu dalam Sinar Harian, kah, kah, kah lagi satu lawak oleh pemimpin PR.  Memanglah Haji Hadi tak label sebagai Amanat Haji Hadi. Tak apalah jika bukan amanat boleh kita sebutkan itu sebagai ucapan Haji Hadi di banggol Peradong, Manir kira-kira 32 tahun yang lalu. Apa yang rakyat persoalkan implikasi daripada ucapannya itu. 

Walaupun 32 tahun yang lalu, tapi ribuan orang PAS yang taksub kepada Haji Hadi masih menganggap orang UMNO kafir. Berlakulah solat jemaah 2 imam, masakan UMNO haram dimakan, sembelihan orang UMNO tidak sah, nikah orang UMNO haram hingga berlaku bercerai berai. 

Ahli PAS seumur hidup dan merupakan bekas aktivis PAS sendiri, Cikgu Non yang lebih dikenali sebagai C.N. Al-Afghani mendedahkan bahawa amanat Haji Hadi menyebabkan umat Islam berpecah. Beliau sendiri berikrar akan menentang habis-habisan amanat Haji Hadi untuk mengembalikan umat Islam di landasan yang betul.

Haji Hadi mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana tidak memanggilnya. Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mendengar dan meneliti setiap patah perkataan ucapan Haji Hadi melalui rakaman video. Oh, ya! Haji Hadi tidak menerima besi (video) sebagai bahan bukti sepertimana dia menolak rakaman Anwar dengan Cina Doll dalam bilik hotel.

Lupakah Haji Hadi bagaimana Dato Hassan Ali dipecat oleh PAS tanpa dipanggil membela diri. Salahkah Dato' Hassan Ali mennyelamatkan akidah umat Islam? Kini Haji Hadi pula mempertikaikan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana dirinya tidak dipanggil. Hebatnya Haji Hadi, ilmunya mungkin tinggi melangit mengatasi tokoh-tokoh agama dalam majlis fatwa. Teringat dua hari yang lalu, Haji Hadi menghina Cikgu Non sebagai guru sekolah rendah, mengajar ABC. Kesianlah guru-guru Melayu sekolah rendah yang ada. Layak menegur murid-murid di sekolah aje!

3 comments:

  1. pangkat aje besar, jiwa kecil encik hj hadi ni. tahu camane tindakan pemimpin berjiwa besar? encik hj hadi mesti tak tau, itu pasal la dia kecil2kan cikgu non...

    ReplyDelete
  2. untuk dimudahkan cerita kita bagi contoh...Si Hadi berucap kepada penyokongnya bahawa biawak itu haram dimakan.Disebabkan penyokongnya amat yakin pada kepimpinan Si Hadi,maka apa-apa yg berkaitan dgn biawak mereka akan boikot.Tapi setelah 31 tahun Si Hadi ini memakan biawak secara terbuka yg mana pada 31 tahun dahulu beliau mengharamkan biawak untuk dimakan,Maka segelintir penyokongnya kehairanan kenapa Si Hadi pada waktu ini memakan biawak yg diharamkan dulu,Jadi ada antara penyokongnya yg cerdik keluar dari puak Si Hadi krn mereka telah terpedaya dgn tipu helah Si Hadi.Dgn rasa tidak puas hati,bekas penyokong tadi telah membawa isu ini di media utama bagi mendapatkan penjelasan...............Contoh cerita ini mungkin hanya salah satu jalan mudah bagi menjelaskan AMANAT HAJI HADI yg menjadi TOP pada waktu ini..

    ReplyDelete
  3. Sudah berak tengah jalan, tak mahu mengaku pula..
    Puok2 Kambing Jamnapari punya mentaliti memang begini...
    Empat lima tahun selepas ni, tak mengaku pulak benarkan kalimah Allah ditulis kt Bible org Kristian..
    Mano ado?? Hok tu UMNO punya kerja..
    Kawe dok buak..
    (penyokong pun angguk bertakbirrrr sambil letak pitih dlm tin Milo...)
    Menang sorak kampung tergadai...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.