Ada berita tersebar, Sharifah Norhayati, Ahli Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang dan merangkap Ketua Cabang Wanita PKR Balik Pulau telah meletak jawatan. Berita yang mengejutkan kita. Dia bekerja kuat dalam PKR khususnya dan Pakatan Rakyat amnya. Seorang usahawan yang berjaya dan dijangka akan menjadi calon DUN Bayan Lepas dalam PRU yang akan datang. Ketokohan beliau lebih terserlah dan ketrampilan beliau lebih menyakinkan jika dibandingkan dengan Cikgu Hasnah, bekas calon PAS yang kalah dalam PRU yang lalu.
Jika berita ini benar, PKR dan Pakatan Rakyat cabang Balik Pulau akan menghadapi masalah yang lebih besar dalam PRU yang akan datang. Mesti ada sesuatu yang tidak kena. Jika tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang. Tidak dinafikan apa yang berlaku disebabkan rasa tidak puas hati mengenai sesuatu perkara berkaitan dengan politik. PKR masih baru, tapi sudah ada masalah dalaman. Jika parti yang memerintah bermasalah, rakyat yang akan jadi mangsanya. Rakyat akan hilang keyakinan kepada parti yang sentiasa berhadapan dengan masalah dalaman. Bagaimana parti yang bermasalah boleh membantu rakyat yang menghadapi masalah?
Nasib baiklah, ada wakil rakyat BN yang bersedia membantu rakyat di Balik Pulau. Wakil rakyat BN sentiasa turun ke padang bersama rakyat. Wakil-wakil rakyat BN seperti DS DR. Hilmi Hj Yahaya, ADUN Telok Bahang, YB Syed Amerruddin ADUN Bayan Lepas dan YB Farid ADUN Pulau Betong begitu banyak memberi bantuan dan sokongan kepada rakyat yang memerlukan. Oleh kerana parlimen Balik Pulau dikuasai oleh PKR maka Pn Siti Faridah Arshad dilantik oleh BN sebagai Penyelaras Parlimen Balik Pulau. Erti kata lain, rakyat boleh mendapat bantuan dan sokongan boleh berjumpa wakil-wakil rakyat BN di mana-mana. Mereka sentiasa berada di kawasan masing-masing. Sentiasa bersedia mendengar rungutan dan keluhan rakyat memenuhi hasrat dan harapan PM Dato Seri Najib dengan gagasan "1 Malaysia: Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan".
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.