"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, September 30, 2011

YB Adun dan Parlimen lihat sama masalah kuil Hindu Seksyen 19, Selangor!!!

1. Pada 29/12/2007 MBSA maklumkan kuil akan berpindah ke Seksyen 22. Tetapi pemindahan dibatalkan selepas PR berkuasa Mac 2008 dengan alasan tapak kuil jauh kedalam. Pada Disember 2008 penduduk mohon bantuan daripada pertubuhan NGO kerana aktiviti kuil ganggu ketenteraman dan masalah sampingan semakin serius. Pada Januari 2009 Pertubuhan NGO bina gelanggang bersebelahan kuil untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitar. NGO hantar memorandum minta kuil segera dipindahkan.
2. Pada 30/05/2009 YB Adun maklumkan kuil di Seksyen 19 akan berpindah keSeksyen 23. Surat keputusan mesyuarat pemindahan kuil ditanda tangani oleh YB Adun Batu 3, YB Ahli Parlimen Shah Alam dan Wakil kuil pada 07/05/2009 bersetuju kuil Mariaman Seksyen 19 dipindahkan ketapak baru di Seksyen 23. Penduduk Islam disana tidak bersetuju kerana mereka tidak mahu sebuah kuil Hindu yang besar dibina berhampiran kawasan perumahan majoriti Islam. Dokumen MTEN Julai 2009 ada menulis laporan bantahan penduduk Seksyen 23. Kenapa kawasan tapak kuil dipagar walaupun penduduk sudah buat bantahan kepada pihak berkuasa?. Kawasan itu berhampiran Padang Permainan.
3. Pada 28/08/2009 demonstrasi penduduk Seksyen 23 di SUK membantah pemindahan kuil dari Seksyen 19. Apabila kepala lembu diusung sebagai tanda protes ramai buka mata dan melenting konon hina penganut Hindu?. Akhbar Harakah 4-6 September 2009 menuduh UMNO sebagai dalang kepala lembu. Logikkah buat tuduhan tanpa siasat masalah sebenar kenapa penduduk  Seksyen 23 bantah kuil itu?. Kenapa pengunjung kuil yang membuat provokasi kepada penduduk Islam Seksyen 19 dibela dan disokong oleh pemimpin PR?. Pada 30/09/2009 Bahagian Sekretariat Akhbar Kerajaan Selangor keluarkan risalah “Memahami Isu Pemindahan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23”. Laporan tidak berlaku adil kepada penduduk Islam dan NGO Islam.   
4. Penduduk mengadakan sidang media desak pindahkan kuil ketapak lain. Pada Jun 2010 YB Adun umumkan melalui media pemindahan kuil di Seksyen 19 selesai September 2010. Tetapi selepas berakhir September kuil tidak pindah.  Selepas itu YB Adun Puan Rodziah dan YB Khalid Samad umumkan pemindahan kuil Seksyen 19 selesai pada akhir November 2010. Kini selepas hampir setahun berlalu, kuil Seksyen 19 masih belum lagi di pindahkan ketapak baru berhampiran kilang Nitto Denko Seksyen 23. Maklumat yang terkini diterima oleh penduduk melalui YB Adun pada 09/09/2011, pemindahan kuil akan diselesaikan sebelum Disember 2011. Penduduk berharap pemindahan kuil tidak ditangguhkan lagi. Penduduk menunggu mercu tanda baru.  

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.