"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, September 4, 2011

Kenapa Mat Sabu tidak akan minta maaf walaupun diugut bunuh?

Sapa Mat Sabu yang mahu mengubah sejarah kemerdekaan Malaysia? Mat Sabu orang Pulau Pinang cuma lulusan diploma ITM yang gagal. Sudah tentu dia bukan penuntut terbaik semasa di ITM. Apakah Mat Sabu buat semasa belajar di ITM hingga dia gagal? Jika dia ulamak boleh tahan juga. Sebaliknya dia bukan ulamak maka ceramahnya sejak dulu penuh dengan maki hamun, hina dan cacian serta fitnah tanpa batas. Kata orang, jika tak maki orang, bukan Mat Sabu.
Hari ini Mat Sabu nak ubah sejarah kemerdekaan negara. Selaku Timbalan Presiden PAS, pandangan Mat Sabu tidak dinafikan ada pengaruhnya dalam PAS. Belum memerintah negara, sudah ada cadangan mengubah sejarah negara. Apakah sumber dan kaedah kajian sejarah oleh Prof. Mat Sabu hingga mahu menukarkan sejarah kemerdekaan Malaysia? Yang kita tahu Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Datuk Prof. Dr. Ramlah Adam telah mengeluarkan kenyataan keras mempertikaikan pandangan Mat Sabu. Layakkah Mat Sabu berhujah pasal sejarah negara dengan kedua-dua professor sejarah itu? Mat Sabu ahli politik sepenuh masa dan kedua-dua professor itu pula pakar sejarah negara. Mana nak sama? Ibarat kata pepatah Melayu antara langit dengan bumi. 
Hakikatnya Mat Sabu masih belum cukup ilmu sejarahnya. Biarpun selaku penceramah kertas Sejarah SPM pun rasanya belum layak untuk Mat Sabu. Bukan menghina, ini kenyataan berdasarkan ilmu dan fakta. Mat Sabu bukan mudah meminta maaf apa yang dia bercakap. Dia kena jaga dia punya kredibiliti selaku orang No. 2 dalam PAS. Jika dia minta maaf, ertinya imej PAS akan tercalar teruk. Apa pun Mat Sabu kena cari alasan sebab dia menyatakan komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Biarpun alasan tidak begitu kuat tapi minta maaf bukan suatu tindakan yang menguntungkan PAS. Mat Sabu kena mempertahankan juga pandangannya biarpun didesak untuk memohon maaf. Sudah lebih 50 laporan polis dibuat oleh NGOs dan UMNO tapi dia tetap berdegil kerana dia ada alasan dia sendiri.
 
Tapi kita percaya Mat Sabu sebenarnya sudah tersilap bercakap dalam ceramahnya hari itu. Sebab dia syok ceramah, apa yang terkeluar dari mulutnya tidak ditapis. Lagi syok Mat Sabu di atas pentas politik lagi syok dia berbohong. Gelak ketawa berdekah-dekah penyokong-penyokong tegar PAS menyebabkan Mat Sabu lagi naik 'syeikh'. Mat Sabu tak sedar ceramahnya dirakam. Isi kandungan ceramahnya amat jelas. Dia mengiktiraf komunis (PKM) sebagai pejuang kemerdekaan negara. Dia bukan buta sejarah. Sebaliknya Mat Sabu mahu membutakan rakyat dengan sejarah kemerdekaan negara. 

Majoriti rakyat terutama orang Melayu amat kecewa dengan Mat Sabu. Yang tidak kecewa adalah penyokong tegar PAS yang taksub kepada Mat Sabu. Ulamak-ulamak PAS juga tidak menyokong pandangan Mat Sabu. Golongan ulamak PAS hari ini lebih suka berdiam kerana tidak ada sebab boleh menyokong Mat Sabu. Cuma Tok Guru Haji Hadi kena mempertahankan Mat Sabu. Mempertahankan Mat Sabu ertinya mempertahankan maruah PAS. Karpal Singh juga meminta Mat Sabu tarik balik kenyataannya. DAP tidak menyokong PAS dalam isu ini. Rakyat Malaysia boleh lihat sendiri dan fikir sendiri kecoh yang sedang berlaku ciptaan Mat Sabu sendiri. Fikirlah jika Mat Sabu jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan datang, apa yang berlaku?

4 comments:

  1. Apa betul Mat Sabu gagal peringkat diploma di ITM?, biar betul saudara, saya perlukan fakta pendidikan sebenar Mat Sabu kalau benar ada, saudara sama2 di kampong dia.
    Tengok dia berani berhujah, macam dia hebat berilmu, kalau betul dia SPM, mudah kita nak jelaskan di pentas ceramah nanti. Tapi jgn pula fakta yang berniat memfitnah,tk.

    ReplyDelete
  2. Seluruh rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada YB Dato Zahrin, yang lebih awal menghidu dasar Komunis DAP.

    Rakyat perlu faham, Mat Sabu hanyalah seekor anjing upahan DAP, digunapakai untuk menerapkan nilai2 komunis kepada orang2 melayu. Masakan Mat Sabu tak tahu sejarah walaupun dia hanya berkelulusan SPM (gagal diploma). Orang melayu jangan terperangkap.

    Langkah Karpal membuat kenyataan hanyalah sebahagian daripaqda skrip drama yang dicipta oleh DAP sendiri. Mat Sabu menarik balik kenyataan bermakna dia hilang upahan

    "INGAT DRAMA, INGAT DRAMA KOMUNIS DAP, INGAT HERO DRAMA, INGAT MATSABU'

    ReplyDelete
  3. Anon 11:53

    Memang Mat Sabu hanya lulus SPM saja. Dia gagal Diploma ITM dan direject daripada pengajian kerana terus gagal dibawah taraf percubaan 3.Course yang diambil hanyalah Art @ Design...itu lah taraf akademik Timb Presiden PAS...

    ReplyDelete
  4. kalau dah pelajaran pun tak ok, ni kan pulak nak memerintah.. mungkin masa diterima masuk universiti, pensyarah ajar subjek sepatutnya.. tapi mat sabu sendiri yang tak fokus terhadap pjlran.. samalah jugak dengan sejarah.. org suruh fahami sejarah betul2 tapi MS pulak faham cara lain.. adoyai....

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.