"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, September 1, 2011

Kepimpinan PAS semakin hebat era Mat Sabu jadi Timbalan Presiden!

Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih perwakilan PAS setelah menewaskan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Pemimpin PAS yang paling vokal, lantang dan berani tetapi kerap menimbulkan isu yang kontroversi. Pemimpin yang banyak masalah merupakan liabiti kepada PAS dan Pakatan Pembangkang dewasa ini. Isu Mat Sabu mengangkat komunis sebagai pejuang dalam trajedi Bukit Kepong yang sungguh menyayat hati telah menenggelamkan kes perbicaraan DSAI di mahkamah.

Mat Sabu sebenarnya tidak gila walaupun ada blogger yang mengatakan dia gila. Mat Sabu juga tidak buta sejarah walaupun ada tokoh mengatakan dia buta sejarah. Mat Sabu adalah insan yang paling hebat di kalangan kepimpinan PAS. Dia tidak pernah keluar 'fatwa haram' seperti Presiden PAS, YB. Tuan Hj. Hadi Awang dan Murshidul Am PAS, YAB Tuan Hj Nik Aziz Nik Mat. Dia merupakan singa PAS untuk memerangi UMNO. Ceramahnya jika tak maki dan tak menghina UMNO dan pemimpin negara maknanya itu bukan Mat Sabu. Mat Sabu suka hentam keromo ikut sedap mulut. Tapi penyokong-penyokong PAS sangat suka dengar ceramah Mat Sabu mencaci, menghina dan mencerca sesama sebangsa dan seagama. Fitnah ibarat kata seperti makanan nasi berulam Mat Sabu. Dia tak kisah pasal hukum haram atau halal, harus atau makruh.
Dia pernah terlibat dengan kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kota Bharu. Mat Sabu tidak malu walaupun dia melakukannya dan heboh satu dunia. Kesilapan teknikal mahkamah melepaskan Mat Sabu. Mat Sabu jugalah kerap menggelarkan DSAI sebagai al-Juburi suatu masa dulu. Hari ini Mat Sabu jugalah pemimpin yang ludah ke langit timpa atas batang hidungnya sendiri. Adakah Mat Sabu malu? Mat Sabu bukan muka pemalu. Mat Sabu hari ini boleh berpegangan dan bergandingan tangan dengan DSAI. Mat Sabu hari ini boleh memeluk DSAI. Itulah Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih oleh para perwakilan dalam muktamar PAS baru-baru ini. Sudah pasti kemunculan Mat Sabu dalam barisan kepimpinan tertinggi PAS tidak menguntungkan PAS dan pakatan pembangkang.

Setakat semalam, sudah hampir 50 laporan polis telah dibuat ke atas Mat Sabu. Mat Sabu dianggap pengkhianat kepada negara. Penyokong fahaman komunisme yang masih ada di Malaysia, buta sejarah, biadap dan melukakan hati para pejuang negara dan keluarga-keluarga mangsa keganasan komunis. Jika kita menyasikan filem peristiwa Tragedi Bukit Kepong, betapa sayunya dan sediahnya kita melihat bagaimana anggota polis mempertahankan balai polis Bukit Kepong dari serangan komunis. Lihatlah betapa kuat dan semangat isteri-isteri anggota polis yang turut berjuang bersama suami menentang serangan komunis yang bertalu-talu. Mereka sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Nama mereka telah disemadikan sebagai pejuang negara.

Mat Sabu sudah lupa kononnya. Dia belum tua, masih muda tapi dia buat-buat terlupa. Bila dia bercakap ikut sedap mulut, tak ikut fakta memang dia boleh lupa. Biarlah Mat Sabu sedar dan betullah kata pepatah Melayu " Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" atau "Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak bercakap buruk padahnya". Memanglah siapa yang menonton Peristiwa Bukit Kepong akan memaki Mat Sabu kerana Mat Sabu tidak berhati perut, pengkhianat dan sungguh biadap. Karpal Singh pun tahu sejarah walapun dia bukan tokoh sejarah. Karpal Singh juga menegur kesilapan Mat Sabu. Kini Mat Sabu keseorangan. Hanya Karpal Singh sahaja berani tegur Mat Sabu. Mat Sabu terlalu banyak berbohong. Sebelum ini dia mendakwa kereta polis melanggarnya hingga kakinya tercedera. Selepas video menjadi bukti, Mat Sabu terbukti menipu semua orang. Kes bayaran mendapatkan rawatan perubatannya di sebuah hospital swasta masih belum terjawap. Parti Cinta Malaysia (PCM) telah meminta SPRM buat siasatan ke atas PBAPP. Ketua Menteri PP, Guan Eng selaku pengerusi sepatutnya boleh jawab tapi serahkah kepada pihak pengurusan PBAPP untuk memberi ulasan. Ini pun juga Ketua Menteri yang bermasalah. Jadi Pengerusi dapat elaun berpuluh ribu sebulan tak tahu apa yang sedang berlaku dalam PBAPP. 

Mat Sabu telah menjadi tokoh PAS yang lebih terkenal daripada Nik Aziz dan Haji Hadi Awang. Isu DSAI pun sudah hampir senyap dengan isu Mat Sabu. Tapi penyokong-penyokong totok PAS masih sayang dan setia kepada Mat Sabu. Mereka juga tak malu seperti Mat Sabu. Para perwakilan dalam muktamar PAS juga patut malu kerana mengundi Mat Sabu dan menjatuhkan Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS. Nah! sekarang terimalah habuan untuk PAS kerana menolak kepimpinan ulamak dan menggantikan negara Islam kepada negara berkebajikan. Mungkin Allah SWT menurunkan bala kecil untuk PAS kerana terlalu sombong diri dan angkuh sesama umat Islam. Mungkin itulah akibahnya kerana bersubahat dengan kafir harbi dan sebaliknya menolak mentah pelawaan UMNO sebagai saudara dalam perjuangan menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia bertuah ini. Kita tunggu dan lihat apakah Mat Sabu akan terus menimbulkan kontoversi selanjut selepas ini.

1 comment:

  1. perjuangan pas memuntut keislaman.. tetapi para ketuanya yang merosakkannya.. terkini, beberapa ahli PAS telah keluar PAS dek keceluparan MAT SABU tu.. mat sabu dah melalut tak tentu pasal..

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.