"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, September 5, 2011

KP UMNO sahut cabaran PAS berdebat!

KP UMNO, Khairy Jamaluddin bersedia menerima cabaran PAS untuk berdebat " Siapa Pejuang Merdeka". Pihak penganjur boleh bersiap sedia untuk memastikan perdebatan itu boleh diadakan dengan segera dan berlangsung secara tertib dan bersopan.  Biarlah Melayu sama Melayu bertelagah pasal komunis. Nak buat macam mana, asalkan semua pihak berpuas hati terutama pemimpin PAS. Bila tak layan cabaran debat mereka, mereka akan kata UMNO takut, UMNO tidak pandai sejarah dan pelbagai tohmahan akan keluar daripada mulut pemimpin PAS.
Nah, sekarang ini Ketua Pemuda UMNO bersedia untuk berdebat dengan mana-mana pemimpin waima Mat Sabu sekalipun. KJ pernah berada di atas pentas perdebatan di Kelantan suatu ketika dulu yang dikelilingi oleh puak-puak PAS belaka. Dia diejek  dan dibooo oleh penyokong-penyokong PAS tapi beliau mampu mengenengahkan pandangan lebih baik daripada Husam Musa dalam perdebatan tersebut. Sekali lagi KJ telah bersedia menyahut cabaran PAS. Tunggu apa lagi?

1 comment:

  1. pakar sejarah terang2 berckp tentang sejarah kita tu betul.. tapi seseorg mcm MS menafikannya.. kalau disuruh berdebat ni, ade point tak agak2 nak berhujah tu..? hanya MS saje yang tahu... :)

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.