"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, September 15, 2011

Rakyat dikelirukan oleh pemimpin UMNO sendiri!

Dulu kita dengar pemimpin pembangkang yang kerap nak saman. Saman malu dan saman fitnah serta pelbagai macam lagi saman. Maklumlah di kalangan wakil-wakil rakyat pembangkang adalah loyar-loyar belaka. Silap bercakap saja, mereka akan saman. Sama ada cuba nak gertak atau ugut, terpulanglah tapi begitulah caranya pemimpin pembangkang. Anwar Ibrahim pernah saman Tun Mahathir berjuta2 ringgit dan beberapa lagi yang lain tapi diam begitu sahaja, kenapa?
Hari ini kita lihat UMNO pula nak saman Guan Eng dan Setiuasaha Agung PAS dan beberapa yang lain kerana fitnah. Guan Eng tidak memohon maaf sebaliknya bersedia membawa isu ini ke mahkamah. Di Selangor pula, Setiausaha Agung PAS dan beberapa yang lain juga disaman kerana mengatakan UMNO yang jadi dalang pencerobohan JAIS di gereja Shah Alam. Apakah tindakan ini juga sebagai suatu ugutan atau gertak sahaja? 
UMNO jangan gertak dan juga ugut. Jika fitnah itu benar-benar berlaku dan ada buktinya, teruskan saman itu dan tindakan sewajarnya perlu diambil. Sudah lama rakyat bersabar dengan karenah Guan Eng yang sombong dan bongkak. Dia tidak akan mengakui kesilapannya dan tidak akan memohon maaf. Dia cabar isu ini ke mahkamah seolah-olah dia tidak bersalah. UMNO Pulau Pinang jangan jadi hangat tahi ayam. UMNO Pulau Pinang perlu bukti kepada rakyat bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang seorang pembohong, hipokrit dan bongkak. 
Selama ini, pemimpin UMNO sentiasa berdiam diri walaupun difitnah. Rakyat dikelirukan oleh pemimpin UMNO sendiri. Jika tidak benar kenapa tidak saman? Bila pemimpin UMNO berdiam bermakna pemimpin UMNO bersalah dan cerita itu jadi benar di kalangan rakyat. Hari ini UMNO perlu bangkit dari tidur. Pemimpin UMNO mesti berani hadapi cabaran. Tunggu apa lagi. Pemimpin pembangkang perlu diajar supaya mereka tidak jadi kurang ajar. Pastikan Guan Eng akan membayar RM30 juta kepada UMNO Pulau Pinang. Hidup UMNO!

2 comments:

  1. Mintak pemimpin umno yang sayangkan keamanan negara, tolong saman menteri KDN. Datok Hashamudin Tun Hussain sebab beliau teramat lembab dalam menjalankan tugas sebagai menteri Dalam Negeri. oleh kerana beliau tidak menangkap orang yang merosakkan perpaduan kaum dalam negara ini. Saman lah Datok Hishamudin, menteri YANG PALING LEMBAB DAN SUKA BAGI AMARAN.

    ReplyDelete
  2. yes, pemimpin umno banyak yang bengal-bengal.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.