"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, September 16, 2011

Fitnah terhadap Dato Seri Najib dan Rosmah!

Semalam aku berpeluang sembang-sembang dengan seorang kakitangan kerajaan. Aku sengaja usik dia kerana aku mahu lihat pandangan politiknya. Dia mencerita yang dia suka baca akhbar Metro, Kosmo, Harakah dan juga akhbar-akhbar Cina. Dia cuba menasihatkan aku supaya banyak membaca akhbar. Melalui banyak pembacaan kita dapat banyak pengetahuan.
Aku asyik mengiaya sahaja. Dia memuji pentadbiran Tun Dr. Mahathir sebaliknya dia tidak suka DS Najib. Kenapa dia tak suka DS Najib? Dia dapat tahu dari bacaannya melalui media massa dan blog, DS Najib dan Rosmah kerap keluar negera, habiskan duit juta2, Rosmah bawa duit ratusan ribu ringgit. Malahan harga baju Rosmah sahaja seela sudah 2 - 3 ribu ringgit. Begitulah cerita dengan yakin.
Hari ini ada pula portal pembangkang memfitnah Datuk Jamil Khir guna wang zakat bina rumah. Siapa Datuk Jamil Khir? Portal pembangkang mula mengeluarkan fitnah.  Mereka sebenarnya kekurangan isu politik. Mat Sabu sudah terlentang, Dia cuba mempertahankan kenyataannya. Bila semakin hari semakin ramai kumpulan Melayu bangkit membantah, menghentam, memaki serta mendesak Mat Sabu tarik balik. Setelah sekian lama Mat Sabu dikecam oleh [elbagai pertubuhan dan tokoh akademik, sejarahwan, ulamak2, dia nak saman pula Utusan Malaysia yang menjadi puncanya. Mat Sabu saman Utusan Malaysia. Apakah Mat Sabu nak beritahu Utusan Malaysia memfitnah dia? Begitulah pemimpin pembangkang bila kena batang hidung sendiri jadi tak tentu arah. Datuk Jamil Khir patut saman portal pembangkang yang memfitnah dirinya. Rakyat bawahan sangat percaya cerita2 karut/fitnah daripada blog2 pembangkang lebih2 lagi yang bawa cerita/fitnah itu berjubah atau berserban. UMNO Selangor dah saman Setiausaha Agung PAS kerana fitnah sebanyak RM30 juta. Manakala UMNO Pulau Pinang telah beri notis saman kepada Guan Eng dengan saman fitnah cuma RM10 juta. Bukan masa pemimpin2 UMNO duduk berdiam diri setelah difitnah. 
Pembangkang sudah melampau. Belum sempat memerintah Putrajaya macam-macam cerita kita dah dengar.   Oleh itu rakyat Malaysia perlu berhati-hati bila ada perkara2 pelik yang sampai di telinga anda. Perlu ditapis dan disiasat akan kebenarannya. Jangan kita tertipu seperti kebanyakan ahli2 PAS yang fanatik. Biarlah mereka pergi jahanam dengan pemimpin2 mereka.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.