Penduduk Seksyen 19 memohon pemindahan kuil ke Seksyen 23 tidak akan di tangguhkan lagi oleh kerajaan Negeri Selangor.
Penduduk Seksyen 19 dengan surat ditandatangani oleh penduduk sekitar akan menghantar surat kepada Datuk SUK Negeri Selangor. Mereka masih mengumpul tanda tangan penduduk yang tinggal sekitar kawasan kuil. Penduduk akan meneruskan usaha untuk menghantar bantahan kepada DYMM Sultan Selangor jika pemindahan kuil tidak di selesaikan sebelum akhir tahun 2011.
Wakil-wakil Rakyat kawasan Shah Alam telah berbohong kepada penduduk untuk selesaikan isu pemindahan kuil pada November 2010. Tetapi hingga ke hari ini pemindahan kuil masih tertangguh begitu lama. Penduduk mohon bantuan pelbagai pihak agar masalah yang dihadapi oleh penduduk Islam Seksyen 19 di selesaikan segera. Penduduk sudah terlalu lama bersabar menunggu masalah itu di selesaikan oleh pemimpin Negeri Selangor. Namun kesabaran penduduk Islam Seksyen 19 telah dipermainkan oleh pemimpin politik yang terlalu menjaga hati dan perasaan bukan Islam.
Kenapalah masalah umat Islam tidak dipandang serius oleh kepimpinan negeri Selangor?
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.