"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, September 24, 2011

PAS semakin relevan dalam perjuangan Islamnya

Banyak persoalan bila akhir-akhir ini dengan tidak semana-mena, PAS hidupkan kembali isu hukum hudud dan negara Islam. Ketika pilihanraya umum hampir dekat, PAS khususnya Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz dengan nada tegas tetap menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
Sesuatu yang tidak menghairankan bagi pemerhati politik. Hukum Allah kerap dijadikan modal politik oleh parti PAS. Ayat al-Quran dibenarkan PAS kepada pemimpin bukan Islam atas pentas politik. Kemudian penyokong-penyokong PAS pula berbangga dan rasa gembira bersorak kerana seorang pemimpin DAP boleh membaca secebis ayat al-Quran dengan tajwid lintang pukang. Ada pula pemimpin tertinggi PAS pakat-pakat mempertahankan perbuatan pemimpin DAP itu kerana apa? Itulah politik amalan PAS yang menggerunkan orang Islam pada hari ini. Nak tunjuk PAS lebih liberal daripada UMNO. Nak tunjuk PAS lebih baik daripada UMNO dalam soal amalan beragama di Malaysia ini. Oleh itu ada pemimpin PAS sanggup ke gereja untuk berceramah bukan berdakwah tetapi untuk mendapatkan undi. 
Pendek kata, perubahan dasar perjuangan PAS cukup drastik terhadap rakan sekutu dalam Pakatan Pembangkang. PAS boleh bersekedudukan dengan DAP walaupun dia tahu DAP tetap tegas dan keras mempertahankan prinsip perjuangannya. DAP menentang keras penubuhan sebuah negara Islam. Manakala UMNO sejak dari pentadbiran Tun Mahathir lagi telah mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam contoh di dunia. Malangnya PAS sendiri tidak mahu mengiktirafkannya kerana isu politik. Apa salahnya jika diiktirafkan kemudian disusuli perlahan-lahan amalan dan perundangan Islam yang akhirnya terbentuklah sebuah negara Islam sebenar di Malaysia. Inilah yang sedang dilakukan oleh pentadbiran BN yang diterajui oleh UMNO hari ini. Biarpun mendapat tentangan dan halangan daripada PAS, UMNO tetap meneruskan perjuangan mendaulahkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia.
PAS hari ini gelabah jingga. Tersasar dan terbabas dalam perjuangannya. Tidak konsisten kerana ikut politik semasa. Berubah-ubah untuk memenuhi permintaan keadaan politik rakan taulan. PAS merupakan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam boleh berubah-ubah. Negara berkebajikan menggantikan negara Islam. Isu hukum hudud disenyapkan oleh Tn Haji Hadi sendiri semasa menjadi MB Terengganu suatu ketika katanya, hukum hudud cuma 0.0001% daripada undang-undang syariah. Begitulah lebih kurang bunyinya. Sejak itu pemimpin PAS dan penyokong PAS tidak lagi bercakap pasal hukum hudud. Tidak ada lagi stiker-stiker kereta memaparkan "KAMI SOKONG HUDUD", "KEPIMPINAN BERSAMA ULAMA".
Dalam muktamar PAS, negara berkebajikan menjadi dasar perjuangan PAS supaya pengundi-pengundi bukan Islam tidak takut kepada PAS dan akan mengundi PAS. Apakah kerana itu PAS sanggup menguburkan negara Islam? PAS tidak kemana-mana dalam perjuangannya. Yang dikejor tak dapat yang dikendung keciciran. Semakin ramai umat Islam atau bangsa Melayu sudah lari daripada PAS kerana PAS tidak konsisten. PAS sanggup melutut kepada DAP. PAS jadi pak turut atau pak angguk. PAS tidak lantang seperti dulu mempertahankan hak umat Islam/Melayu. Dalam pentadbiran kerajaan negeri pembangkang, PAS kelihatan amat lemah. Syiar Islam gagal ditegakkan sepertimana janji pilihanraya dulu. Rakyat nampak UMNO masih relevan biarpun dicaci dan dihina.
Rakyat nak tahu, kenapa hukum hudud dan negara Islam tidak dibincangkan dan diputuskan dalam Muktamar PAS yang baru lalu. Kenapa pula negara berkebajikan sebagai galang ganti? Jika hukum hudud dan negara Islam menjadi dasar perjuangan parti PAS, maka ianya tidak sepatutnya dibangkitkan oleh TG Nik Aziz di Kelantan sahaja. Apakah Nik Aziz hendak memainkan semula lagu lama untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada PAS? Apakah TGNA menjadikan hukum hudud dan negara Islam sebagai modal politik sekali lagi untuk PRU yang akan datang? Jika TG Nik Aziz ikhlas dan jujur, Ustaz Omar Khalid selama 35 tahun dalam PAS, yang pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu dan Ketua Penerangan PAS Terengganu tidak akan meninggalkan PAS dan menyertai UMNO [Baca sini]. Ustaz Md. Nor Idris, bekas orang kanan Nik Aziz dan bekas AJK PAS Pusat tidak akan meninggalkan PAS jika perjuangan PAS itu selaras dengan perjuangan Islam sebenar. Dan kenapa Dato' Mohd Nakhaie Haji Ahmad adalah seorang ahli politik UMNO yang pernah menjadi ahli dan Naib Presiden PAS. Beliau juga pernah mengasaskan pertubuhan ABIM pada 1975. Kemudian beliau menyertai UMNO pada 1989. Kenapa? Nak tahu apa jawapan PAS, semua itu dibeli oleh UMNO.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.