Parti Gerakan telah menawarkan biasiswa kepada Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu untuk memberi peluang pemimpin No. 2 dalam PAS itu belajar Sejarah. Jika ikut taraf pendapatan, Mat Sabu memang tak kayak pun diberi biasiswa. Dia ada pencen wakil rakyat dan ada pelbagai elaun sejak PAS dan DAP jadi kerajaan Pakatan Haram (Tidak berdaftar seperti BN). Lihatlah kos rawatan kakinya sahaja sudah lebih RM8000 sekali gus.
Oleh kerana Mat Sabu terlalu buta sejarah kemerdekaan Malaysia, setiap rakyat terpaksa menyokong Mat Sabu diberikan biasiswa oleh parti Gerakan. Mat Sabu selaku pemimpin No. 2 PAS perlu belajar semula agar dia berpeluang membuat tesis ataupun kerjakursus berkaitan sejarah kemerdekaan negara.
Mat Sabu tidak begitu jelas dengan sejarah kemerdekaan Malaysia mungkin kerana dia asyik berpolitik semasa di ITM dulu hingga dia disingkir oleh pihak pengurusan ITM pada masa itu. Dia seorang mahasiswa yang gagal menamatkan pengajian di universiti. Hari ini Mat Sabu berbicara tentang sejarah umpama dia seorang profesor Sejarah. Dia mahu semak semula sejarah seolah-olah dia pengkaji dan penyelidik Sejarah. Komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong dijulang sebagai pejuang kemerdekaan oleh Mat Sabu. Jika pandangan Mat Sabu tidak dibetulkan, selaku pemimpin No. 2 sebuah parti Islam, kita bimbang lebih ramai rakyat akan jadi keliru dan dikelirukan oleh Mat Sabu.

Dalam keadaan ratusan NGOs membuat laporan polis membantah terhadap kenyataan Mat Sabu tapi masih ada orang-orang Melayu yang bersetuju dan menyokong kenyataan Mat Sabu. Walaupun ada pihak mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataan itu tapi Mat Sabu yang kita kenali bukan orang yang mudah mengaku kalah. Walaupun PAS menolak fahaman komunisme tapi kenyataan Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS menunjukkan mereka sokong kenyataan Mat Sabu berkaitan sejarah kemerdekaan. PAS jadi serba salah. Imej PAS tercalar sejak Mat Sabu jadi Timbalan Presiden PAS selepas Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Eloklah kita sokong Mat Sabu diberi biasiswa oleh Gerakan untuk belajar semula subjek Sejarah di mana-mana IPTA yang ada di Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.