Banyak Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada minggu ini diadakan di kawasan DUN Bayan Lepas. Beberapa Cawangan UMNO dan JKKKP mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya sebelah siang dan juga malam. Kehadiran orang ramai pada tahun ini cukup mengejutkan kita. Kenapa?
Kita mulakan dengan majlis tahlil pada petangnya selepas solat Asar. Kehadiran ahli jawatankuasa kariah masjid termasuk imam-imam dan tok siak bersama ahli jemaah yang lain begitu membanggakan. Macam tiada masalah mereka berada di bawah khemah yang di kelilingi oleh banyak bendera-bendera UMNO. Kelihatan mereka semakin mesra dengan pertubuhan UMNO. Mereka mungkin sedar hanya UMNO yang mampu mempertahankan hak ketuanan Melayu dan Islam di negara ini.
Malamnya, majlis jamuan hari raya bermula lebih awal. Orang ramai datang bertali arus memenuhi setiap khemah. Ramai yang berdiri kerana ketiadaan kerusi. Hingga jam 9.30 malam orang ramai masih ada yang datang dan ramai juga yang pulang tapi khemah sentiasa dipenuhi orang ramai.
Kawan dulu kuat menyokong PKR juga datang. Dia berhijrah ke Port Kelang, Selangor sejak 4 tahun yang lalu. Dia balik melihat anaknya yang tinggal dengan datuknya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Dia datang awal ke majlis jamuan hari raya semalam dan balik agak lewat malam. Dia terlalu banyak berubah. Apakah pukulan UMNO di Selangor menyebabkan dia cukup banyak berubah? Jika dia boleh berubah suatu masa dulu orang kuat menentang UMNO/BN, bermakna ribuan lagi penyokong pembangkang sepertinya telah berubah angin.
Tak diduga semalam ramai rakan taulan yang datang. Yang kita agak penyokong pembangkang juga datang. Sebenarnya agakan kita itu tidak tepat. Mereka datang kerana mereka mahu tunjuk sokongan kepada UMNO. Hanya UMNO parti yang boleh memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan islam di negara ini. Jika mereka penyokong pembangkang, masakan mata mereka boleh melihat bendera keris di merata-rata tempat kawasan majlis itu diadakan. Jika mereka penyokong tegar pembangkang, pasti tidak akan berjalan di bawah bendera-bendera keris yang direntang di atas laluan utama. Inilah perubahan yang mengejutkan kita. Suatu petanda yang positif bahawa orang Melayu/Islam sudah sedar dan mulai meninggalkan PAS dan PKR. Pemimpin UMNO/BN jangan rasa selesa petunjuk yang positif ini. Teruskan mendampingi rakyat dan menyelami denyut nadi rakyat, kata PM kita. Jangan merebut untuk menjadi calon. Cermin-cerminkan diri, biarlah yang layak untuk menawarkan diri menjadi calon.

Walau bagaimanapun kita perlu menyokong mana-mana calon yang diputuskan oleh PM. Suka atau tidak suka kepada calon itu, kita akan pastikan calon BN akan menang dalam pilihanraya umum yang akan datang. Jika BN kalah ertinya UMNO kalah. Jika UMNO kalah ertinya kepentingan orang Melayu dan Islam akan tergugat dan sekali gus kepentingan umat Islam juga semakin hancur di bumi Malaysia ini. Jangan biarkan nasi jadi bubur. Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tidak berguna lagi. Jangan korbankan masa depan anak, cucu-cicit kita. Belajarlah bagaimana bangsa lain berpolitik. Sungguhpun bangsa Melayu jadi rakyat majoriti di Malaysia, tidak mustahil suatu hari nanti orang Melayu akan diperintah oleh bangsa minoriti kerana Melayu/Islam tidak bersatu. Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang dan suatu masa dulu Perak di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Pembangkang. Siapa yang sebenarnya berkuasa, bukankah DAP? Dan golongan mana yang tertekan bukankah orang Melayu/Islam? Tepuk dada tanyalah minda anda!
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.