"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, September 26, 2011

Hukum Hudud: Ulama-ulama PAS, DAP dan PKR setuju kunci mulut!

Ustaz Saifuddin
Dato Mustafa Ali
Anthony Loke, KP DAP Pusat

Ulama-ulama DAP, PKR dan PAS sepakat untuk kunci mulut berkaitan isu hukum hudud dan negara Islam. Ulama PAS diketuai oleh Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali,  PKR diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Ustaz Saifuddin Nasution Ismail dan manakala DAP pula diwakili oleh Ustaz Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP Pusat. Melalui Buletin Utama TV3 semalam, ulama-ulama daripada ketiga-tiga cabang parti berkenaan akan bersidang pada 28 September 2011 ini. Oleh itu semua pihak termasuk TG Nik Aziz dan Karpal Singh diarah untuk membisu sementara isu ini dibincang oleh ulama-ulama daripada ketiga parti tersebut. Ustaz Mustafa Ali yakin bahawa isu hukum hudud dapat diselesaikan. Setiausaha Agung PKR, Ustaz Saifuddin seperti biasa telah menyalahkan UMNO, BN, Utusan Malaysia dan TV3.
Pilihanraya umum semakin dekat! Orang Melayu/Islam semakin tidak yakin dengan PAS dan PKR dalam PR. Perjuangan negara Islam sudah digantikan dengan Negara Berkebajikan melalui Muktamar PAs yang lalu. Pemilihan Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS rupa-rupanya suatu liabiliti kepada PAS. Keghairahannya berceramah, garang dan berani digelar singa PAS telah memakan diri sendiri. Golongan ulama seperti Ustaz Nasaruddin dan Tuan Ibrahim telah disingkirkan dalam muktamar PAS. Dato' Hassan Ali, Ustaz Haron Din, Ustaz Taib Azammudin dan lain-lain telah rasa tersisih dalam kepimpinan PAS yang baru. Nak jaga hati kaum Cina hati orang Melayu/Islam pula terluka. Yang dikendung tercicir yang dikejar pula tak dapat. 
Isu liwat Anwar Ibrahim belum lagi selesai,  Mat Sabu pula cari pasal. Belum isu Mat Sabu selesai, TG Nik Aziz pula nak hidup semula hasrat nak laksana hukum hudud. Hukum hudud pula jadi perbincangan. Semua itu kerana UMNO kata pemimpin pembangkang. Anwar meliwati Saiful pun kerana UMNO. Mat Sabu kata komunis pejuang negara juga kerana UMNO. 
Walau bagaimanapun rakyat sudah pun sedar dan faham. Rakyat hari ini tidak lagi boleh diperbodohkan. Budak-budak tadika pun reti. Semakin lama PAS bersama dengan DAP, kita lihat semakin rakyat bercelaru. Tak percaya tanyalah penyokong-penyokong PAS yang ada. Mereka semakin bercelaru dengan dasar perjuangan PAS hari ini. Hasil mesyuarat ulama2 daripada PAS, DAP dan PKR bagi membincangkan isu hukum hudud dan negara Islam pada 28 September 2011 ini sudah dapat diduga hasilnya. Tunggu jawapannya!

1 comment:

  1. salam perjuangan..

    minta kita pautkan blog sesama kita

    http://alamijiwaparadox.blogspot.com

    terima kasih

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.