Dulu orang UMNO difatwa kafir kerana bersubahat dengan MCA dan MIC. Tapi hari ini PAS bukan setakat bersubahat dengan DAP malahan membela pula perjuangan DAP. Perjuangan PAS telah jauh berubah setelah Mat Sabu jadi pemimpin no. 2 PAS. Perjuangan sebuah negara Islam telah dikuburkan dan yang dibangkitkan pula perjuangan sebuah negara berkebajikan menghampiri prinsip-prinsip sistem ekonomi sebuah negara komunisme.
Mat Sabu terlalu ghairah sejak jadi pemimpin No.2 PAS. Dia nak beritahu kepada para perwakilan PAS yang memilih dia sebagai Timbalan Presiden PAS adalah tepat. Dia syok berceramah, dia selalu menimbulkan banyak fitnah dan pembohongan terhadap pemimpin UMNO dan kerajaan BN. Dia lantang bersuara dan berani kehadapan untuk siri-siri demontrasi jalanan. Dia boleh buat begitu sebab dia bukan ulamak. Dia boleh berceramah sedikit atau banyak 'kurang ajar' sebab dia bukan Ustaz atau tok guru. Siapa yang tak kenal Mat Sabu. Jika tak berbohong orang kata bukan Mat Sabu. Tapi puak-puak yang duduk dalam PAS akan percaya bulat-bulat apa yang pemimpin PAS kata. Fikiran mereka tertutup sebab mereka baca Haprakdaily dan akhbar Keadilan. Mereka tidak dengar radiao dan lihat TV tapi mereka selalu tengok dan dengar ceramah.

Dalam bulan Ramadan, bulan puasa bulan ibadah umat Islam seluruh dunia, Mat Sabu terjerat perangkap sendiri. Dalam bulan posa pun nak bercakap politik, nah terimalah kau, Mat Sabu bala daripada Allah SWT ke atas diri kau dan parti kau sendiri. Kau nak berbohong dalam bulan posa. Kau nak tukar sejarah, kau jadikan perjuangan komunis sebagai pejuang kemerdekaan, terimalah kau Mat Sabu. Kerana kau bukan ulamak maka kau jadi begitu. Jika Ustaz Nasaruddin Mat Isa masih jadi Timbalan Presiden PAS, kita sangat yakin Ustaz Nasaruddin tidak akan buat angkara seperti Mat Sabu. Hari ini Mat Sabu selaku pemimpin No.2 PAS terpaksa meredah duri dan ranjau ciptaannya sendiri. Pemimpin tertinggi PAS tidak boleh mengecam Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS kerana mengecam Mat Sabu ertinya mengecam parti sendiri. Macam mana sekalipun mereka kena sokong sedikit kenyataan Mat Sabu sebaliknya mengatakan rakyat disalahtafsirkan oleh media.
Isu Mat Sabu menyebabkan lebih ramai penyokong PAS kecewa dan sudah tentu ada yang keluar parti PAS beramai-ramai secara terbuka (baca sini) dan juga lebih ramai lagi keluar parti secara senyap. Malahan ada ulamak2 PAS sendiri sudah bosan dengan cara Mat Sabu. Tapi apa boleh buat, para perwakilan PAS hari ini lebih suka pemimpin yang suka maki hamun orang. Mereka suka pemimpin PAS yang suka menggelar dan menjatuhkan maruah pemimpin Islam yang lain. Mat Sabu lah yang menggelarkan Anwar Ibrahim al-Juburi semasa Anwar Ibrahim dalam UMNO lagi.

Oleh kerana kepimpinan PAS hari ini gilakan kuasa/politik, maka Mat Sabu dipilih para perwakilan PAS walaupun dia bukan ulamak. Sekali gus para perwakilan menolak pemimpin berkarisma ulamak seperti Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Dato' Harun Din, Dato' Hassan Ali dan lain-lain. Hari ini juga PAS menerima akibatnya mungkin balasan atas dunia yang diturunkan oleh Allah SWT agar penyokong2 PAS fikir dan menilai semula perjuangan PAS yang semakin jauh tersasar daripada perjuangan asalnya. Kita yakin Mat Sabu tidak akan meminta maaf sekalipun dia diugut bunuh kerana dia bukan manusia yang dilahirkan untuk merendah diri sesama manusia. Itulah Mat Sabu yang kita tahu!
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.