"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, September 18, 2011

Sambutan Hari Malaysia di Pulau Pinang meriah tapi....

Hari Malaysia di Pulau Pinang disambut meriah dengan pelbagai perbarisan kontinjen. Cerita di sebalik tabir, sketsa dibatalkan atas arahan pemimpin utama negeri Pulau Pinang. Difahamkan pembatalan sketsa itu disebabkan kerana terdapat dialog yang menyebut "Tanah Melayu". Kepimpinan negeri Pulau Pinang nampaknya begitu benci dengan ayat atau perkataan yang menyebut 'Tanah Melayu'. Rakyat Pulau Pinang yang hadir menyaksikan perarakan Hari Malaysia itu dimaklumkan pembatalan itu kerana tidak cukup masa. Mereka tidak tahu bahawa pembatalan itu bukan kerana tidak cukup masa sebaliknya kerana pemimpin utama negeri tidak mahu dengan sketsa sejarah kemerdekaan yang mengagung2kan 'Tanah Melayu'. Jika cerita ini benar, kita rakyat Pulau Pinang merasa begitu kecewa mempunyai pemimpin yang begini. Sejarah kemerdekaan negara kita tidak dapat elak daripada menyebut dan mengulangi beberapa kali perkataan-perkataan seperti Tanah Melayu, Raja-Raja Melayu, Persekutuan Tanah Melayu, hak ketuanan Melayu, kebudayaan Melayu dan bahasa Melayu.
Dan satu lagi, orang ramai yang hadir semasa perarakan Hari Malaysia tertanya-tanya. Berapa kerat orang bukan Melayu khususnya orang-orang Cina yang menyertai perarakan itu? Sepatutnya lebih ramai kaum Cina yang menyertai perarakan itu kerana negeri ini diperintah oleh pemimpin bangsa mereka. Tertanya-tanya kita, tidak patriotikkah mereka? Sebaliknya difahamkan ketika rakyat Malaysia seluruh negara mengikuti sambutan Hari Malaysia, mereka mengambil kesempatan bercuti di Thailand. Oleh itu berpuluh-puluh bas pelancong membawa rakyat Pulau Pinang berketurunan Cina ke Thailand.
Tujuan posting ini untuk mengetahui sejauh mana kebenaran cerita ini. Jika ada pihak atau individu yang mengetahui cerita ini sila sahkan. Kita tidak berniat mahu timbulkan isu perkauman dan tidak juga untuk memfitnah kepimpinan kerajaan negeri. Cuma kita ingin tahu, apakah cerita ini benar semasa sambutan Hari Malaysia yang disambut di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini. 

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.