"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, September 30, 2011

Umat Islam kecewa PAS mempolitikan hukum hudud

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, apabila sidang akhbar yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai  keputusan perbincangan, hasilnya  amat mengecewakan pimpinan Umno kerana keputusan yang diharapkan tidak berlaku. “Sekarang Umno gigit jari,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Yang aku tahu, PAS merupakan parti asalnya yang memperjuangkan hukum hudud dan bercadang akan menubuhkan negara Islam. Oleh kerana itulah, pemimpin PAS dapat mempengaruhi orang-orang Melayu/Islam menolak UMNO dengan mendakwa UMNO mewarisi perlembagaan penjajah. Hingga ada fatwa mengkafirkan orang UMNO kerana bersubahat dengan orang kafir seperti MCA dan MIC.

Sekarang apa dah jadi kepada kepimpinan PAS hari ini. DAP boleh mengajar pemimpin PAS hingga pemimpin PAS jadi 'kurang ajar'. Kenapa aku kata begitu? Isu hukum hudud UMNO pula yang jadi penghalang, kata TG Nik Aziz dalam FBnya. Manakala Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat pula mengatakan UMNO gigit jari.

Itulah kesudahan yang mampu pemimpin PAS dapat katakan. Mereka lebih takut kepada DAP dan PKR daripada takut kepada Allah SWT. Mereka tidak berani menyalahkan DAP dan PKR sebaliknya mereka  menyalahkan UMNO yang menyebabkan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. 

PAS hari ini begitu tunduk kepada desakan rakan-rakan dalam PR. PAS bukan parti dominan. PAS hanya parti pak turut. Lihat apa yang sebenarnya berlaku dalam isu hukum hudud. Jika PAS terpaksa tunduk-takut kepada DAP, aku tidak yakin dengan PAS jika PR dapat memerintah negara ini.

Paling malang dan sedih kecewa bila mengenangkan orang Melayu/Islam generasi dulu dan hari ini. Jika PAS berlembut dengan UMNO seperti berlembutnya PAS dengan DAP, aku kira orang Islam/Melayu di Malaysia tidak berpecah seperti hari ini. Dalam PAS menentang UMNO, alhamdulillah kepentingan Melayu dan umat Islam sentiasa terpelihara malahan dibela dari masa ke semasa. Dalam PAS memusuhi UMNO, syiar Islam berkembang pesat di atas bumi Malaysia bertuah ini hingga Malaysia dinobatkan sebagai negara Islam contoh di dunia. Dalam PAS mengkafirkan UMNO, sudah banyak masjid dan surau dirikan untuk keselesaan umat Islam beribadah. Semakin hari BN diterajui UMNO mampu membawa pelbagai perubahan dalam sistem perundangan dan perekonomian Islam di Malaysia. 

Cuma PAS satu-satunya parti Islam yang menjadi penghalang kepada kebangkitan umat Islam supaya lebih maju dan berjaya pada masa akan datang. Bersekongkol dengan DAP, sebuah parti yang jelas menentang penubuhan sebuah negara Islam, jelas gabungan DAP dan PAS amat merugikan bangsa Melayu dan agama Islam. 

Semua umat Islam di Malaysia boleh lihat dengan mata kepala sendiri. Sejak PR memerintah, pelbagai tekanan dihadapi oleh umat Islam. Setakat ini, kerajaan negeri PR seperti DAP di Pulau Pinang, PKR di Selangor, PAS di Kedah dan Kelantan gagal membela nasib umat Islam dan bangsa Melayu. 

Orang-orang Melayu perlu sedar dan insaf. Jangan taksub, PAS dan DAP adalah sama sahaja. PAS adalah parti politik seperti juga UMNO. PAS bukanlah agama. Masuk PAS belum tentu masuk syurga. Syurga dan neraka bergantunglah kepada tahap keimanan dan ketakwaan seseorang itu. Bukan bergantung sama ada dia ahli PAS, atau ahli UMNO atau ahli DAP atau pun PKR. Dalam PAS ada ulama dan dalam UMNO juga ada ulama. Yang aku tahu, ramai ulama veteran dan muda serta bekas pemimpin tertinggi PAS menyertai UMNO. Ramai lagi tokoh-tokoh agama yang berkecuali tetapi menyokong usaha UMNO memertabatkan syiar Islam dan menjaga kepentingan umat Melayu. Tetapi tidak ada ulama UMNO yang sudi menyertai PAS. Jika ada yang keluar UMNO dan menyertai PAS adalah ahli-ahli korporat dan pemimpin UMNO yang kecewa mungkin tidak mendapat habuan.

PAS hari ini tidak jauh bezanya dengan UMNO dalam perjuangan masing-masing. Tapi kenapa PAS sanggup berpakat dengan DAP (kafir harbi) mahu menjatuhkan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO? Apakah orang Melayu/umat Islam lebih terjamin bila PAS, DAP dan PKR mampu menghapuskan UMNO? Jika lihat keadaan, ternyata PAS tidak mampu berhadapan dengan DAP dan PKR. Jika hukum hudud merupakan hukum Allah tidak mampu ditegakkan oleh PAS dalam PR, masakan isu lain boleh dilaksanakan dengan mudah? Tepuk dada tanyalah pada minda anda! Cerita selanjutnya!

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.