"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, December 5, 2010

Harakah betul2 haprak dakwa ekonomi Malaysia semakin tenat!

Harakah Daily hari ini memuatkan berita hapraknya dengan mendakwa kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing 5 sen untuk seliter, membuktikan ekonomi kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin tenat.
Dengan itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula meminta kerajaan  menarik balik slogan kerajaannya ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, kerana kenaikan harga minyak termasuk gula tidak menggambarkan ciri-ciri itu.
Nik Aziz berkata demikian kepada Haprakdaily ketika ditemui selepas merasmikan majlis khatam perdana Dun Chempaka di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik), di sini hari ini.
Komen:
Pemimpin negara mana yang mahu harga barang2 naik, pemimpin negara  mana yang tak mahu gaji kakitangan awamnya dinaikkan dan pemimpin negara mana yang tidak mahu bonus diberikan? Tapi mengurus ekonomi negara bukan sesuatu yang boleh dianggap mudah. Ada kesan langsung dan tidak langsung kepada semua pihak. Paling penting kenaikan harga produk itu tidak membebankan rakyat. Harga petrol, diesel dan gula masih rendah dan paling rendah jika dibandingkan dengan harga barang2 itu di Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain. Rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskal kerajaan bagi meningkatkan jumlah kutipan hasil dan pada masa yang sama, mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
Banyak subsidi petrol dan diesel (jika subsidi tidak dikurangkan kerajaan) diberikan kepada pemilik-pemilik kenderaan- lori, bas, kereta dan kapal dan bot-bot nelayan dan sebagainya. Yang banyak memiliki kenderaan, berkereta  besar, bot besar yang sebenarnya banyak menerima subsidi kerajaan. Apakah yang banyak menerima subsidi petrol dan diesel ini adalah golongan miskin? Apakah golongan miskin seperti nelayan mempunyai kapal tangkap ikan dil aut dalam, bot pukat yang besar, pukat tunda dan sebagainya? Walaubagimana pun kerajaan Malaysia tetap memberi elaun sara hidup kepada nelayan sebanyak RM200 sebulan dan subsidi kepada petrol. Namun demikian subsidi petrol, gula, tepung dan minyak masak masih diteruskan oleh kerajaan supaya rakyat dapat membeli harga produk tersebut dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Tak perlu dipertikaikan gagasan kerajaan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dengan hanya kenaikan harga petrol dan diesel. Perlu faham, kerajaan tidak menaikkan harga produk tersebut. Bila dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dilaksanakan, subsidi kerajaan kepada produk tersebut dikurangkan. Pengurangan subsidi itulah yang menyebabkan harga produk itu naik. Jika tidak, kerajaan akan terus menanggung lebih banyak subsidi dengan kenaikan harga produk itu di pasaran antarabangsa.
Salahkah jika penjimatan kerajaan dari subsidi yang  diberikan kepada pemilik2 kenderaan yang banyak dan kenderaan darat dan laut yang besar jumlah berbilion ringgit itu diagihkan semula kepada rakyat yang kurang bernasib baik. Jika pembangkang boleh lakukan sila buktikan dulu di negeri-negeri yang diperintahnya. Laksanakan dasar fiskal kerajaan pembangkang dengan menaikkan gaji kakitangan kerajaan negeri dan pada masa yang sama kurangkan cukai-cukai tak langsung yang dikenakan oleh kerajaan negeri ataupun kerajaan tempatan yang ada. Jika boleh laksanakan, kita akan pastikan Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya selepas PRU13 akan datang!

2 comments:

  1. Yup betul tu. Mereka duk bising kenaikan tersebut membebankan orang kampung. Padahal orang kampung menggunakan hanya 1,2 liter petrol(motosikal) sahaja sehari.pertambahan 1osen je dlm perbelanjaan harian.Saya yang bawa kereta berulang ke tempat kerja pun hanya guna 6 liter sahaja sehari.Adakah dgn pertambahan 30sen(6L)sehari menjadikan kita miskin.Yang salahnya adalah peniaga...minyak naik 5 sen, makanan naik 20 sen.Pembangkang pun ramai juga peniaga,so sama2 la tolong rakyat&kerajaan. Bekorbanla untuk negara sikit....jgn hanya pandai nk mtk bantuan itu&ini

    ReplyDelete
  2. Nik Ajis tau ape...dia bkn pakar ekonomi,guru agama KEMAS je,ape komen dia perlu di bakul sampah kn je...tak pelu kita nk pening2 pikir,kerajaan dh terlalu banyak bagi subsidi...camne nk jd negara maju 2020 nnti klu asyik bergantung pd subsidi je...belajar lh jd rakyat tanpa subsidi klu nk maju kn diri...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.