"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, December 6, 2010

Khir Toyo ditahan SPRM, bukti SPRM tidak pilih bulu!

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.
Komen:
Apa komen pemimpin pembangkang bila pemimpin kerajaan BN ditahan? Sudah pasti mereka akan kata sangat wajar ditahan kerana pemimpin BN semuanya kaki rasuah. Tapi bagaimana pula reaksi pemimpin pembangkang jika ditahan SPRM? Ada yang berhempas pulas enggan ditahan oleh SPRM, pegawai SPRM diugut dan dicemuh dan kerap kalinya mereka yang ditahan akan diiringi dengan peguam mereka. Mereka akan mengatakan penahanan mereka adalah perbuatan fitnah daripada UMNO, mereka dianiayai oleh UMNO dan sebagainya. 
Sebenarnya kita tidak membela sesiapa pun yang rmemberi atau menerima rasuah. Pemimpin UMNO/BN yang melakukan rasuah wajar diambil tindakan sewajarnya oleh SPRM. Jika Datuk Seri Mohamad Khir Toyo terbukti terlibat, hukuman yang setimpal patut dikenakan.
Oleh itu kita mintalah pemimpin pembangkang jangan melatah dan membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kebencian rakyat kepada SPRM. Bersedia untuk disiasat dengan tidak menimbulkan sebarang tindakan provokasi yang boleh menjatuhkan imej pihak berkuasa. Ikutilah contoh perilaku pemimpin-pemimpin BN yang pernah disiasat oleh PDRM ataupun SPRM,  akur dengan  arahan pihak berkuasa secara 'gentlemen', bersedia untuk disoal siasat bila-bila masa tanpa mengwujudkan tindakan provokasi terhadap pegawai SPRM yang bertugas.

1 comment:

  1. Apa pula komen pembangkang PR nanti jika Dr Khir Toyo didapati TIDAK BERSALAH.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.