"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, December 5, 2010

Demontrasi anjuran MB Selangor lebih ramai daripada demontrasi Bersih?

Khalid Gagap, MB Selangor seorang pemimpin no.1 di Selangor. Peralatkan rakyat kerana isu air di Selangor. Mengadakan demontrasi berarak untuk menyampaikan memorandum  ke Istana Negara. Begitulah cara PKR menangani sesuatu isu. Kononnya kebebasan demokrasi ala PKR yang dipelopori Anwar Bin Ibrahim.  Jika BN pun guna cara yang sama, depa akan kata BN tidak demokratik. Nasib baik MB-MB dari BN tidak ikut perangai Khalid Gagap. 
Sebenarnya PKR atau pembangkang sudah tiada isu lagi. PKR adalah parti yang akan ditalqinkan DAP tak berapa lama lagi. Pemilihan kepimpinan PKR baru ini penuh dengan peristiwa baling kerusi, bergaduh bertumbuk hingga ke mahkamah. PKR sudah tidak bermaruah lagi. Semua kemelut itu ciptaan PKR sendiri. UMNO tidak terbabit dan BN tidak terlibat langsung. Yang hadir mesyuarat pemilihan PKR tidak sampai 10% daripada jumlah ahli PKR keseluruhannya. Lagi 90% mungkin sudah kecewa dengan masalah PKR, sudah bosan dengan kemelut yang melanda PKR dan mungkin sudah meninggalkan PKR secara senyap-senyap. Pelbagai kemungkinan boleh kita katakan kerana PKR sebuah parti kencing rakyat.
Demontrasi PKR hari ini untuk melihat sejauh mana sokongan rakyat kepada PKR dan pembangkang. Mereka mahu melihat ratusan ribu penyokong keluar berdemontrasi seperti mana perhimpunan Bersih suatu masa dulu. Mereka mahu dunia luar melihat bahawa pembangkang di Malaysia sangat kuat. Mereka mahu dunia luar melihat negara Malaysia masih tidak aman kerana ada sahaja demontrasi di sana sini. Itu semua agenda jahat pembangkang bergurukan Anwar Bin Ibrahim.
Rupa-rupanya kehadiran rakyat tidak begitu ramai, cuma 2000 orang tidak mencerminkan sokongan rakyat keseluruhannya. Kasihan PKR dan pembangkang yang semakin kecut perut menghadapi PRU13 yang akan datang. Rakyat tidak boleh lagi diperbodohkan seperti dulu. Rakyat sudah cerdik dan dapat menilai, apa yang pembangkang telah lakukan selama ini.  Yang datang mungkin ahli tegar PAS, PKR dan DAP. Jika jumlah itu mewakili seluruh negeri Selangor, apakah ahli PKR atau pembangkang seramai itu? Kasihan, kasihan, kasihannn....demontrasi yang dianjurkan oleh pemimpin No.1 Selangor hanya cuma 2,000 orang yang hadir. Jika hadir 10,000 pun masih belum cukup memuaskan. Rakyat tidak bangang lagi. Rakyat Selangor sudah nampak apa yang sedang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Rakyat telah lihat perubahan yang telah dibawa oleh BN hari ini. Rakyat pelbagai kaum mulai yakin dengan kepimpinan DS Najib. Konvensyen BN hari ini berjaya meningkatkan keyakinan rakyat pelbagai kaum terhadap kerajaan BN yang berpegangk uat kepada prinsip "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

7 comments:

  1. inilah taktik baru PKR untuk memancing undi rakyat, dia suke tgok rakyat ni kena simbah air dan kena tangkap polis. sedangkan dia balik ke kediaman naik kereta lexus tanpa di simbah air dan di tangkap polis. rakyat semua tertipu dengan sikap PKR,Rakyat semua patut lihat, jika PKR mahu kan keadilan. Dia patut agihkan setiap kekayaan negeri kepada rakyat negerinya. Ini bagi alasan Pusat tak bagi duit, padahal menteri besar sendiri yang bodoh tak tau nak cari pelabut. asyik harapkan pelabur yang di bawan sejak pemerintahan BN dahulu.

    ReplyDelete
  2. sebenar Khalid gagap mahu lihat sokongan rakyat pada parti pkr dan kerajaan selangor tapi apa yg hadir pun dibayar kalau rakyat yg ada otak buat apa nak buat demo sedangkan mereka susah dibawah pemerintahan pkr diselangor kerana dapat MB paling bodoh dalam malaysia isu air mereka yg buat bagi air percuma kepada rakyat selangor lepas tu salahkan org lain kerana telah berhutang dengan pihak berkuasa air selangor lepas tu buat demo kenaikan air kerana syarikat air selangor kena kutip balik wang kerana pentabiran khalid telah berhutang terlalu banyak melalui rakyat itu saja jalan utk kutip hutang

    ReplyDelete
  3. Ele..., depa tu saja nak alih topik. nak tutup ke tu pelas pemilihan parti dulu. Nak cover presiden dia le tu

    ReplyDelete
  4. Eloklah parti kencing rakyat dgn parti ajaran setan berkawan pula dengan DAP....hah..hah..hah!

    ReplyDelete
  5. http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/12/kenapa-demo-rakyat-5-disember-dianggap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FEEVad+%28%3A%3A+RUANG+BICARA+PRIA+MALAYA+%3A%3A%29

    tak sampai 2000 pown???

    ReplyDelete
  6. Mu anon 1:48am bangsat gi jahanamlah...pengkhianat kpd bangsa Melayu.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.