"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, December 8, 2010

Derhaka titah Raja Melayu. Tapi Melayu PKR dan PAS buat2 tak faham!

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah "Orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka bangsanya sendiri" Titah baginda lagi, "Sebarang suara mempertikaikan status Islam dan keistimewaan orang Melayu di bumi ini, adalah perbuatan yang tidak berasaskan sejarah serta bercanggah dengan Perlembagaan Negara". ''Jika ada kalangan orang Melayu yang melakukannya, mereka itu sebenarnya telah melakukan penghinaan kepada bangsa dan telah derhaka kepada bangsa sendiri".
 Yang di-Pertuan Agong , Tuanku Mizan Zainal Abidin pula menyeru umat Islam mempertahan dan memupuk semangat perpaduan, kasih sayang serta toleransi kaum sebagaimana yang ditunjukkan melalui peristiwa hijrah Rasulullah SAW. Seri Paduka memberikan ingatan supaya perpaduan yang telah dibina sekian lama di negara ini tidak diruntuhkan hanya kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak tidak lagi membangkitkan isu-isu berkaitan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Titah baginda, meskipun orang Melayu mempunyai hak keistimewaan tersendiri namun hak-hak kaum lain tetap terpelihara. "Tidak wajar perkara ini (hak orang Melayu) dibangkitkan. Dalam Perlembagaan hak-hak semua kaum telah dijelaskan termasuk kebebasan beragama.
"Semua diperuntukkan dalam Perlembagaan, orang Melayu dan bukan Melayu sudah diberi hak. Contohnya bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi atau agama Islam adalah agama rasmi tetapi penganut agama lain serta bangsa lain boleh mengguna atau mengamalkan bahasa serta agama mereka di negara ini," titah baginda.
Baginda bertitah demikian selepas majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah semalam.

3 comments:

  1. Anwar and the geng dah lama derhaka.....tapi apa kita boleh buat?????

    ReplyDelete
  2. blog sdr telah dilink ke http://anginria.blogspot.com halaman kepada melayurayadaily. moga dengan budibicara sdr jika ada ruang dapat dipautkan sama. Salam perjuangan dari saya.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=1695&mode=thread&order=0&thold=0

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.