"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, December 2, 2010

Tanah Koperasi dibina dengan rumah kos sederhana mewah, kenapa?

Kita marah jika kawasan kita, kawasan perkampungan tradisional Melayu ataupun Cina didirikan rumah-rumah kos sederhana tinggi hingga mencapai harga ratusan ribu ringgit sebuah. Kita marah kepada developer, kita marah kerana developer membina rumah harga ratus ribu ringgit sebuah. Siapa mampu beli? Pak Ali tak mampu beli. Ah Chong mungkin boleh beli. Masalahnya tanah orang Melayu dulu kini sudah berpindah hak milik. Mungkin tergadai atau dijual kepada pihak lain. Ada tanah tak luas mana. Nak pakat duduk tak dapat semua. Nanti ada waris yang marah kerana dia dapat tak seluas mana. Bolehlah untuk sebuah lau ayam. Keputusan yang terbaik, tanah itu dijual. Bila tanah dijual, hasil jualan mungkin puluh ribu atau ratusan ribu ringgit lebih mudah diagih-agihkan kepada waris yang layak. Kes seperti ini, kita tak boleh marah sebab kerana tanah boleh bergaduh adik beradik. Ada kes sama adik beradik berparang kerana tanah. Anak tak bercakap dengan mak bapa kerana kes tanah. Abang kena tetak dengan adik kerana merebut tanah. Kes seumpama itu pernah berlaku dan boleh berlaku di mana-mana. Maklumlah tanah sekarang sudah terlalu mahal.
Yang nak dibangkitkan bukan tanah Pak Ali. Orang mulai bercakap kenapa tanah koperasi dijual atau jika tak jual pun kenapa dibina dengan rumah kos sederhana tinggi. Di Teluk Kumbar ada tanah milik sebuah koperasi tapi dibina dengan rumah-rumah kos ratus ribu ringgit sebuah. Bolehkah ahli koperasi beli? Bolehkah orang Melayu beli? Di sebelah Bayan Lepas dan Sungai Ara sana lagi teruk. Semua orang tahu, sebuah koperasi yang ternama di Pulau Pinang telah membina banyak rumah kediaman dan rumah kedai. Tapi sayang siapa yang memilikinya semua itu? Keuntungan sudah menjadi tujuan utama koperasi. Dalam usaha mencari keuntungan besar, koperasi tidak mengindahkan langsung akan kesan dan akibat kedudukan geopolitik masa depan orang Melayu di sesuatu kawasan/daerah. Banggakah kita jika kita ada sebuah koperasi Melayu yang kaya tetapi tanah miliknya, rumahnya, rumah kedainya bukan milik Melayu? Pertubuhan-pertubuhan seperti ini, yang berteraskan Melayu sepatutnya mempunyai tanggungjawab sosial menjaga kepentingan Melayu agar kampung-kampung Melayu tidak akan tergadai kepada pihak yang lain. Jika pemimpin koperasi sendiri pun tak mahu menjaga kepentingan Melayu, apa tah lagi orang seperti Pak Ali sekadar lulus tahun 6 sekolah rendah Melayu. Kita tak mahu seperti kata pepatah Melayu, "harapkan pagar, pagar makan padi".

2 comments:

  1. Ayo pak tam lu sudah hentam sama koperasi kah. Eloklah tu depa sudah lupa. Bagi sikit ingat sama depa. tima kasih pak tam.

    ReplyDelete
  2. Yang sedih nya, tanah koperasi melayu, pemaju Ah Chong & Co, Kontraktor Ah Chong & Co dan Arkitek pun Ah Chong & Co...dan sudah tentu sah lah...Rumah yang dijual pun untuk Ah Chong bukan untuk orang Melayu...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.