"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, November 23, 2010

Sikap double standard! PAS terhadap penyelewengan Tabung Memali

Penulis buku Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali kesal dengan sikap pemimpin Pas yang melarang ahlinya membeli buku tersebut ketika majlis memperingati 25 tahun Memali diadakan di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, buku yang banyak mendedahkan penyelewengan Tabung Memali itu oleh pihak tertentu dalam Pas telah dihalang dan disekat daripada dijual kepada orang ramai pada majlis berkenaan.
Penulis buku itu, CN Al-Afghani atau nama sebenarnya, Zainon Ismail berkata, tindakan penganjur majlis iaitu Dewan Pemuda Pas Pusat melarang orang ramai membeli buku berkenaan membuktikan mereka sebenarnya takut dengan pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam Pas itu daripada terbongkar.
"Saya kecewa dengan halangan pihak berkenaan untuk mengedarkan buku ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Hadir sama anak Ibrahim Libya, Mohd. Irsyad Zamani Ibrahim, 28, dan beberapa ahli Pas.
Majlis memperingati 25 tahun Memali itu diadakan selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.
Tabung tersebut dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dilakukan oleh pihak berkuasa atas dakwaan terbabit dengan kegiatan ekstremis.
Tambah Zainon, halangan penjualan buku itu menunjukkan sikap tidak adil kepimpinan Pas terhadap kebebasan bersuara dan mahu melindungi salah laku pemimpin yang berkenaan.
''Jika penyelewengan itu dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN), mereka akan menelanjangi habis-habisan tetapi jika dilakukan oleh pemimpin Pas sendiri, mereka akan cuba menutup dan menganggapnya fitnah.
"Inilah sikap double standard dalam Pas yang cuba melindungi pemimpin berkepentingan,'' tegasnya.
Zainon juga mencabar pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan buku tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah, menggunakan saluran undang-undang untuk mengambil tindakan.
Bekas guru itu juga mencabar pihak berkenaan mengadakan forum di pentas terbuka untuk memberi penjelasan tentang dakwaan penyelewengan wang anak-anak yatim dan ibu tunggal yang telah disalahgunakan pihak berkenaan.
Tegasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang mewakili Pas perlu telus dalam hal itu kerana jika tidak, mereka tidak layak untuk bercakap dan mempertikaikan salah laku pihak lain. [Berita yang berkaitan] dan [Berita selanjutnya]

2 comments:

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.