Keputusan PRK DUN Manek Urai sudah memberi isyarat jelas bahawa sokongan PAS semakin merosot. Jika ada peningkatan pun dalam jumlah undi yang diperolehi tetapi peningkatan sokongan yang diperolehi oleh calon UMNO/BN lebih baik. Ini bermakna pengaruh PAS semakin merosot manakala pengaruh UMNO/BN di kalangan rakyat khususnya pengundi semakin bertambah baik.
Kemenangan calon UMNO/BN dalam PRK DUN Galas sudah diduga tidak ada yang luar biasa. Calon PAS yang merupakan seorang calon yang berkelulusan tinggi tapi tersungkur kepada calon UMNO yang berkelulusan cuma SPM sahaja. Bukan kerana faktor calon tetapi faktor pemimpin dan parti yang sangat kuat menentukan kemenangan seseorang calon itu.
Perjuangan PAS hari ini tidak seperti dulu semasa Datuk Mohd Asri Muda, Tuan Haji Yusof Rawa dan Dato’ Fadzil Mohd Noor menjadi presiden PAS. Di kalangan pimpinan tertinggi PAS sendiri kelihatan kurang senang dengan sikap dan pendirian Tuan Guru Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin PAS lain yang sehaluan dengan Tok Guru. Dalam hal-hal tertentu, peranan Tuan Guru Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS tidak begitu berkesan sekali. Murshudul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz lebih berani mengeluarkan pandangan melebihi daripada seorang Presiden parti. Berlakulah persoalan siapa yang perlu jawab dan siapa yang perlu dirujuk. Ibarat kata sebuah kapal yang mempunyai dua nakhoda. Mungkin sikap Tok Guru Nik Aziz yang tidak mudah ditegur menyebabkan Presiden PAS lebih suka berdiam diri.

Kebanyakan pengundi terutama orang-orang Melayu sudah dapat melihat dengan jelas perbezaan perjuangan PAS dulu dengan perjuangan PAS era Haji Hadi Awang. Dulu PAS sanggup mengkafirkan orang-orang UMNO kerana tidak sehaluan dalam ideologi politik. Berlaku solat dua imam di masjid dan boikot memboikot sesama satu bangsa dan segama di kampung-kampung dan juga taman-taman perumahan. Begitu sedih dan kecewanya kita pada masa itu bila melihat orang-orang Melayu berpecah dan tidak bersatu. Binatang sembelihan ustadz UMNO diharamkan makan. Kenduri orang UMNO wajar diboikot kerana asuhan dan fatwa pemimpin PAS ketika itu. Adik beradik berkelahi dan bermusuhan, suami dan isteri bercerai berai kerana ajaran pemimpin PAS yang mentaksubkan ahli-ahlinya.
Tapi PAS hari ini sudah jauh berubah. Bukan berubah untuk merapatkan hubungan dengan orang UMNO. Sebaliknya PAS tetap menolak UMNO kerana masih mengatakan perjuangan UMNO untuk kebangsaan bukan untuk Islam. Oleh itu pemimpin PAS menolak UMNO biarpun dalam UMNO juga ada ulamaknya, ada ustadznya, ada imamnya sepertimana pemimpin-pemimpin PAS yang masih kuat berpegang kepada ahli sunnah wal jamaah. Masih ada lagi pemimpin-pemimpin PAS mendakwa sokong UMNO berdosa, masuk neraka dan sebagainya. Tapi rakyat jelata, dari utara Perlis hingga ke Sabah dapat melihat dengan mata kepala sendiri betapa Islam dapat berkembang dengan suburnya di Malaysia hasil pemerintahan BN yang ditunjangi oleh UMNO. Dari hal sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya sudah dan sedang dilakukan oleh UMNO selari dengan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Elaun imam dan guru Kafa dinaikkan. Sekolah agama rakyat dibantu sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Mahkamah Syariah dibina dan diperluaskan fungsinya. Sistem perbankan Islam, takaful dan ar-Rahnu (Pajak Gadai Islam) telah lama diperkenalkan hingga negara Malaysia telah menjadi rujukan negara-negara Islam lain di dunia. Ini semua hasil perjuangan Islam ala UMNO bermula dari zaman Tun Mahathir lagi yang cuba menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbirannya. Masa itu ada pemimpin-pemimpin PAS mentertawa-tawakan "Penerapan Nilai Islam" oleh Dr. Mahathir sebagai suatu usaha yang tidak bersungguh-sungguh bagaikan melepas batuk ditangga dalam melaksanakan syiar Islam dalam pentadbirannya.
PAS hari ini sudah menganggap DAP lebih Islam daripada UMNO. Pemimpin DAP bukan Islam dibenarkan menggunakan ayat suci al-quran dalam ceramah-ceramah politik mereka. Baru-baru ini Lim Kit Siang dalam ceramahnya di DUN Galas telah begitu berani mengkafirkan orang UMNO di atas pentas politik PAS. Penyokong-penyokong PAS yang hadir ceramah itu gelak ketawa sambil bertakbir "Allahu Akbar" sebaik mendengar ungkapan bahlul Lim Kit Siang itu. Inilah hasil dari ajaran PAS yang semakin hari semakin berani kaum lain menghina bangsa Melayu yang beragama Islam. Pemimpin PAS memberi ruang seluas-luasnya demi untuk kuasa politik. Ini terbukti bila seorang pemimpin tertinggi PAS sendiri telah memberi kebenaran penceramah bukan Islam menggunakan ayat suci al-quran dalam ceramah politik mereka. Mustahil pemimpin PAS sendiri tak kenal siapakah sebenarnya DAP? Tapi kerana kuasa mereka (pemimpin PAS) sanggup memeluk pemimpin DAP. Tolak pelawaan kawan sebangsa dan seagama sebaliknya menerima DAP sebagai sahabat dalam perjuangan. Perjuangan untuk apa lagi, jika Karpal Singh sendiri tetap tegas mengatakan "langkah mayat aku dulu sebelum tubuh negara Islam". Itulah PAS hari ini yang mulai pudar dan lesu dalam perjuangannya. Sebahagian besar ulamak sudah tidak selesa dengan PAS melainkan ulamak politik yang mempunyai peranan lebih besar untuk menggunakan agama seluas-luasnya untuk kepentingan parti.
Semakin lama PAS semakin lesu. Cuma pemimpin PAS tidak tunjuk kelesuan itu bimbang penyokong-penyokong akan beralih selera. PKR ada masalahnya sendiri. Kebanyakan pemimpin lama dan pengasas parti itu telah meninggalkan perjuangan parti itu. PKR sedang menuju kehancuran tidak lama lagi. PKR kalah teruk di Sapi, Sabah. Sepatutnya calon Islam (Ansari Abdullah) boleh menang besar atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan majoriti calon BN kerana majoriti pengundi di situ adalah beragama Islam. Kenapa pula calon BN yang bukan Islam dan tidak fasih berbahasa Melayu boleh menang besar? Ertinya PKR adalah parti yang sakit yang tidak boleh diubat lagi. Penyakit PKR ini sudah pasti berjangkit kepada parti PAS kerana PAS adalah sebuah parti yang bersekedudukan dengan PKR siang dan malam.
PAS sebuah parti yang cukup hebat dan amat jelas perjuangannya sebelum ini. Oleh kerana rakan-rakannya PKR dan DAP hadapi banyak masalah ditambah lagi dengan sikap pemimpin PAS tertentu yang bermasalah maka PAS akan jadi sebuah parti yang bermasalah dalam PRU yang akan datang. Jika ditakdir ada lagi PRK, percayalah calon PR akan terus jatuh tersungkur!

betul tu, aku rasa, memang presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah naik muak denga karenah gile si Nik Aziz, tapi hanya berdiam diri kerana Nik Aziz ni pantang ditegur, walaupun terang2 salah. Kita tunggu, memang ada ramai ahli PAS yang sedia bersatu dengan UMNO atas dasar Melayu dan Islam, tapi puak sesat masih bersatu di bawah Nik Aziz, Allah maha kaya, kita bersabar dan teruskan perjuangan menentang puak khawarij
ReplyDeleteSalam rakan2 perjuangan;
ReplyDeleteSaya dah jangka PAS akan rosak kerana jangkitan virus yang ada pada PKR dan DAP. Walaupun UMNO juga ada virus tapi virus UMNO tidak begitu bahaya kerana antibodi boleh melawannya. Nampaknya virus DAP dan PKR sungguh kuat hingga tidak terlawan antibodi yang ada pd tok guru kita spt Nik Ajis dan Hj Hadi.