"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, November 6, 2010

PRK Galas: SU Politik MB Kelantan tipu pemimpin dan penyokong PAS!

Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik MB Kelantan begitu yakin melalui beberapa analisis yang diperolehinya. Beliau merumuskan BN akan kalah kerana pihak BN begitu terdesak dengan senario dalaman Umno sendiri. Apakah senario dalaman UMNO yang dimaksudkan itu cuma Wan Nik sahaja yang tahu kerana dia merupakan tok nujum kepada Tok Guru Nik Ajis, MB Kelantan.  PAS pula katanya sedia menjayakan tindakan kempen yang bersifat pendekatan psikologi seperti menguar-uarkan isu bayaran pengurusan pengundi luar semata-mata untuk mendapat liputan media dan kesedaran pengundi balik mengundi. Akhirnya strategi PAS ini tidak mengena ibaratkan "senjata makan tuan". Pengundi-pengundi luar Kelantan balik tidak mengundi calon PAS. Walaupun pengundi 'disedekahkan' oleh Nik Ajis dengan wang RM250 atau RM200 seorang tapi pengundi luar tidak mudah dibeli. Mereka juga berhak untuk menentukan calon yang mereka sukai. Ingat pesanan Tok Guru Nik Ajis "bagi pitih ambik, bagi kain pakai, bagi lembu erek, bagi gula kuca" telah jadi senjata makan tuan.
Oleh kerana Wan Nik Wan Yusof membuat telahan nujumnya terlalu awal melalui Harakahdaily, ramailah pemimpin-pemimpin  dan penyokong PAS terlalu yakin bahawa calon PAS akan menang dengan mudah dalam PRK DUN Galas pada kali ini. Kenapa tidak, analisis Wong Shu Qi (MerdekaReview, 29 Okt 10) berpendapat PAS boleh menang dalam pilihan raya kecil Galas atas persepsi kaum Cina (kira-kira 20%) menjadi penentu kemenangan calon PAS.
Berdasarkan kajian Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan (PKS), didapati popular calon PAS mengatasi calon BN dari segi penilaian terhadap calon. Seramai 50.9% menyokong Dr. Zul sebagai wakil rakyat untuk membuka klinik bergerak bila menang. Sementara 27% sahaja yang bersetuju dengan pengalaman Abdul Aziz sebagai kakitangan KESEDAR berupaya menjalankan tugas wakil rakyat Galas. Justeru, calon PAS mempunyai kelebihan berbanding calon BN menyebabkan PAS boleh dikatakan mampu bertahan kemerosotan undi kalangan orang Melayu.
Manakala sebuah NGO pencinta demokrasi turut melakukan kajian menerusi pendekatan sistem pesanan ringkas (SMS). Bacaan daripada 168 SMS diterima balas pecahannya 9.52 yang menunjukkan sikap tidak bersetuju kepada calon PAS, 23.81% menunjukkan sikap tidak berpihak kepada mana-mana calon dan 66.78% bersetuju dengan calon PAS.
Berdasarkan analisis beberapa kajian itu, menjadi modal kepada Wan Nik untuk merumuskan bahawa calon PAS akan memenangi PRK DUN Galas di mana pihak BN pula dilihat begitu sukar untuk mengalahkan calon PAS. Dengan keyakinan yang tinggi kepada analisis dan pandangan Wan Nik ini akhirnya calon PAS tersungkur. Pemimpin dan penyokong PAS yang membaca ulasan Wan Nik melalui Harakahdaily telah tertipu. Ramalan Tok Nujum langsung tidak mengena malahan jauh tersasar. Eloklah Wan Nik meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada MB Kelantan kerana ulasannya menyebabkan seluruh pimpinan PAS dan penyokong-penyokong PAS tertipu. Jika Wan Nik berhasrat untuk meneruskan kerja-kerja amal ini sebagai Tok Nujum eloklah, Wan Nik cuba membuat ramalan hasil keputusan PRU yang akan datang. Apakah calon DAP lebih ramai memenangi kerusi Parlimen daripada calon PAS dan PKR? Apakah PAS belum pasti akan menang semua kerusi yang ditandingi oleh calon BN daripada UMNO? Apakah calon-calon PKR bukan Melayu boleh mengatasi calon-calon BN daripada MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain? Jika semua itu betul, maka PAS hanya sebuah parti yang membawa kepada kemusnahan kekuatan Melayu dan sekaligus menghancurkan syiar Islamiah yang berkembang kukuh semasa UMNO/BN yang memerintah negara ini sejak mencapai kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.