Syukur alhamdulillah, semakin lama semakin sedar. Trend pengundi dalam PRK yang lalu dan yang terkini di DUN Galas dan parlimen Sapi, Sabah semakin memihak kepada calon BN. Semalam di DUN Galas menunjukkan Allah SWT masih sayangkan calon UMNO. Juga orang Melayu beragama Islam. Doa Tok Guru Nik Aziz tidak dimaqbulkan oleh Allah, doa pemimpin PAS dan penyokong-penyokong PAS tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Begitulah kehendak dan ketentuan Allah. Tiada siapa yang dapat menghalang biarpun ribuan penyokong PAS sembahyang hajat memohon kepada Allah agar calon PAS diberi kemenangan. Allah SWT lebih mengetahui pihak mana yang benar, jujur dan ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Allah SWT maha adil kepada semua.
Terimalah keputusan itu dengan tenang sepertimana PAS dan PKR serta DAP menang besar dalam PRU dan PRK yang lalu. Apakah masih ada pengundi hantu dan apakah SPR masih tidak telus hingga menyebabkan kedua-dua PRK pembangkang kalah. Kita lihat pemimpin BN lebih rasional dan gentleman dalam hal ini. Pemimpin BN boleh menerima keputusan dengan tenang dan tidak menyalahkan mana-mana pihak jika calon BN kalah. Itulah sebenarnya antara kejayaan calon BN hari ini. Kejayaan BN kerana pemimpin BN lebih rasional dan bersifat profesional dalam membuat sebarang keputusan dan rumusan. Tidak seperti pemimpin PAS dan pembangkang yang lain termasuklah PKR dan DAP. Akan ada saja komen nanti, mereka cenderung menyalahkan SPR, pihak polis, pengundi hantu dan sebagainya. Dengan itu calon mereka kalah.
Terimalah keputusan itu dengan tenang sepertimana PAS dan PKR serta DAP menang besar dalam PRU dan PRK yang lalu. Apakah masih ada pengundi hantu dan apakah SPR masih tidak telus hingga menyebabkan kedua-dua PRK pembangkang kalah. Kita lihat pemimpin BN lebih rasional dan gentleman dalam hal ini. Pemimpin BN boleh menerima keputusan dengan tenang dan tidak menyalahkan mana-mana pihak jika calon BN kalah. Itulah sebenarnya antara kejayaan calon BN hari ini. Kejayaan BN kerana pemimpin BN lebih rasional dan bersifat profesional dalam membuat sebarang keputusan dan rumusan. Tidak seperti pemimpin PAS dan pembangkang yang lain termasuklah PKR dan DAP. Akan ada saja komen nanti, mereka cenderung menyalahkan SPR, pihak polis, pengundi hantu dan sebagainya. Dengan itu calon mereka kalah.
Sebenarnya hari ini pengundi-pengundi sudah dapat memikir dan bijak membuat keputusan. Mereka tak boleh ditipu dan difitnah lagi. Fitnah dan usaha-usaha membohongi rakyat oleh pembangkang seperti dulu tidak berhasil. Senjata makan tuan. Kerana pengundi-pengundi sudah pun boleh memerhati dan menilai sendiri kebolehan dan kejujuran kerajaan PR semasa memerintah beberapa negeri seperti Kelantan, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Oleh itu benarlah kata orang, satu jari tunjuk ke arah orang lain, empat jari yang akan tunjuk kepada diri sendiri. Sudah pasti kemenangan calon BN akan memberi suatu petanda yang baik kepada rakyat Kelantan dan Sabah serta Malaysia amnya. Maksudnya rakyat semakin yakin dengan kerajaan BN melalui gagasan "Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan". Tahniah kepada semua pihak yang bekerja kuat untuk memenangi calon BN dan insyaallah jika momentum ini dapat dikekalkan, BN akan menang dengan majoriti lebih besar dalam PRU yang akan datang.
calon pas tidak naik ke pentas waktu pengumuman kemenangan.. tak profesional langsung. sepatutnya naik dan bersalaman ucap tahniah macam di batu sapi. orang pas ni kadang-kadang tak reda pada kada an kadar
ReplyDeleteSikap pas tidak mahu terima kekalahan mahu menang saja dulu zaman Pak lah bolih tapi tidak zaman Najib pas akan terima kekalahan demi kekalahan PRK mahu pun PRU yg akan datang kemukingnan kelantan akan diambik balik olih BN kalau Pas masih bermain main dengan isu kafir mengkafir sesama saudara islam itu tanda nya allah memberi amaran kepada parti pas supaya bertaubat dan kembali kejalan yg benar sekira nya mahu melihat kelantan ditabir olih pas kalau masih dijalan yg lama muking kelantan akan dapat balik kat BN rakyat kelantan dahagakan pembangunan dan kemajuan dikelantan bukan masih tinggal dibawah tempurong tak tahu apa satu di luar.
ReplyDeleteAlhamdullilah...BN menang.
ReplyDeleteBila berjemaah tu...rapat kan lah saf..bersentuhan lah antara kita..pastikan tidak ada yang mencelah masuk..sambungkan tali Allah..insyaalah kita akan berjaya..
Salam,
ReplyDeleteSyabas utk BN, cuba lg PAS, PKR & SAPP. Tahniah kpd KU LI, Tok Pa, Jentera BN yg lain, Blogger penyokong BN, SPR, Polis, RELA, Pengundi2 di Galas & Batu Sapi. Semoga momentum ini berterusan sehingga PRU13.
Ayuh, senarai pendekkan calon BN kelantan untuk PRU13. Biar dia orang bersedia dikawasan peti undi mereka. Yang paling penting calonkan siapa MB kelantan BN.... baru ada semangat. Galas dah buktikan BN boleh. Galas boleh, kelantan boleh, UMNO boleh, BN boleh...!!!!!!
ReplyDeleteDoa Nik Aziz sudah banyak kali dimakbulkan. Dia berdoa agar diberi petunjuk. Allah telah berikan berbagai petunjuk tapi Nik Aziz yang tak mau nak faham.
ReplyDeleteSalam semua. Mudah2an penyokong PAS dan PR yang Melayu dan Islam kembali bersatu bersama UMNO. Tahniah Ust. Md. Nor Deris yg berani berhujah dgn TG Nik Aziz, telah membuka mata dan hati puak2 PAS yang tertipu dgn golongan ulamak mereka. Kemenangan UMNO dgn majoriti lebih besar atas kehendak Allah SWT jua. Bermakna Allah lebih sayangkan UMNO daripada PAS. Allah SWT benci PAS kerana pemimpinnya telah banyak membawa perpecahan sekian lama antara umat Islam di Malaysia ini. Marilah kita kembali kepada Al Quran dan sunnah rasulullah SAW. Wassalam.
ReplyDeleteemm..yela 2..UMNO btol. UMNO penegak ISlam di Malaysia. buka pusat hiburan bnyk2. jd kan Mlaysia hub hiburan malam..emm..bgus..syabas utk UMNO kerana tgkkn islam di Malaysia.
ReplyDeletekpd bekas ahli pas;
ReplyDeletemacam tawu je apa yg Allah rase.hebat kamu..
Allah benci pas ye?..ckp cakp mcmtu.jgn cpt rase bangga dgn kemenangan ni.
kita xleh pk cmtu.sbgai org islam..kita kene pk kemenangan yg Allah bg tu mungkin suatu ujian.menang pon ujian jgk.nk test org UMNO.bersyukur ke x ng Allah.dan PAS kalah pon sbgai ujian jgk.doa xmakbul pon ujian jgk.nk uji manusia ni bersabar ke x..semua sgala mcm Allah berikan pd manusia adalah ujian.
ni bru btol cara kita tafsir. jgn tafsir ikot kecenderungan kita kt parti politik mane2. sbb tu laa org melayu x kemana..kita kene tgk dgn scope yg luas.jgn sempitkn pemikiran kita
Ya betul semua ujian baik dan buruk itu dari Allah swt. Yang menang perlu bersykur. Tak payah ceritalah yang itu. Tapi harus diingat Islam PAS patut dijadikan contoh atau ikutan oleh umat Islam lain. Tapi apa dah jadi dgn Tok Guru Nik Ajis. Kenapalah kafir harbi yang ia boleh buat berkawan sdgkan Umno satu bangsa satu agama satu bahasa dan juga satu kerabat ditolaknya. Patutlah Ustadz Md. Nor Deris hentamnya habis-habisan baru-baru ini. Baru kena buku dg ruas. Ustadz itu juga bekas pemimpin PAS. Memang patut pun kerana ularmak politik bukan lagi ulamak pewaris nabi. Maaf, semakin hangat...
ReplyDeletekalau pas tak berkawan dgn dap dan pkr..boleh menang..terkejut juga tengok Ustaz Md Nor terjah Nik Azis...
ReplyDeleteTahniah pada BN yg menang.adun yg baru, selalulah tengok masalah rakyat,selalulah berjumpa dengan rakyat,jangan lepas menang ,nak jumpa pon payah alamat mengundi pulak sori la nak menang.
Ya setuju. DAP sudah dicop abg anti islam. Bukan kita tak tahu seluruh dunia manusia Islam tahu. Tapi kenapa TG Nik Ajis beria-ia sangat nak bersahabat baik dgn DAP. Yang paling sedih dan kecewa bila TG Nik Ajis menolak kerajaan perpaduan dgn UMNO/BN....
ReplyDeleteSememangnya kita berharap PAS bergabung semula dalam BN bagi menunjukkan Perpaduan kita sebagai Umat Islam.Melayu diMalaysia ini. Kita perlu bersatu supaya Parti sprt. DAP & PKR hanya dapat undi drp. raayat yg lupa diri sapa mereka(cina/keling) dan yang hanya mementingkan diri sendiri(DSAI)
ReplyDeletesalam semua,
ReplyDeletekalau boleh dibuang ego tu, isyaallah, tapi kalau PAS join BN, takut pulak dia orang tak dapat jawatan dalam kerajaan sebab kuota dah penuh..mungkin bila N.Ajis dah meninggal dunia, impian perpaduan ini akan jadi kenyataan..sekarang ni,ikon utama PAS adalah N.Ajis..kalau mursyidul am Pas ni takde, rasanya PAS tak sekuat mana..itu pasal dia akan cuba bertahan dalam PAS sehingga ke titisan oksigen terakhir..(orang bawah2 dia paksa agaknya)..
TQ
Janganlah mimpi PAS akan bergabung dengan umno-apco kerana niat yang tidak ikhlas....kerana dah tersepit baru nak berbaik dengan PAS. PAS boleh diterima oleh orang cina sekarang sebab perjuangan PAS untuk agama islam dan islam untuk semua termasuk semua bangsa bukan untuk bangsa melayu seperti yang diperjuangkan oleh ketuanan layu yang semakin layu dan terdesak. Umno menang di Galas bukan sebab penduduk menerima umno tetapi disebab pengundi hantu dan undi pos....itu je kekuatan umno yang semakin pupus.
ReplyDeleteBukan doa tok guru nik aziz tak dikabulkan Allah tetapi orang umno yang tiada hidayah Allah...orang umno akan lebih angkuh, sombong dan terus sesat tidak membezakan halal dan haram, terus sesat merompak hak rakyat.
ReplyDelete