"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, November 20, 2010

Apa dah jadi dengan slogan "Amal Makruf, Nahi Mungkar" kerajaan DAP?

Berita ini diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai. Malaysiakini dan Harakah Daily kerap mengeluarkan berita-berita dari sumber yang dipercayai. Boleh jadi sumber itu dari sidang DUN ataupun dari orang dalam kerajaan negeri yang turut tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk kerajaan DAP-PAS-PKR.  Diulangi lagi, dari sumber yang boleh dipercayai, kerajaan DAP dengan dokongan PAS dan PKR telah meluluskan 96 lesen Premis Rumah Urut dan 1,376 lesen Hiburan Awam sepanjang tahun 2009 sahaja. Difahamkan kerajaan DAP dokongan PAS dan PKR telah membuat kutipan hasil kira-kira RM1 juta.
Persoalannya sekarang, apa dah jadi dengan slogan rasmi kerajaan negeri DAP-PAS-PKR negeri Pulau Pinang, 'Amal Makruf, Nahi Mungkar'? Wahai wakil rakyat Pakatan Rakyat dua tiga kerat yang kononnya memperjuangkan Islam. Jika berita itu benar, apakah sekali lagi PAS kena mempertahankan dan membela kerajaan DAP yang langsung tidak sensitif tentang perasaan umat Islam di negeri ini. Lihatlah bandar Georgetown pada waktu lewat malam, huh! malam seperti siang. Bisnes malam lebih ceria dan menghiburkan para pengunjung-pengunjung Cina, India, Orang Putih atau orang Melayu. Itulah hasil perjuangan kerajaan DAP, tapi apa rakan2 baik DAP seperti PAS dan PKR buat? Di bandar lagu di bandar di kampung lagu di kampung. Entahlah apa yang nak berlaku dengan anak-anak Melayu pada masa akan datang. Semakin terhimpitlah dunia Melayu di bumi Melayu berkerajaankan DAP!

3 comments:

  1. PAS umpama melukut di tepi gantang. PAS cakap tak serupa bikin. PAS yakin Guan Eng dan Karpal Singh akan memeluk Islam, InsyaAllah. Melayu hanyut tak apa, yang nak jaga tu Islam. .....Masalahnya sekarang Islam pun dah nak dihanyutkan oleh DAP.

    ReplyDelete
  2. ok la tu..biak p[ la kami nak buat apa pun..negeri kami..kalau ade banyak night kelab kami lagi sokjong..dah duduk dalam pulau dan kalau tidak ade night kelab kami nak p mana?? ini melayu moden laaaa..kami sokong PAKATAN RAKYAT..

    ReplyDelete
  3. Anon hoi:
    Bertaubatlah jika hang Melayu PP tapi jika hang bangsa Cina mengaku Melayu lantak pi lah...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.