Harakah Isnin 15 November 2010 telah menjadikan tajuk "AKHIRNYA UMNO MENGAKU..." sebagai berita utama Harakah. Walaupun tertera ada berita lanjut muka surat N12 tetapi berita lanjut itu sebenarnya tidak wujud. Mengapa Harakah sanggup berbohong kepada ahli-ahli PAS yang membeli akhbar rasmi PAS itu? Pembeli akan tertipu berita lanjut N12 tidak pun wujud. Ini bukan suatu kesilapan tetapi suatu pembohongan Harakah kepada pembeli.
Apakah Harakah mempunyai maksud yang jahat terhadap YB Farid Saad (Foto: Paling kanan) maka berita lanjut itu dengan sengaja tidak dipaparkan? Akhbar Harakah dijual secara bebas termasuk kepada bukan ahli PAS , apakah bertujuan mahu memburukkan nama baik UMNO kepada rakyat. Rakyat berhak mengetahui apakah benar YB Farid Saad, ADUN Pulau Betong itu mengakui bahawa UMNO punca tanah Melayu Pulau Pinang terhakis. Dan apakah ADUN Pulau Betong itu mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah pemimpin UMNO negeri semasa berkuasa menjadi punca terhakisnya tanah milik Melayu di Pulau Pinang.
Oleh kerana berita lanjut N12 tidak wujud dalam Harakah itu maka dakwaan mengatakan ADUN BN itu mengakui UMNO puncanya dan sikap pemimpin UMNO tidak amanah masih boleh dipersoalkan kesahihannya. Mereka yang hadir dan menyaksikan forum 'Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' yang diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 11 November lalu sebenarnya ada jawapannya. Jika apa yang didedahkan oleh Harakah itu suatu yang benar maka YB Farid Saad mungkin mempunyai asas yang kukuh menyebabkan beliau berpendirian demikian.

Walau bagaimanapun sepertimana juga yang kerap berlaku kepada parti-parti pembangkang, biasanya pandangan itu dianggap sebagai pandangan peribadi pemimpin itu, yang tidak mewakili pandangan parti. Oleh itu dalam kes ini, UMNO akan beranggapan kenyataan itu merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili UMNO. Jika kenyataan itu tidak benar, suatu fitnah Harakah terhadap YB Farid Saad, eloklah Harakah diseret ke mahkamah dengan segera!
Jom, jangan tunggu lagi. Heret Harakah ke mahkamah. Selagi tak buat macam tu selagi tulah pembohongan dan fitnah Bewak Bewak Pas bermaharajalela.
ReplyDeleteFarid saad terlalu deras sangat bro, dia pun bercita2 nak jadi calon parlimen, sabarlah.
ReplyDelete