Dia cakap tak guna otak. Kelulusan dia mungkin tidak setinggi mana. Bloggers gelar dia Mr. Bean sebab pandangan-pandangannya jadi bahan lawak jenaka. Terlalu dangkal atau bodoh. Tak layaklah dia jadi Naib Presiden PAS. Tapi orang-orang PAS terlalu suka kepada dia sebab dia pandang goreng. Dia mahir goreng rupa-rupanya, dimasukkan sedikit garam untuk sesedap rasa di samping sedikit sos dan sebagainya. Siapa yang makan dia rasa sedap walaupun garam itu hanya sedikit air laut. Itulah rupanya Mr. Bean.
Dalam Harakah 15-18 November 2010, dia buat lawak lagi. Dia kata UMNO-BN mencemburui hubungan intim DAP-PAS. Oleh itu katanya UMNO cuba menanam sentimen dan menakut-nakutkan kaum Melayu. Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga berpandangan sama seperti Mr. Bean. Salah Huddin mengatakan UMNO-BN cuba lagakan PAS-DAP. Beliau tetap berpegang teguh kepada konsep tahalluf siyasi (belerjsama) atas perkara yang sependapat. Katanya lagi hanya beberapa orang pemimpin DAP tidak bersetuju dengan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Komen:
Mr Bean lawak jadi jawapannya juga mesti lawak. UMNO nak tanya Mr. Bean. Pemimpin utama PAS pernah mengkafirkan UMNO kerana UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC. Yang lawaknya, kenapa pula PAS tidak jadi kafir bila bekerjasama dengan DAP malahan TG Nik Aziz kata sokong PAS dapat pahala masuk syurga.
Wahai SalahHuddin yang mengatakan bahawa dua tiga kerat sahaja dalam DAP yang tidak setuju dengan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Yang tak setuju itu hai SalahHuddin bukan ahli biasa, bukan ketua pemuda atau ketua wanita DAP sebaliknya Presidennya, Karpal Singh. Presiden DAP itu mencabar pemimpin PAS atau sesiapa sahaja 'langkah mayatnya dulu jika nak tubuh negara Islam'. Oleh kerana itulah DAP dikategorikan sebagai kafir harbi yang menentang Islam oleh pemimpin UMNO. Manakala MCA dan MIC tidak pula pernah mencabar Umno seperti itu. Tapi pemimpin DAP pernah dan sudah beberapa kali.
Pemimpin PAS gementar hingga bulu janggut tercabut mendengar ketegasan Karpal Singh. Tapi apa boleh buat ditelan mati bapa nak diluah mati emak, maka PAS terpaksalah menerima DAP sebagai sahabat seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Oleh itu PAS terpaksalah menggadaikan prinsip-prinsipnya dulu supaya DAP suka kepada PAS. Sudah tak kelihatan lagi stiker-stiker kereta-motor yang tertera ayat "MEMBANGUN BERSAMA ULAMA", "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", "KAMI SOKONG HUDUD" dan sebagainya. PAS kaya dengan slogan dan retorik sebaliknya UMNO terbukti telah berjaya mengangkat syiar Islam sehingga di persada antarabangsa. Jika diteliti dasar UMNO secara adilnya, parti UMNO turut menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya. [Baca selanjutnya pandangan ulamak muda]
Pemimpin DAP dibenarkan membaca satu dua ayat suci al-quran oleh pemimpin PAS. Pemimpin DAP itu memperalatkan ayat suci itu untuk tujuan politik. Kalau betul-betul dia percaya dan yakin dengan ayat-ayat suci al-Quran, eloklah dia peluk agama Islam sahaja. Kalimah Allah juga dibolehkan oleh pemimpin utama PAS kecuali Dato' Harun Din dan beberapa ulamak dalam PAS yang membisu. PAS sanggup jual agama kerana DAP sedangkan UMNO tidak berbuat begitu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng pernah menjemput orang-orang Islam menerima bantuan di Tokong Cina. Mungkin pada pandangan PAS bagus supaya umat Islam dapat mengenali tok pekong. Begitu juga pemimpin DAP dengan tidak menutup aurat dibenarkan memberi ucapan di ruang utama solat dengan harapan pemimpin itu mengenali Islam dan kemudian memeluk Islam. Begitu sekali liberalnya PAS hari ini yang kita kenali. Perjuangannya berubah secara drastik, berpusing 360 degree kerana mahu mengambil hati rakan-rakan DAP. Persoalannya apakah DAP mempunyai pendirian yang sama seperti pemimpin PAS telah tunjukkkan? Jika DAP juga sama tapi kenapa seorang wakil rakyat PAS dalam DUN Pulau Pinang tidak pun dilantik sebagai exco. Sedangkan masa BN memerintah, seorang wakil rakyat tunggal MIC telah dilantik sebagai exco oleh kerajaan BN. Kenapa ini tidak berlaku dalam pentadbiran DAP Pulau Pinang. Tepuk dada tanya minda anda semua. Jangan fikir seperti Mr. Bean dan Salah Huddin.

kurang ajar kao...takbir.
ReplyDeleteTok Selampit dibawa belayar
ReplyDeleteDibawa bersama tunjuk langit
Harapkan hutang dapat dibayar
Tak sangka-sangka dibayar dengan kunyit