"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, November 29, 2010

Kerajaan Pakatan Rakyat Main Wayang di Teluk Kumbar Pulau Pinang!



Pada 29 November 2010 kira-kira jam 10.20 pagi, suatu perhimpunan penduduk berhampiran pekan Teluk Kumbar telah diadakan bagi menunjukkan bantahan terhadap pemaju projek, Beberapa buah rumah berhampiran pekan Teluk Kumbar cuba diroboh oleh pemaju, KL Metro Development. Sebelum ini penduduk yang terlibat pernah mengadakan demontrasi secara aman kerana pampasan yang diberikan cuma RM20,000 setiap rumah. Yang pelik dan benar, parti pembangkang PKR, PAS dan DAP yang memerintah hari ini pula yang mahu jadi juara dalam isu ini. Dalam demontrasi itu pemimpin PR turut serta dengan banner parti-parti masing-masing. Yang memerintah kerajaan negeri adalah Pakatan Rakyat dan meluluskan projek pembangunan adalah Pakatan Kerajaan tapi yang peliknya yang menjuarai demontrasi itu juga adalah Pakatan Rakyat. Janganlah main wayang wahai pemimpin Pakatan Rakyat. Gunakanlah kuasa yang ada untuk membantu rakyat. Exco Perumahan Negeri juga dari pemimpin Pakatan Rakyat. Exco Tanah juga dari pemimpin Pakatan Rakyat. Ketua Menteri juga dari Pakatan Rakyat. Manakala pemimpin Pakatan Rakyat tempatan ke hulu hilir nak tunjuk yang merekalah pemimpin yang  membela rakyat. Mungkin cara ini pemimpin PR dapat menyelamatkan maruah kerajaan DAP yang semakin kotor tercemar. Kita akan terus saksikan pemimpin-pemimpin PR yang akan terus berlakon mengikut skrip yang sudah dirancang!


5 comments:

  1. Yusmadi YB Aswani boleh belahlah!!!

    ReplyDelete
  2. Pelakon terbaik 2010. Tunjuk hebat sebagai peguam. Menang sorak kampung tergadai.

    ReplyDelete
  3. PKR - Parti Kelentong Rakyat beraksi, biasalah dah ada berita tentang pilihanraya umum bakal diadakan.

    ReplyDelete
  4. Yusmadi ada hati nak jadi ahli perlimen penggal kedua. khidmat beliau paling teruk dalam sejarah pemimpin politik di balik pulau. cukuplah yusmadi...hang duduk kat mahkamah sahaja, lagi baguih!

    ReplyDelete
  5. Kenyataan yang diberikan di atas semuanya fitnah belaka. Kami penduduk Teluk Kumbar dah tahu cerita sebenarnya,,,,,dan janganlah berikhtiar membenarkan yang salah, menyalahkan yang benar. Yusmadi tu memang hero....dia sanggup datang ke kawasan kami untuk menolong kami sedangkan wakil rakyat kami hilang entah ke mana.....anda ketuanan layu tidak tahu hal sebenar....kami penduduk teluk kumbar tahu cerita sebenarnya.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.