"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, November 16, 2010

SEMINAR PAS PUSAT: PAS SEDIA DIGANTI UMNO!

Baru-baru ini PAS Pusat mengadakan Seminar "PAS sedia ganti UMNO". TG Haji Hadil dalam ucapan perasmiannya membohongi para peserta seminar pimpinan dan ahli-ahli PAS bahawa UMNO sudah lemah dan gagal mengurus rakyat dan negara. Begitu sekali pembohongan TG Haji Hadi kepada peserta seminar pada hari itu. Kasihan mereka yang datang dari utara, selatan, timur dan barat, jauh beratus-ratus kilometer. Datang mereka dihidang dengan pembohongan demi pembohongan selaras dengan tajuk seminar pada hari itu.
Sepatutnya tajuk seminar itu ditukar kepada "PAS sedia diganti UMNO". PAS telah kalah dan Pakatan Rakyat juga kalah dalam beberapa PRK yang lalu. Sejak PRK Manek Urai, Kelantan, keruntuhan sokongan pengundi-pengundi kepada PAS dan Pakatan Rakyat tampak ketara. Kebanyakan ulama luar parti sudah berani menyanggah pandangan pemimpin-pemimpin utama PAS. Ulama-ulama muda semakin ramai menyertai UMNO. Ada di kalangan mereka sudah berani berada atas pentas UMNO untuk berceramah. Bekas-bekas pemimpin utama PAS telah menyertai UMNO. Semakin ramai ahli-ahli PAS menyertai UMNO secara beramai-ramai. Ada bukti bergambar. Tapi yang senyap-senyap menyepi diri daripada PAS tidak terkira banyaknya. Pemimpin UMNO menyertai PAS tidak kedengaran lagi sekian lama. Tapi pimpinan PAS peringkat ranting dan cabang sudah ramai menyertai UMNO secara terbuka dan senyap.
Kekalahan PAS di Galas, Kelantan dan Batang Pinang Negeri Sembilan memberi isyarat jelas bahawa PAS hadapi krisis kepimpinan parti. Kerajaan PAS Kelantan telah gagal memberi khidmat terbaik kepada rakyatnya di Kelantan. PAS bercakap tak serupa bikin. Perjuangan PAS semakin tersasar. PAS jadi pak turut umpama lembu dicucuk hidup kepada DAP menyebabkan rakyat semakin marah kepada PAS. Apa hasil perjuangan PAS di Pulau Pinang dan Selangor. Bangsa Melayu yang beragama Islam semakin tertekan. Kepentingan mereka di negeri-negeri itu semakin terhakis sikit demi sikit. PKR pula hadapi masalahnya yang belum nampak ada penghujungnya. Penyokong dan ahli PKR sudah hilang keyakinan kepada parti mereka sendiri. Apakah PAS mampu menyaingi DAP selepas kedudukan PKR dalam keadaan yang sangat lemah? Tentu sama sekali tidak. PAS perlu mentalkinkan PKR. Kemudian DAP, Ustaz Guan Eng, umpama Khalifah Umar Abdul Aziz (Gelaran PAS kepada KM Pulau Pinang) pula akan talqinkan PAS.
Sepatutnya seminar itu hari yang diadakan oleh PAS Pusat di Shah Alam bukanlah "PAS SEDIA GANTI UMNO" sebaliknya "PAS SEDIA DIGANTIKAN UMNO".

1 comment:

  1. aku suka sgt tok2 guru pas ni mimpi. yg aku heran, hj hadi ni buta matematik ke hapa. pas baru kalah kpd umno di galas, kelantan. bukan ke kelantan kubu terkuat pas? knp boleh kalah? hipokritnya hj hadi bila dpt negeri diperintah bersama PR. apa peranan dia sebagai bos parti berteraskan agama Islam? apa kemajuan yg dah dicapai di PP dan Sgor? muhasabah diri dulu le pak aji. buat yg terbaik di negeri2 yg diperintah. kalau lebih baik dpd BN, insyaallah rakyat akan sokong untuk tambah negeri. jgn asyik bohong je, xkan pak aji x kenal dosa pahala?

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.