"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, May 30, 2012

DAP berani ketika Melayu berpecah belah!

Pemimpin DAP semakin berani kerana mereka tahu politik orang Melayu semakin lemah. Pemimpin DAP bersifat semakin angkuh apabila mengetahui bahawa PAS merupakan antara parti terbesar orang Melayu kuat menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
Pemimpin DAP bertambah sombong lagi bila berjaya menjinakkan PAS yang ekstrim suatu masa dahulu kini lebih liberal dan moderate daripada UMNO. Banyak perkara yang boleh dijadikan contoh betapa liberalnya perjuangan PAS hari ini. 
PAS DULU
Cuba ahli-ahli PAS, PKR dan DAP Melayu serta mereka yang berada di atas pagar lihat dengan mata dan dibantu dengan akal fikiran yang waras. Tak perlu kita lihat lebih jauh. Cukup semasa zaman pemerintahan parti PAS di bawah Presidennya TG Haji Hadi Awang. Amanat Haji Hadi Awang antara punca utama umat Islam berpecah antara satu sama lain. Orang UMNO sewenang-wenangnya dikafirkan. Sembelihan dan masakan orang UMNO hukumnya haram dimakan. Jurunikah dari kalangan orang UMNO tidak sah. Solat di masjid berlaku dua imam. Biasanya ahli-ahli PAS tidak mahu berimamkan dengan imam orang UMNO dan sebaliknya ahli-ahli UMNO pula tidak kisah dengan hal imam. Kenduri kahwin dan kematian orang UMNO diboikot.
Kebanyakan ahli-ahli PAS dengan bangganya menjadi ahli parti syurga. Di kereta dan motorsikal akan dipamerkan kata-kata semangat dan dasar parti PAS seperti " KAMI SOKONG HUDUD", "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", DAN KEPIMPINAN BERSAMA ULAMAK". Di dalam bilik tidur dan di belakang pintu rumah akan terpampang besar potret  Tok Guru Nik Aziz, ulamak kesayangan mereka. TGNA merupakan ulamak PAS yang sering mengeluarkan fatwa-fatwa yang boleh mengelirukan umat Islam kebanyakan.
 PAS SEKARANG
 Membenarkan orang kafir membaca al-quran dan menterjemahkan mengikut kefahaman mereka di atas pentas politik yang dihadiri oleh kebanyakan ahli-ahli PAS. Sebaik pemimpin kafir DAP membaca ayat suci al-Quran dengan bacaan 100% lintang pukang, ahli-ahli PAS tertawa gembira seolah-olah memuji kehebatan dan setuju dengan politik menggunakan ayat suci al-Quran di kalangan orang kafir.
Manakala YB Khalid Samad digelar sebagai Khalid Gereja kerana sanggup mengunjungi gereja kerana politik. Khalid Samad nak tunjuk kepada orang kristian bahawa PAS merupakan parti yang begitu liberal dan tidak ekstrim seperti yang dahulu. Pemimpin PAS boleh berada dalam gereja.
Mungkin kerana dasar perjuangan PAS semakin liberal itu maka penggunaan kalimah Allah dibenarkan oleh sesetengah pemimpin utama PAS. Dalam isu kalimah Allah nyata dan jelas berlaku percanggahan antara pemimpin PAS sendiri. Ada yang menyokong dan ada yang menentang keras penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja.
Keahlian PAS telah dibukakan seluas-luasnya kepada bukan Islam hingga tertubuhnya Kelab Penyokong PAS (KPP) dalam tahun 2004. Oleh kerana PAS cuba menarik golongan muda adalah dicadangkan pelancaran Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) dalam tahun 2009. Sehingga hari ini, kemunculan KPP dan KPMP hanya sekadar retorik PAS menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS untuk semua. Suara-suara KPP semakin tenggelam kerana banyak permintaan KPP tidak dapat dipenuhi kerana bertentangan dengan dasar perjuangan PAS.
Kepimpinan ulama dalam PAS semakin berkubur. Suara ulama dalam PAS semakin lenyap. Yang masih kedengaran adalah ulamak politik seperti TG Nik Aziz, TG Haji Hadi Awang, Ustaz Ahmad Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam pemilihan muktamar PAS yang lalu, majoriti perwakilan PAS telah menunjuk jalan keluar beberapa pemimpin ulama PAS. Ustaz Nasaruddin Mat Isa ditentang oleh Mat Sabu. Walaupun Mat Sabu pernah terlibat dengan isu moral tapi boleh mengalahkan seorang ulama PAS yang juga bekas Naib Presiden PAS. 
Muzakarah dengan UMNO ditolak. Sedangkan UMNO menerima pelawaan muzakarah oleh PAS dengan hati yang ikhlas demi untuk perpaduan dan kepentingan umat Islam.  Bagi menjaga kepentingan politik PAS dan hati rakan dalam PR, maka muzakarah dengan UMNO ditolak oleh PAS. Inilah wajah PAS sebenarnya yang jelas menyanggahi perintah Allah dalam surah al-Baqarah yang bermaksud, " Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai...". Dalam kepimpinan PAS sendiri wujud percanggahan pandangan isu muzakarah di peringkat awalnya. Ada pemimpin PAS yang bersetuju dengan bersyarat dan ada yang tidak bersetuju. Sebaliknya keseluruhan pemimpin UMNO menerima muzakarah tanpa syarat bukan kerana UMNO kelihatan semakin lemah tetapi UMNO melihat umat Islam semakin berpecah maka terpikullah tanggungjawab menyatupadukan umat Islam seperti yang diamanahkan oleh Allah SWT.
Jika ada tokoh agama lain menyeru ke arah kebaikan mungkin sedikit tempias terkena kepada batang hidung pemimpin PAS maka tokoh agama itu dicerca dan dilabel pelbagai yang tidak sepatutnya. Ada mufti yang digelar anjing UMNO sedangkan mufti berkenaan bercakap atas kapasiti mufti yang bertanggungjawab atas hal ehwal agama dalam sesebuah negeri berkenaan. Selama ini pun kita tidak mendengar Haraqah Daily mengeluarkan kata maaf oleh pemimpin PAS sendiri. Sebaliknya mereka ini walaupun digelar ulama tetapi bersifat angkuh mempertahankan ahli-ahli PAS.
Sebenarnya sudah ada trend mendiamkan diri di kalangan ulama PAS yang jujur kepada perjuangan PAS yang asal. Namun tidak kurang pula ada yang berani dan bangkit melawan arus seperti Pendakwah Bebas, ustaz Khazim Elias, Tok Guru Lah, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Hassan Ali dan bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd Hafiz Noordin. Malahan sudah ada pun bekas ahli-ahli Dewan Ulama PAS, bekas timbalan pesuruhjaya PAS dan sahabat baik TG Nik Aziz mengisytiharkan diri meninggalkan PAS sebaliknya menyertai UMNO. Kenapa ini boleh berlaku? Apakah tokoh-tokoh agama yang meninggalkan PAS itu sanggup meninggalkan syurga yang dijanjikan oleh TG Nik Aziz? 
Mungkin ulama-ulama yang meninggalkan perjuangan PAS itu takut diri mereka tergolong sebagai ulama al-Su'. Ulamak al-Su’ (jahat) ialah ulamak yang memutar belitkan tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama. Nabi SAW telah mengingatkan tentang bahayanya ulama’ jahat ini melalui sabdanya “Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari dajjal. Bila ditanya : siapa mereka itu? Jawab Baginda :ulama’ su’. Ulamak jahat juga seorang munafik yang durjana kerana dia sendiri tidak dapat manfaatkan ilmunya dan ia pula memudaratkan orang lain. Kita mesti dapat membezakan antara ulamak jahat dengan ulamak akhirat. Ulamak politik dengan ulama pewaris Nabi.
RUMUSAN
Orang Islam di Malaysia perlu bersatu. Perpecahan umat Islam merupakan cita-cita besar kaum Yahudi dan Nasrani. Sebelum terlambat, orang Melayu yang juga orang Islam mengikut perlembagaan persekutuan perlu berfikir sedalam-dalamnya. Orang Melayu/Islam merupakan majoriti penduduk di Malaysia. Orang Melayu/islam sepatutnya kuat menuntut haknya sebagai pribumi di Malaysia ini. Sebaliknya suara Melayu semakin layu dan suara umat Islam semakin tenggelam kerana umat Melayu/Islam di Malaysia berpecah sesama sendiri.
Bangsa yang kuat akan jadi lemah jika berpecah. Oleh itu marilah kita umat Melayu/islam bersatu di bawah pemerintahan orang Melayu/Islam yang terbukti pernah berjasa dan banyak membela nasib bangsa, agama dan negara tidak lain dan tidak bukan adalah parti keramat UMNO.
Andaikata Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 alamatnya satu malapetaka dahsyat telah menimpa umat Islam di Malaysia ini. PAS hanya parti kecil dalam PR. Suara PAS tidak kemana dalam PR yang majoritinya ahli-ahli Yang Berhormatnya bukan Islam. Dalam PKR pun ramai bukan Islam apatah lagi dalam DAP.
Jangan tunggu nasi sudah jadi bubur. Lihatlah di keliling anda sekarang, apakah nasib orang Melayu terbela di Pulau Pinang dan Selangor? Pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan di negeri pemerintahan PR. Maksiat berleluasa. Pemimpin utama mereka bercakap tak serupa bikin. Banyak muslihat daripada nasihat. Banyak tipu helah untuk menyelamatkan kuasa yang ada. Hari ini majoriti rakyat sudah sedar bahawa mereka tersilap beri undi dalam PRU yang lalu. Mereka tidak sabar lagi untuk mengembalikan kuasa pentadbiran kepada BN/UMNO yang terbukti lebih baik daripada PR. Mereka menunggu PRU13 untuk memberi undi kepada calon BN. Selamat tinggal DAP, PAS dan PKR!

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.